Peperiksaan Online Penguasa Kastam – FORMAT & TIPS

Peperiksaan Online Penguasa Kastam

peperiksaan online penguasa kastam

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peperiksaan Online Penguasa Kastam

Lihat samada anda telah dipanggil untuk hadiri peperiksaan ini ataupun tidak.

SEMAKAN PEPERIKSAAN ONLINE PENGUASA KASTAM (klik)

Format untuk peperiksaan online penguasa kastam 6 Sept 2014 ini adalah format terbaru peperiksaan Gred 41. Jika sebelum ini peperiksaan berkisar kepada dua penilaian utama iaitu berkaitan pengetahun Am dan daya menyelesaikan masalah, format kali ini ditambah dengan Seksyen baru iaitu Ujian Psikometrik.

  • UJIAN PENGETAHUAN AM
  • UJIAN MENYELESAIKAN MASALAH
  • UJIAN PSIKOMETRIK

Medium peperiksaan online kali ini agak mendebarkan calon terutama kepada calon yang ada pengalaman peperiksaan online SPA bermula MEI 2014. Mengikut rekod, peperiksaan Online SPA yang lalu memberikan pengalaman yang kurang baik kepada ‘first-timer’. Banyak masalah teknikal yang dihadapi. Tetapi harapannya sesi kali ini berjalan dengan lancar

Untuk kali ini,  tapisan nampaknya dilakukan lebih awal dengan mengadakan sesi peperiksaan pada hari SABTU. Sebelum ini, peperiksaan online yang dijalankan pada hari ‘weekdays’ membuatkan ramai calon tidak berpuas hati. Mana taknya, mereka terpaksa mengambil cuti. Dahla kena ambil cuti, line internet pula mengalami ‘server down’ pula!  Jika peperiksaan online penguasa kastam dijalankan pada hari ‘weekdays’, pasti bermacam-macam masalah akan timbul!

Pastinya ianya akan memberikan kesan kepada mereka yang sudah bekerja di mana kesukaran mendapat cuti pelepasan pasti muncul terutamanya bagi mereka yang mengambil cuti sempena Hari Raya Aidilfitri baru ini. Juga memberi kesan kepada mereka yang dah bercadang untuk mohon cuti sempena cuti sekolah yang bakal tiba.

Alhamdulillah, untuk kali ini, SPA menjalankan peperiksaan online penguasa kastam ini pada hari SABTU.  Ramai yang boleh jalani exam kastam ini. Jika anda dipanggil, cuba hadir dan buat sehabis baik kerana peluang mereka yang hadir lebih cerah kerana dijangkakan % mereka yang hadir adalah kurang

Anda harus tahu juga yang peperiksaan penguasa kastam Gred W41 ini  menggunakan sistem MyRecruitment. Ringkasnya, sebelum sampai ke temuduga calon akan melalui 2 peringkat saringan iaitu peperiksaan bertulis/online (yang bakal anda hadapi) dan sekiranya berjaya anda akan dibawa menduduki sesi “Program Assessment Center (PAC)” sebelum ke sesi temuduga.
7 PERKARA PENTING YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG PEPERIKSAAN ONLINE PENGUASA KASTAM INI

  1. Pastikan line internet anda berkeadaan baik semasa peperiksaan dijalankan. Kalau perlu, tumpang line internet jiran sebelah!
  2. Jawab sepantas yang boleh soalan-soalan yang diberikan. Lambat, anda berisiko!
  3. Habiskan menjawab soalan-soalan dalam masa yang diperuntukkan.
  4. Anda boleh rujuk nota semasa menjawab soalan peperiksaan online penguasa kastam ini. (cuma sempat atau tidak saja)
  5. Peperiksaan online ini, anda jawabnya di rumah. Nak meniru, tak salah pun! Mungkin anda juga boleh minta bantuan rakan-rakan anda, mahupun keluarga anda. (saya tak ajar ye, cuma bagi tips aje..)
  6. Semasa hari exam dijalankan, pastikan anda memasuki link yang telah diberikan oleh SPA dalam emel panggilan. Ini linknya http://examonline49.spa.gov.my  Jika tak jumpa, tak ingat ke, sila masuk fanpage SPA di sini pada pagi sebelum peperiksaan dijalankan.
  7. Jika ada peperiksaan ulangan dibuat (jika berlaku server down), jangan terlepas untuk ambil semula exam ini. Peluang untuk lulus lebih tinggi. (sebelum ni berlaku peperiksaan ulangan disebabkan masalah server oleh pihak SPA)

 

NOTA TAMBAHAN 

Ini adalah nota ringkas yang anda boleh baca sebagai persediaan untuk peperiksaan tersebut.

Nota 1: Maklumat Am

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) adalah salah sebuah badan jabatan kerajaan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Ia berfungsi sebagai pemungut cukai import/eksport negara.

