Gagal Temuduga, Never Give UP!

Gagal temuduga?
Gagal Temuduga?

Ramai antara kita apabila memohon kerja di sektor awam, akan mengalami kegagalan. Kegagalan memang tak lari dari kehidupan kita. Ada yang dah memohon pekerjaan di sektor awam berkali-kali tapi masih tak dipanggil-panggil temuduga. Ada yang dipanggil temuduga berkali-kali tapi masih gagal mendapatkan kerja di sektor awam. Kegagalan demi kegagalan. Memang diakui, bukan semua orang akan berjaya. Tapi pakar ada berkata, jika kita nakkan kejayaan itu, kita akan tetap berjaya. Cuma kejayaan itu datang cepat atau lambat sahaja.

Saya dapati, ramai orang yang gagal mendapatkan apa yang mereka inginkan (kerjaya sektor awam) mereka akan cepat GIVE UP. Ada yang menyalahkan orang lain di atas kegegalan mereka, ada menyalahkan pihak kerajaan, salahkan bangsa dan agama, salahkan keluarga, salahkan keluarga dan sebagainya. Itu sudah menjadi lumrah! Kita akan cuba menyalahkan pihak lain di atas kegagalan kita. Jarang di antara kita yang bermusabahah diri mellihat apa kekurangan diri sendiri yang menyebabkan kegagalan. Dan ramai rasakan mereka sudah di tahap terbaik, tapi masih gagal. Itu pada fikiran mereka, bukan di mata orang lain. Ada di antara kita yang tak redha dengan kegagalan yang diterima. Dunia ini tidak adil buat mereka! Ada satu kes, seorang calon yang gagal dalam satu temuduga Gred 41 ingin membunuh diri di atas kegagalan pertamanya dalam temuduga. Sampai begitu sekali!

Ramai yang mudah Give up apabila gagal buat kali pertama, kali kedua, ketiga..Seolah-olah peluang sudah berakhir buatnya. Apabila kita give up, kehidupan kita juga akan dipengaruhinya. Kita tiada semangat untuk berjaya. Tahukah anda, pencipta mentol (lampu) Thoma Edison telah mencuba lebih 1000 kali sehinggalah beliau berjay mencipta lampu! Bukan 10 kali, bukan 100 kali, tapi lebih 1000 kali beliau mencuba sebelum berjaya. Kita pula, baru gagal beberapa kali sudah GIVE UP. Apabila kita Give up, kita tidak akan berjaya.

Begitu juga dalam usaha memohon kerjaya di sektor awam ini. Ada kawan-kawan kita mencuba berbelas-belas kali sebelum berjaya mencapai kejayaan. Mereka gagal sebelum ini kerana tidak tahu cara sebenar untuk temuduga. Ada yang over confident, ada yang memang tak prepare dan sebagainya. Tapi kemudiannya, mereka berjaya. Ini kerana merek belajar dari kegagalan mereka. Mereka tidak ulangi kesalahan dan kesilapan serupa. Cara belajar terbaik dari kegagalan adalah, JANGAN DIULANGI CARA YANG MENJADI PUNCA KEGAGALAN.

Nasihat saya, jangan sesekali kita GIVE UP apabila menerima kegagalan dalam usaha mengejar kejayaan. Di sini, kejayaan bolehlah diertikan sebagai BERJAYA BERKHIDMAT DI SEKTOR KERAJAAN.

NEVER GIVE UP! Teruskan usaha sehinggalah kita mencapai kejayaan. Untuk memotivasikan anda, saya syorkan anda tonton video hebat di bawah ini.

