Format Soalan Peperiksaan Pegawai Belia Dan Sukan Gred S41

Soalan Peperiksaan Pegawai Belia Dan Sukan Gred S41

 

KHAS Untuk calon peperiksaan bertulis Pegawai Belia dan Sukan Gred S41 pada 8 Feb 2014 !

 

Untuk entri ini, admin akan kongsikan info berkaitan format soalan peperiksaan Pegawai Belia dan Sukan Gred S41. Semoga entri ini dapat membantu calon membuat persediaan menghadapi seisi peperiksaan tersebut pada 8 Feb nanti.

 

 Pakej Rujukan Lengkap Exam Pegawai Belia dan Sukan Gred S41

Jualan dibuka bermula jam 10.00 pagi 30hb Jan 2014 hingga 11.59 malam 5 Feb 2014.

Klik banner di bawah untuk mendapatkannya.

soalan peperiksaan pegawai belia dan sukan gred s41

Format Soalan Peperiksaan Pegawai Belia dan Sukan Gred S41

 

Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasikan maklumat yang diperoleh melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan.

 

Justeru soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas. Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Pegawai Belia dan Sukan Gred S41.

 

Peperiksaan ini melibatkan empat kertas berasingan. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang baik dipamerkan pada satu kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang baik bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokuskan kepada kertas tertentu sahaja.

 

 

 

exampegawaibeliadansukangreds41_01

 

 

 

SUKATAN PEPERIKSAAN BERTULIS PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S41

 

1. Ujian ini mengandung i satu bahagian iaitu:

 

A. Bahagian I – Kecenderungan:

 

i) Seksyen A (Pengetahuan Am)

ii) Seksyen B (Daya Menyelesaikan Masalah)

iii) Seksyen C (Esei Bahasa Melayu)

iv) Seksyen D (Esei Bahasa Inggeris)

 

 

BAHAGIAN II – KECENDERUNGAN

 

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM

 

Masa: 40 Minit

 

Bilangan Soalan: 50

 

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon peperiksaan Pegawai Belia dan Sukan Gred S41 terhadap perkara yang berlaku di Malaysia. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan bidang hal ehwal politik dan kepimpinan, tatanegara dan dasar-dasar awam, sukan, rekreasi dan belia, , pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, agama dan moral serta isu-isu semasa. Soalan-soalan akan ditarafkan adalah perlu diketahui oleh calon-calon yang mempunyai Ijazah dalam bidang perakaunan.

 

KLIK SINI UNTUK PAKEJ RUJUKAN LENGKAP PEPERIKSAAN PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S41

 

Contoh Soalan :

 

1. Bajet 2012 antara lainnya akan memberi fokus untuk meredakan inflasi dan mengimarahkan kehidupan rakyat. Bagi mencapai maksud ini, tindakan berikut akan dilaksanakan iaitu :

 

 

I Meningkatkan pengeluaran bekalan makanan dan industri agro

II Subsidi barangan asas dan bantuan

III Perumahan rakyat berkualiti dan tabung khas perumahan nelayan

IV Penambahbaikan kewangan sektor awam

 

A I, II, dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

 

 

Jawapan: B

 

 

2. Kerajaan amat prihatin dengan beban rakyat akibat kenaikan kos harga barang makanan. Bagi mengawal harga barang dan mengekalkan sistem subsidi terhadap kebanyakan barang keperluan, Kerajaan mengambil inisiatif memperkenalkan Klinik 1Malaysia dan Kedai Runcit 1Malaysia. Di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), manakah inisiatif ini diletakkan?

 

A Memperkasakan Prasarana Luar Bandar dan menambahbaik pengangkutan awam.

 

B Meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan dan meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.

 

C Mengurangkan Kadar Jenayah dan memerangi rasuah.

 

D Perangi kos kehidupan yang makin meningkat.

 

 

Jawapan: D

 

 

 

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

 

Masa : 45 Minit

 

Bilangan Soalan : 40

 

 

Seksyen ini mengukur daya menyelesai kan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut :

 

i) Kemahiran Menggunakan Logik

 

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang paling tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

 

 KLIK SINI UNTUK PAKEJ RUJUKAN LENGKAP PEPERIKSAAN PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S41

 

Contoh Soalan:

 

 

1. Berdasarkan gambar di bawah,gambarajah seterusnya ialah

 

gambarajah01

 

 

 

Jawapan: D

 

Teknik Menjawab :

 

Cawan di bahagian atas bergerak secara menurun.

 

 

2. Isikan nombor yang sesuai di hujung garisan bertanda S

gambarajah02

A 469

B 220

C 110

D 55

 

Jawapan: A

 

 

Teknik Menjawab :

= 59 – 4 = 55

x 2

= 117 – 7 = 110

x 2

= 235 – 15 = 220

x 2

= 469 – 29 = 440

 

 

 

ii)Kemahiran Menginterpretasi Data

 

 

Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesai kan masalah yang dikemukakan.

 

 

Contoh Soalan :

 

1. Jadual berikut menunjukkan markah diperolehi oleh sekumpulan peserta Bengkel Audit Dalam.

 

gambarajah03

 

Jika jumlah peserta kursus adalah 65 orang, berapakah min markah?

 

 

A 20

B 25

C 36

D 40

 

 

Jawapan: C

 

 

Teknik Menjawab:

 

Bil X = 65 – (15 + 12 + 18) = 20

(Jumlah markah x bil.calon) / bil. calon.