  1.  KDRM diterajui oleh YBhg. Dato’ Sri Khazali bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato’ Hj. Matrang bin Suhaili, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan), Dato’ Haji Zainul Abidin bin Taib, Timbalan Ketua Pengarah Kastam Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Dato’ Abdul Rahman bin Othman, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan) dan Dato’ Hj Hassan bin Ibrahim, Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan).
  2. KDRM terbahagi kepada beberapa bahagian utama bagi menjaga keselamatan negara serta kesejahteraan rakyat iaitu, Bahagian Perkastaman & Cukai Dalam Negeri, Bahagian Perkhidmatan Teknik dan Bahagian Penguatkuasaan/Pematuhan.
  3.  Piagam pelanggan KDRM ialah komited untuk memberi perkhidmatan yang profesional kepada pelanggan, bersedia menambahbaik perkhidmatan selaras dengan jangkaharap dan memberi penekanan kepada kriteria berikut :Berlunaskan undang-undang, Tepat dalam membuat keputusan, Menepati masa yang dijanjikan, Layanan yang mesra dan adil
  4.  Badan Kebajikan Islam Kastam (BAKISKA) merupakan sebuah NGO di bawah jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang mengkoordinasi serta menguruskan perkara berkaitan hal ehwal kebajikan Islam bagi anggota Jabatan. Selain itu, BAKISKA juga turut menjalankan program-program dakwah dan penerapan kefahaman Islam khususnya untuk warga JKDM.
  5. Akademi Kastam Diraja Malaysia (Akmal) adalah sebuah pusat latihan bagi kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Ia berfungsi sebagai sebuah institusi latihan yang melatih dan mendidik warga kerja JKDM mengenai tugas dan ilmu perkastaman. Di samping memberi latihan kepada kakitangan JKDM, ia juga telah diperaku oleh World Customs Organization (WCO) sebagai training arm untuk latihan perkastaman di rantau Asia Pasific.

 

Nota 2 : 5 Teras Strategik Utama Digubal

Lima Teras Strategik utama telah digubal bagi membantu JKDM melaksanakan fungsi dan tugas yang dipertanggungjawabkan serta menangani isu-isu kritika dan cabaran-cabaran yang akan dihadapi dalam merealisasikan Visi dan Misi yang ditetapkan.

Lima Teras Strategik tersebut adalah :

  1. Memperkasakan Tadbir Urus Organisasi Dan Pembudayaan Nila-nilai Murni Ke Arah Kecermelangan Organisasi Berasakan Konsep Satu Kastam
  2. Memantapkan Keupayaan Dan Kapasiti Organisasi Bagi Meningkatkan KEcekapan Sistem Penyampaian Perkhidmatan
  3. Memeprtingkatkan Kecekapan Dan Keberkesanan Pungutan Hasil Bagi Kemakmuran Negara
  4. MEmantapkan Fasilitasi Kepada Komuniti Perdagangan Dan Perindustrian Bagi Meningkatkan Daya Saing Negara
  5. MEmpertingkatkan Pematuhan Undang-undang Untuk Memelihara Kepentingan Ekonomi, Sosial dan Keselamatan Negara.

 

 

Nota 3 : Fungsi Dan Peranan JKDM

  1. 1.       Memungut Hasil Negara

Memungut hasil negara dalam bentuk cukai dan duti Kastam yang terdiri daripada duti import, duti eksport, duti eksais cukai jualan, cukai perkhidmatan dan levi kenderaan.

 

  1. 2.       Memberi Fasilitasi Kepada Sektor Perdagangan Dan Perindustrian

JKDM telah memainkan peranannya dalam pemberian kemudahan dalam bentuk pelbagai insentif dan fasilitasi kepada sektor perindustrian dan perdagangan yang bertujuan untuk menjana ekonomi negara selaras dengan perubahan dasar kerajaan yang lebih mengutamakan sektor perindustrian.

 

  1. 3.       Memastikan Pematuhan Perundangan

JKDM diberi kuasa untuk melaksanakan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kastam 1967, Akta Cukai Jualan 1972, Akta Cukai  Perkhidmatan 1975, Akta Eksais 1976, Akta Zon Bebas 1990 serta  perundangan subsidiari berkaitan dengan akta-akta tersebut. Adalah menjadi tanggungjawab utama JKDM untuk memastikan semua perundangan yang dikuatkuasakan dipatuhi sepenuhnya oleh pelanggan-pelanggan dan pihak yang berurusan dengannya.

Nota 4 :  SLOGAN KASTAM

“Anda Ceria Kami Gembira”

‘Anda’ bukan sahaja bermaksud pelanggan luaran tetapi juga pelanggan dalaman dan stakeholders

 

Pelanggan Dalaman

  • Pegawai-pegawai JKDM
  • Kelaurga Pegawai

 

Pelanggan Luarana

  • Pengimport/Pengeksport
  • Pengilang/Pengusaha/Peniaga
  • Agen Penghantaran
  • Pelawat/Pelancong
  • Badan Berkanun Persekutuan
  • Rakyat/Orang Awam

DAPATKAN RUJUKAN PEPERIKSAAN ONLINE PENGUASA KASTAM DI BAWAH:

 

Peperiksaan Online Penguasa Kastam

Comments

  1. Hello, Neat post. There is a problem along with your website in internet explorer, might check this?IE still is the marketplace chief and a huge section of folks will leave out your wonderful writing due to this problem.

  2. you are really a excellent webmaster. The web site loading speed is amazing.

Speak Your Mind

*