Ulasan Video ini: Derek Redmond telah berlatih bersungguh-sungguh untuk menghadapi sukan olimpik di Barcelona 1992. Beliau bekerja keras untuk mencapai apa yang diimpikannya dalam sukan olimpik tersebut. Dia menghabiskan masa 4 tahun untuk berlatih dan mencuba terbaik bersaing dengan ramai pelari lain untuk mewakili negaranya dalam sukan olimpik. Sudah masa perngorbanan masa, usaha, tenaga dan juga wang ringgit yang besar untuk memastikannya beliau berjaya mewakili negaranya. Apabila sampai hari sukan olimpik, beliau mula berlari dengan penuh semangat dan keyakinan bersaing dengan pelari-pelari hebat lain dalam temasya sukan terhebat itu. Ketika beliau sedang berlari laju, beliau terjatuh! Beliau mengalami kecederaan. Beliau kecewa akan keadaaan itu. Tapi beliau TEkad bahawa beliau mesti habiskan larian itu, walaupun beliau mengalami kecederaan. Dia YAKIN akan menamatkan apa yang beliau impikan. Beliau ingin menamatkan perlumbaan hingga ke garisan terakhir kerana sebelum datang ke Barcelona, itulah yang diidam-idamkannya. Dan dalam keadaan cedera itu beliau meneruskan lariannya. Di masa terhencut-hencut itulah ada bapanya datang menyokong. Dan akhirnya beliau berjaya tamat sehingga garisan penamat. Dan seramai 65,000 penonton di stadium berdiri terharu dengan usaha gigih Derek Redmond. Walaupun dengan kepayahan sebegitu, beliau meneruskan lariannya hingga ke penamatnya. Memang sungguh terharu..

Pengajaran – walaupun kita terpaksa mengalami pelbagai halangan/cabaran dalam perjalanan untuk menggapai apa yang kita inginkan, kita tidak boleh sesekali GIVE UP. Teruskan mencuba sehinggalah kita berjaya.

Dan ada lagi video buat anda, yang mampu menaikkan semangat anda.

Nick Vujicic – I’am Happy! J Never Give Up in Life

Ulasan Pendek Video: Seorang yang tiada memilki tangan, tiada kaki tapi mampu berjalan, mampu berenang, bermain muzik. Amazing. Tapi adakah dia terus mampu membuat sebegitu? Tidak! Dia jatuh beratus-ratus kali sebelum berjaya mampu berdiri. Dia berkata, jika dia jatuh, dia akan mencuba berkali-kali sehinggalah beliau berjaya. Jika dia jatuh (gagal), dia tidak GIVE UP dia akan terus mencuba sehingga berjaya. I WILL TRY..AGAIN..AND AGAIN…AND AGAIN. Dari orang yang tiada tangan dan kaki, kini dia adalah orang yang berjaya bukan sahaja berjaya berdir sendiri, tapi menjadi pakar motivasi yang jutawan.

Pengajaran – Jangan sesekali GIVE UP dengan apa-apa kekurangan yang ada pada diri kita. Kita teruskan mencuba. Walaupun kita gagal dalam cubaan tersebut, jangan GIVE UP. Teruskan  mencuba..cuba..cuba lagi sehinggalah berjaya.

Dan ada satu lagi video buat anda..

Ulasan Video: Ianya berkenaan IDEA, ACTION, dan KEYAKINAN. Jika kita ada idea hebat, tak guna jika kita tidak jadikannya realiti. Kita perlu laksanakan idea tersebut. Orang lain berjaya kerana mereka ACTION, tapi kita gagal kerana tiada ACTION, walaupun idea kita sama dengan orang lain. Untuk ACTION, kita kena YAKIN bahawa kita BOLEH melakukannya.

Pengajaran – Untuk berjaya, kita perlu YAKIN dan BERTINDAK. Ramai orang gagal kerana tidak BERTINDAK. Mereka takut untuk mencuba sesuatu yang baru yang mereka tiada pengalaman berkenaannya. Tapi mereka tahu idea mereka itu mampu membuahkan kejayaan. Disebabkan takut dengan risiko, takut ditolak, takut didatangi halangan/kesusahan, mereka tidak BERTINDAK. Untuk berjaya dalam bidang bisness internet juga, kita perlu BERTINDAK. Apa yang kita tahu, kita BERTINDAK untuk memulakannya. Kita perlu YAKIN untuk bertindak. YAKIN ANDA BOLEH!

Sekian sahaja dari saya buat anda. Semoga perkongsian kali ini dapat menaikkan semangat dan motivasi anda untuk mendapatkan apa yang anda idamkan. Artikel ini juga saya akan rujuk dari masa ke semasa untuk  saya naikkan motivasi diri saya.

Jumpa lagi:_)

NEVER GIVE UP!

Comments

  1. Snow white says:

    Salam.
    Sy sendiri dh menghantar permohonan selama kira2 15 tahun…..
    Baru2 nie aje spa panggil interview. Dpt keputusan calon simpanan. Sy tanpa merasa give up terus menghantar borang pantang ada peluang. Moga2 tahun nie beroleh kejayaaan…..