 

= (360 + 600 + 480 + 900) / 65

= 36

 

 

 

2. Dalam carta pai berikut menunjukkan jumlah jualan tiket bas untuk empat bulan.   Jumlah jualan adalah RM9,000. Hitung jumlah jualan dalam RM bagi bulan September dan November.

gambarajah04

A 2,600

B 2,860

C 2,900

D 3,150

 

 

Jawapan: D

 

 

Teknik Menjawab :

 

Sudut bulatan = 360º

 

Disember+Okt = 234º

 

Sept + Nov = (360º – 234º) / 360º x RM9,000

 

=3,150

 

 

 Pakej Rujukan Lengkap Exam Pegawai Belia dan Sukan Gred S41

 

Jualan dibuka bermula jam 10.00 pagi 30hb Jan 2014 hingga 11.59 malam 5 Feb 2014.

Klik banner di bawah untuk mendapatkannya.

 

iii) Konsep Matematik

 

Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang Matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).

 

 

Contoh Soalan :

 

1. Sebuah kilang menghasilkan 800 unit mentol sehari. Kebarangkalian bahawa sebiji mentol yang dihasilkan itu rosak ialah 3/400. Berdasarkan pengeluaran 20 hari bekerja, berapakah bilangan mentol yang dapat dijual?

 

A 15,780

B 15,790

C 15,880

D 15,980

 

Jawapan: C

 

 

Teknik Menjawab:

 

20 hari x 800 = 16,000

 

Rosak 3/400 x 16,000 = 120

 

Dapat jual = 16,000 – 120 = 15,880

 

 

2. Keluarga Saleh mempunyai 5 orang anak lelaki. Urutan umur anaknya dari yang termuda hingga yang pertama iaitu 2, y, (2y – 2), (y + 2) dan (y + 4). Jika jumlah keseluruhan kelima-lima anaknya ialah 21 tahun, berapakah umur anaknya yang tertua?

 

A 8 tahun

B 7 tahun

C 6 tahun

D 5 tahun

 

 

 

Jawapan B

 

 

 

Teknik Menjawab:

 

2 + y + (2y – 2) + (y + 2) + (y + 4) = 21

 

5y + 6 = 21

 

5y = 21- 6

 

= 15

 

y = 15/5

 

y = 3

 

 

Maka anak tertua, y + 4 = 3 + 4 = 7 tahun.

 

 

 

SEKSYEN C – ESEI BAHASA MELAYU

 

Masa : 1 jam

 

Bilangan Soalan : 3 jawab 1

 

Panjang Esei : Bilangan perkataan adalah tidak dihadkan.

 

 

Dalam seksyen ini calon dikemukakan isu-isu yang menjemput pandangan tentang sesuatu masalah.

 

 

Contohnya:

 

“Cara-cara untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu-lintas di Kuala Lumpur.”

 

 

Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Melayu.

 

 

SEKSYEN D – ESEI BAHASA INGGERIS

 

Masa : 1 jam

 

Bilangan Soalan : 3 jawab 1

 

Panjang Esei : Bilangan perkataan adalah tidak dihadkan.

 

 

Dalam seksyen ini calon dikemukakan isu-isu yang memerlukan pandangan tentang sesuatu masalah.

 

Contohnya:

“Electronic Government in Malaysia”

 

 

Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris.

 

 

 

PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S41

 

 

 

Nasihat-nasihat berikut diharap dapat membantu calon-calon dalam peperiksaan ini.

 

 

Soalan Objektif

(Soalan-soalan di dalam Bahagian I)

 

 

a. Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki peperiksaan ini adalah dari pelbagai bidang akademik.  Soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian, terdapat beberapa soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab kerana berada di luar bidang pengkhususan. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak boleh dijawab, calon dinasihatkan agar tidak membuang masa dan terus menjawab soalan-soalan berikutnya.

 

Apabila masa mengizinkan, kembali kepada soalan tersebut.

 

 

b. Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan di mana empat opsyen jawapan dikemukakan dan calon perlu memilih satu. Jawapan yang dikehendaki bukan sahaja yang betul tetapi yang paling tepat. Apabila membaca dan mengkaji kesemua opsyen yang dikemukakan kerana yang diperlukan adalah jawapan yang paling tepat. Dengan meninggalkan jawapan-jawapan yang difikirkan salah, opsyen jawapan akan berkurangan dan ini dapat membantu dalam proses pemilihan jawapan yang tepat.

 

 

c. Bagi merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan diproses menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon menggunakan pensil 2B sahaja. Jika alat tulis lain digunakan, jawapan calon tidak diambilkira kerana komputer tidak dapat memprosesnya. Jika calon perlu membuat perkiraan, jawapan contoh dan sebagainya, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang yang dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan.

 

 

Calon sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah yang terbaik. Jika lulus, calon mungkin berpeluang untuk dipanggil temuduga. Hal ini bermakna peluang untuk dipertimbangkan ke jawatan Pegawai Belia dan Sukan Gred S41 adalah lebih baik.

Soalan Peperiksaan Pegawai Belia Dan Sukan Gred S41

Comments

  1. Its the fact is an excellent post. More than likely that anyone want to visit it over and over. Seeing this post I managed to get some very unique information which have been the truth is very helpful proper. It is a post owning some crucial information. I wish that from now on such posting comes on.

Trackbacks

Speak Your Mind

*