Jurutera Mekanikal Gred J41

Jurutera Mekanikal Gred J41

 

Seisi temuduga untuk jawatan Jurutera Mekanikal Gred J41 bakal diadakan mulai 16 Julai 2013 hingga 26 Julai 2013. Semakan calon layak boleh disemak menggunakan link di bawah :

 

–>http://domino.spa.gov.my/online/jadual_temuduga.php

 

Mengikut statistik dari pihak SPA, jumlah permohonan untuk jawatan ini ialah 18,004. Calon yang dipanggil ke seisi temuduga adalah seramai 365 orang. Bilangan kekosongan pula adalah sebanyak 11. Seramai 20 orang diletakkan sebagai calon simpanan.

 

Buat calon-calon temuduga jawatan Jurutera Mekanikal Gred J41, admin ucapkan tahniah & usahakan persediaan rapi jika benar-benar serius mahu mengisi salah satu kekosongan jawatan ini.

 

Jurutera Mekanikal Gred J41

 

SYARAT KELAYAKAN JURUTERA MEKANIKAL GRED J41

 

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,359.72 ] dan

Lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

DESKRIPSI TUGAS JURUTERA MEKANIKAL GRED J41

 

Melaksanakan penyelenggaraan dan pembaikan ke atas semua alat kelengkapan mekanikal.

 

 

5 TIPS SOALAN UNTUK CALON TEMUDUGA KERJA KERAJAAN GRED J

 

1-Pengalaman Kerja

Soalan mengenai pengalaman kerja. Jika anda memiliki pengalaman bekerja di mana-mana sebelum ini, anda akan ditanya berkenaan kerja dan tanggungjawab anda. Biasa soalan berbunyi sebegini. “Sebelum ini anda pernah bekerja di mana? Dan apakah tugas/tanggungjawab anda?” . Saya syorkan anda cuba senaraikan dan huraikan tugas-tugasan anda sebaiknya. Relaks tapi smart.

Jangan terlalu pantas atau gopoh. Anda teruskan bicara anda sehinggalah panel penemuduga menanyakan soalan lain atau mengarahkan anda berhenti bercakap. Sebenarnya dengan cara ini mampu memanjangkan masa anda bercakap, dan mengurangkan soalan yang bakal ditanya oleh panel penemuduga.

Selain itu juga, anda kelihatan betul-betul bersemangat menerangkan tanggung jawab anda semasa bekerja. Di sini, panel boleh menilai anda dari segi kesungguhan, sikap dan tanggungjawab anda.

 

2-Subjek / Projek Di Universiti

Soalan mengenai subjek/projek di universiti. Jika anda tidak memiliki pengalaman bekerja (baru grad), biasanya anda diminta menerangkan projek-projek anda ketika belajar, ataupun anda ditanya berkenaan subjek pilihan anda semasa belajar. Terangkan dengan ringkas berkenaan projek anda, contohnya Tajuk Projek, Objektif Projek, Metod Projek, dan juga Output Projek.
Jika ditanya berkenaan subjek pula, anda akan ditanya “Kenapa anda meminati subjek ini? “ atau “Apa kaitan subjek ini dengan jawatan yang dipohon”.

 

3-Penyelesaian Masalah    

Soalan penyelesaian masalah juga sering ditanya bagi gred ini. Dalam bidang kejuruteraan, kebolehan menyelesaikan masalah sangat penting. Jadi, anda berpotensi diuji dengan soalan sebegini.

Soalan akan diberikan mengikut level jawatan yang anda pohon. Contohnya gred J41, soalan yang pernah ditanya adalah seperti ini “Jika projek pembinaan bangunan anda berada di kaki bukit, apakah langkah keselamatan mengikut etika kejuruteraan yang patut anda ambil sebagai seorang jurutera.”

Soalan-soalan sebegini biasa ditanya kepada mereka yang memiliki pengalaman bekerja sebelum ini. Penting! Walaupun anda mungkin tidak tahu jawapan secara tepat, anda perlu mencuba beri penyelesaiannya. Jangan katakan tidak tahu! Cuba berikan jawapan berdasarkan logic dan juga ilmu beserta pengalaman anda.

 

4-Teknikal

Soalan teknikal sering ditanya kepada mereka yang baru, atau kurang pengalaman bekerja. Anda akan disoal soalan berkaitan bidang anda. Contohnya, “berapakah kedalaman concrete pile untuk bangunan?”.

Lagi, “Berapa tebal lantai (slab) yang mematuhi BS8810?”. Tips dari saya, anda perlu ketahui asas-asas dalam bidang anda. Asas ini amat penting. Maka sebab itulah, soalan-soalan asas sering ditanyakan semasa temduduga.

 

5-Pengetahuan Am / Umum

Soalan pengetahuan am/umum. Ini soalan popular yang ditanya oleh panel dari SPA. Ini yang menyumbangkan markah terbesar sekali.

Soalan yang ditanyakan berkaitan dasar pentadbiran kerajaan, pengetahuan am tentang Malaysia, luar Negara, isu semasa, dll. Soalan-soalan sebegini boleh diperolehi dalam Pakej Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan (RLTKK). Apa yang penting, anda perlu membuat ulangkaji berkenaan topik-topik ini.

 

Semoga perkongsian kali ini dapat membantu calon-calon temuduga kerja kerajaan Jurutera Mekanikal Gred J41.

 

–>KLIK SINI UNTUK MENDAPATKAN PAKEJ RLTKK

 

 

Salam SUKSES buat calon temuduga Jurutera Mekanikal Gred J41.

 

Jurutera Mekanikal Gred J41

Comments

  1. Just would like to comment on some things you shared. The site design is outstanding, and the article is excellent and really informative.

Speak Your Mind

*