  2. Penantian itu satu penyiksaan……sgt2 menyiksakan lebih2 lg yg memohon itu seorg yg sgt2 sygkn negaranya dan ingin sgt berbakti utk ngranya…terus terang sy x taksub dgn kemudahan yg kerajaan bg tp sy lebih kpd utk membalas balik jasa kerajaan dgn kudrat yg sy ada, yg x seberapa ini kerana KALAU BUKAN KERANA BANTUAN KERAJAAN SELAMA INI IBU YG MENJAGA SAYA DRI KECIL TANPA AYAH DI SISI TELAH LAMA MENINGGAL DUNIA….KERAJAAN MALAYSIA ADALAH SUMBER INSPIRASI SAYA UTK BERKHIDMAT SEMULA DGN KERAJAAN…sy xtau dgn cara ap lg utk sy membalas jasa kerajaan….sy da buat segalanya dgn sebaik mgkin…

  3. Terima kasih mama…Puan Sinilin Kui…kerana mama saya menjadi seorg yg tabah menghadapi hidup ini… Selamat hari lahir ke 51 semoga hasrat mama untuk saya menyambung legasi kita dgn bkhidmat dgn kerajaan akan tercapai…

  4. salam
    terima kasih untuk sumber motivasi ni
    memang saya akui,kadang-kadang ada juga perasaan putus asa dalam menanti pekerjaan sama ada di sektor swasta atau kerajaan.Sedikit sebanyak saya dapat satu lagi input di dalam entri.Terima kasih sekali lai saya ucapkan.

  5. Tq, en jamal dengan vedeo motivasi ini. Sangat baik untuk diri sendiri dan dikongsikan bersama anak-anak, keluarga dan juga sahabat handai. tq very much.

  6. saya takkan kawen selagi tak dpt keje kerajaan. hehe 😛

  7. akum En. Jamaluddin, sebenarnya memang saya dah giveup sangat, sbb itu saye tak pernah balas apa2 msg kepada en., dah lebih kurang 8tahun saya mengisi kekosongan dalam borang SPA8 atau jabatan2 lain, tapi tak pernah dipanggil temuduga walau sekalipun.

  8. Salam… Terima kasih tuan Jamal atas perkongsian hebat ini… Saya sendiri dah banyak isi borang kerja, tapi masih tiada hasil yang dikehendaki… Nak dipanggil temuduga amat-amat jarang…. jika dipanggil sekali pun hanya untuk mencukupkan syarat… sebab jawatan tersebut telah pun ada calon…

    Tapi saya tidak pernah berputus asa, saya faham… potensi saya mungkin belum rezeki saya untuk kerja di sektor awam…

    Kerana itu saya libatkan diri dlm dunia perniagaan… kerana ianya juga salah satu sumber pendapatan kpd kita… Jika kita masih tidak berjaya dlm temuduga… kenapa tidak kita bertukar kepada bidang yg lain…

  9. salam en jamal….first trima kasih sbb sudi berkongsi dgn kami semua…sy ada soalan nk tny…sy dh 2x hadiri temuduga untuk pegawai latihan vokasional dan pegawai pendidikan pengajian tinggi….tp sy terpaksa menunggu keputusan temuduga sehingga sekarang disebabkan MQA br meluluskan bidang pengajian sy…tetapi persoalan nye pihak SPA dan SPP tidak mahu memberitahu jawapan temuduga sy disebabkan tiada pengikhtirafan dari JPA..bila sy menanyakan pihak universiti,mereka memberitahu bahawa pengajian diSWASTA hanya diluluskan oleh MQA…jd macam mana sy nk dptkn pengiktirafan dr JPA…disebabkan masalah ini,semua kawan2 menjadi putus asa untuk memohon dengan kerajaan..saya mohon pandangan dari en jamal untuk tindakan yg perlu sy ambil??

  10. TERIMA KASIH kerana usaha En.Jamal menyediakan motivasi ini.. Sama seperti LIA.. putus asa adalah alasan kenapa saya mendiamkan diri dan tidak membalas smua email dr En.Jamal.. Kecewa dengan keputusan SPA bahawa sy tidak diterima dan tiada dalam simpanan juga..

    Moga tahun ini akan memberi lebih kebaikan kepada sy..

