Juruteknik Gred J17 (Awam)

Temuduga bagi pemilihan jawatan kerajaan Juruteknik Gred J17 (Awam) bakal diadakan pada 02 Jun 2013 – 07 Jun 2013 mengikut jadual di Portal SPA.

 

Semakan layak temuduga :

=>http://domino.spa.gov.my/online/jadual_temuduga_pk.php

 

 

Syarat Lantikan Juruteknik Gred J17 (Awam)    

 

Sijil dalam bidang Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM1,417.59 ] dan

 

Lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

juruteknik_gred_j17

 

Deskripsi Tugas Juruteknik Gred J17 (Awam)     

Mengawas dan menyediakan kerja-kerja pembinaan di tapak bina, memberi anggaran perbelanjaan bagi kerja-kerja penyelenggaraan bangunan dan jalan termasuk menyelia kerja-kerja penyelenggaraan berkenaan.

 

Juruteknik Gred J17 (Awam) adalah salah satu jawatan dalam kumpulan gred J dalam skim perkhidmatan awam. Jawatan gred J merangkumi kejuteraan Awam Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Elektronik, Juruukur, dan yang terlibat dengan Program Latihan Vokasional.

 

Lain-lain jawatan kerajaan yang termasuk dalam gred J ialah :

 

  • PENOLONG JURUTERA (ELEKTRIK) GRED J29
  • PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED J41 (MEKANIKAL INDUSTRI)
  • JURUTEKNIK GRED J17 (AUTOMOTIF)
  • PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED J41 (ELEKTRONIK)
  • PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED J41
  • PENOLONG JURUTERA (AWAM) GRED J29
  • JURUUKUR GRED J41
  • JURUTERA (AWAM) GRED J41
  • PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED J29 (TEKNOLOGI MARITIM)
  • JURUTERA (MEKANIKAL) GRED J41

 

 

Tips Temuduga Jawatan Juruteknik Gred J17 (Awam)

 

1-Pengalaman Kerja

Soalan mengenai pengalaman kerja. Jika anda memiliki pengalaman bekerja di mana-mana sebelum ini, anda akan ditanya berkenaan kerja dan tanggungjawab anda. Biasa soalan berbunyi sebegini. “Sebelum ini anda pernah bekerja di mana? Dan apakah tugas/tanggungjawab anda?” . Saya syorkan anda cuba senaraikan dan huraikan tugas-tugasan anda sebaiknya. Relaks tapi smart. Jangan terlalu pantas atau gopoh. Anda teruskan bicara anda sehinggalah panel penemuduga menanyakan soalan lain atau mengarahkan anda berhenti bercakap. Sebenarnya dengan cara ini mampu memanjangkan masa anda bercakap, dan mengurangkan soalan yang bakal ditanya oleh panel penemuduga. Selain itu juga, anda kelihatan betul-betul bersemangat menerangkan tanggung jawab anda semasa bekerja. Di sini, panel boleh menilai anda dari segi kesungguhan, sikap dan tanggungjawab anda.

 

2-Subjek / Projek Akhir Semasa Di IPT

Soalan mengenai subjek/projek di universiti. Jika anda tidak memiliki pengalaman bekerja (baru grad), biasanya anda diminta menerangkan projek-projek anda ketika belajar, ataupun anda ditanya berkenaan subjek pilihan anda semasa belajar. Terangkan dengan ringkas berkenaan projek anda, contohnya Tajuk Projek, Objektif Projek, Metod Projek, dan juga Output Projek. Jika ditanya berkenaan subjek pula, anda akan ditanya “Kenapa anda meminati subjek ini? “ atau “Apa kaitan subjek ini dengan jawatan yang dipohon”.

 

3-Soalan Penyelesaian Masalah

Soalan penyelesaian masalah juga sering ditanya bagi gred ini. Dalam bidang kejuruteraan, kebolehan menyelesaikan masalah sangat penting. Jadi, anda berpotensi diuji dengan soalan sebegini. Soalan akan diberikan mengikut level jawatan yang anda pohon. Contohnya gred J41, soalan yang pernah ditanya adalah seperti ini “Jika projek pembinaan bangunan anda berada di kaki bukit, apakah langkah keselamatan mengikut etika kejuruteraan yang patut anda ambil sebagai seorang jurutera.” Soalan-soalan sebegini biasa ditanya kepada mereka yang memiliki pengalaman bekerja sebelum ini. Penting! Walaupun anda mungkin tidak tahu jawapan secara tepat, anda perlu mencuba beri penyelesaiannya. Jangan katakan tidak tahu! Cuba berikan jawapan berdasarkan logic dan juga ilmu beserta pengalaman anda.

 

4-Soalan Teknikal

Soalan teknikal sering ditanya kepada mereka yang baru, atau kurang pengalaman bekerja. Anda akan disoal soalan berkaitan bidang anda. Contohnya, “berapakah kedalaman concrete pile untuk bangunan?”.  Lagi, “Berapa tebal lantai (slab) yang mematuhi BS8810?”. Tips dari saya, anda perlu ketahui asas-asas dalam bidang anda. Asas ini amat penting. Maka sebab itulah, soalan-soalan asas sering ditanyakan semasa temduduga.

 

5-Soalan Pengetahuan Am

Soalan pengetahuan am/umum. Ini soalan famous yang ditanya oleh panel dari SPA. Ini yang menyumbangkan markah terbesar sekali. Soalan yang ditanyakan berkaitan dasar pentadbiran kerajaan, pengetahuan am tentang Malaysia, luar Negara, isu semasa, dll. Soalan-soalan sebegini banyak saya share dalam ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Apa yang penting, anda perlu membuat ulangkaji berkenaan topik-topik ini.

 

Semoga perkongsian ini dapat membantu persediaan calon-calon temuduga bagi jawatan Juruteknik Gred J17 (Awam).

Comments

  1. saya akan menghadapi satu ujian bertulis bagi jawatan ini…blh bagi tips atau soalan-soalan kebiasaan yang keluar???

  2. What’s up, everything is going fine here and ofcourse every one is sharing facts, that’s actually excellent, keep up writing.

  3. What’s up, everything is going fine here and ofcourse every one is sharing facts, that’s actually excellent, keep up writing.

  4. Any help would be greatly appreciated!

  5. lengthen them a bit from next time? Thanks for the post.

  6. lengthen them a bit from next time? Thanks for the post.

  7. I really enjoy looking at on this web site , it holds great posts .

  8. An interesting discussion is definitely worth comment. There’s no doubt that that you ought to publish more about this subject matter, it might not be a taboo matter but typically people don’t discuss these topics. To the next! All the best!!

  9. The contents are masterwork. you’ve done a fantastic activity on this matter!

  10. I really enjoy looking at on this web site , it holds great posts .

Trackbacks

  1. […] Juruteknik Gred J17 (Awam) Tarikh temu duga: 02 Jun 2013 – 07 Jun 2013 […]

Speak Your Mind

*