  11. Moga tahun ini akan memberi lebih kebaikan kepada sy juga rakan seperjuangan semua..

  12. gudluck semua 🙂

  13. Assalamualaikum
    tanks en Jamal post enrti nie
    Bagi saya memeng diakui kdgklaa sya merasa give up
    Bukan apa ramai yg dah memohon berkali inikan saya dah baru stahun
    persaingan makin sengit
    N ada kalanya saya terkilan dah banyak wang dilaburkan memohon keje swasta mahupun kerajaan isi online hantar borang semua dah dilakukan
    Lebih menyedihkan saya kebanyakan keje gov lebih senang dpt kalau ada kabel.Adakah ini realitinya.
    Bagi saya ini memang tidak adil
    Tolongla pihak kerajaan bertindaklah dengan berhemah
    Beri kami yg tiada kabel nie untuk berkhidmat
    Tambahan pula saya merupakan pemegang biasiswa JPA
    apakah yg boleh saya lakuka untuk membalas jasa baik pihak kerajaan..

  14. saya tak give up untuk pohon jwtan dlm sektor awam nie tp sy give up bl ibu sy asyik b’tnya…x pohon kerja ngan goverment ka?…
    sy tau bkn sy sorang ja yg pohon tp ramai lg….
    insyaalah…klu ada rezeki..ada la….
    cuma lmbat dgn cpt ja…

  15. mau tak putus asa setelah menunggu hampir 16 tahun.
    puas sudah isi borang. nak panggil interview pun boleh tentu dapat. Nak dapat kerja jauh sekali….
    Kos setem lagi….photostate sijil….sampul surat…cucu gmbr lagi….

  16. salam..encik jamal..hari ni saya berasa sangat sedih dan kecewa….saya bekerja di PBT dan sedang mengisi banyak kekosongan kerja di tempat saya dan di agensi kerajaan lain..tapi malangnya belum pernah dipanggil untuk temuduga dan pada tahun lepas saya ada dipanggil temuduga di sebuah PBT di selangor..tetapi malangnya masa nterview saya hadir paling awal tetapi dipanggil paling akhir kerana mengikut abjad iaitu nama saya berpangkal dari huruf S…saya berasa amat kecewa sangat..kerana panduan yang kita baca tidak sama…dan penemuduga tidak bertanyakan apa2 pada saya….saya keliru..

  17. thank en jamal..saya akan terus berusaha

  18. Bab gagal interview ne memang tension la,rule no 1 bile jumpe interview mau senyum ,tapi bile masuk berpuluh kali interview ,senyum tu bertukar daa

  19. memang sesuatu yang menyedihkan apabila tak dipanggil
    temuduga…..rasa hidup ini tidak ada maknanya lagi walaupun dah berjaya menamatkan pengajian……memang kita tak patut berputus asa tetapi sebagai hamba yang tak sempurna kadang2 rasa down juga..apa yang mampu dilakukan adalah terus berdoa moga rezeki akan datang…….

  20. assalam…
    saya norliza
    saya nak ty,ape persediaan yang perlu saya lakukan untuk temuduga PENOLONG PEGAWAI LATIHAN GRED E27..kerana nie temuduga first untuk jawatan.sekarang sy berkhidmat dhn kerajaan sebagai pembantu akauntan.tolong sya en.jamal…saya xder experience untuk gred nie…

  21. Assalamualaikum………
    Penantian satu penyeksaan. Saya pernahnah mendapat calon simpanan dan telah expired beberapa bulan yang lepas….
    tp skrang masih mencuba dengan sentiasa mengisi jawatn jika ada kekosongan.. InsyaAllah.. smga akan berjaya juga nant…

  22. saya benar2 rasa dah putus asa untuk memohon apa2 jawatan dalam perkhidmatan awam…kalau saya tahu saya akan menggangur selepas menamatkan pengajian diuitm…baik saya tidak payah belajar dulu..kahwin aja…
    duit ptptn pun belum bayar lagi….saya dah penat untuk berfikir…….mungkinkah saya ditakdirkan untuk tidak berjaya dalamhidup…dah 2 tahun saya menganggur tempoh masa yang cukup lama….

  23. Salam Semua,
    Teruskan berusaha, rezeki ada untuk semua orang. Amin.

  24. sakinah says:

    gagal suda

  25. sakinah says:

    salam semua……..xpe la xde rezeki nama nya…..
    sy pn baru2 nie dpt kptusan peguakuasa jpj…..intbiu 1 lulus…..tp secound inbiu mmmm gagal…lg la kcewa…lari bagai nk rak……jauh….tp secound inbiu gagal jgk kptsn….

  26. NoorHani says:

    Salam kpd semua pembaca n terutama buat Encik Jamal atas sokongan moral kpd pencari2 kerja di luar sana….
    Never give up!!!!!!!
    Thats the right point…
    Calon simpanan???????
    ada peluang ker??
    saya pernah tertanya2 pada diri sendiri
    akhirnya….
    beberapa hari slps kptsan temuduga saya utk jawatan pembantu tadbir (p/o) spa pd 13 Januari 2011..dukacita dimaklumkan urusan anda gagal…sedih gler lah masa tuh…punya lah menaruh harapan nak dapat…
    tup2…
    kakak sya yang interview 2 thun sebelum dapat kerja…PPM…alhmdllah…pelik kan..tue lah dinamakn rezeki seseorang…
    yang interview x dpat calon simpanan pula dapat…hehe…
    so kesimpulannya, calon simpanan ada peluang besar nak dpt kerja tau…hehehe..sya masih menanti dgan usaha.. sekian tq.

  27. NoorHani:maksudnya akak awk yg interview 2 dh 2 thn jd calon simpanan ke?mmg rzki die kan..sy ni pon calon smpanan jgk..nk mghrp nnt,tkt plak kcewa..berserah je laa..

  28. Video yg menyentuh hati. Walaupun gagal temuduga banyak kali, dont giveup. Iya menjadikan kita lebih berpengalaman dan masak dengan temuduga. Terutama dalam menghadiri temuduga kerajaan. Walaupun anda gagal, tidak bermakna anda gagal terus.. Cuba lagi.

  29. Usaha lagi pasti akan menemui kejayaan buat anda…Gagal bukan sekali dalam hidup..:)

  30. tq..bru2 nie sya pun gagal dapat spa untuk kali ketiga..mula2 mmg dah give up.sbb sya pun menganggur n tak smbung study kat mana2 .sya mmg berharap sya dpt spa nie.lps bc entry nie,trus bersemangat blik.i wont give up..nak cube laen kali..insyaallah dpt.kejayaan itu datang cepat atau lambat sahaja.

  31. anonymous says:

    salam……betul tu kita x sepatutnya give up….saya sendiri pernah gagal unterview spa…masa itu untuk latihan separa peubatan….baru ni ada attend interview spa lagi…tp x taulahh result mcm mana…harap2 berjayalahhh…anyway dalam hidup ini mmg x pernah lari dari perasaan give up tp bila kita renungkan balik mgkin Allah lebih tahu dimana tmpt yg sesuai utk kita….k…

  32. teruskan perjuangan says:

    sejujurnya selagi kita tak dapat kerja tetap selagi itulah kita berada dibawah tekanan. macam aku ni, semua kerja aku dah buat, cashier, pengasuh, kilang, guru ganti, warden dan macam2 lagi. Tapi aku nak sgt2 dapat kerja ijazah. stiap kali pergi interview mesti tak dapat.tak dapat tak dapat…huwa sedihnya.

  33. Assalamualaikum En Jamal,

    Tipulah jika kta xpenah give dlm hidup…sy penah menghadiri temuduga 2x.yg pertama pada tahun 2008 oleh pihak SPP,dukacita saya hanya diterima sebagai calon simpanan & pada tahun 2013 oleh pihak PPD Kubang Pasu,temuduga terbuka,masih tidak dpt peluang….sy terus menanti dan menanti….sy hanya berserah pd Allah S.W.T. mungkin tiada rezeki lg..Terima kasih En jamal kerana mmberi kata2 semangat.sy tidak akan give up

  34. Salam… sy pn nak ucapkan terima kasih sbb info ni bnyak membantu naikkan semangat sy yg da hmpir2 nak give up sy da hadiri tmuduga 11kali dr spa tp blum smpai rezeki kot tp sy janji x akan putus asa sy akan cuba slagi d bg pluang.. huhu sy pn org susah gak adk bradik ramai 9org bapa da meninggal mak pla petani je jd mmg tinggi la harapan utk dpt krja ni da brmacam2 pngalaman tmuduga da sy lalui… apa pn smua tu krja Allah swt…. pnting jangan brhnti berusaha smua tu ada hikmah.

Speak Your Mind

*