Ekonomi gawat! Mengapa kerja kerajaan menjadi pilihan?

Tanpa diduga krisis kegawatan ekonomi seperti yang pernah berlaku pada tahun 1998 berulang kembali.Tapi kegawatan ekonomi GLOBAL yang melanda ini bukan seperti yang berlaku pada tahun 1998 yang hanya melibatkan Asia saja, tetapi ianya lebih menakutkan di mana ianya melibatkan seluruh dunia! Ya, amat menakutkan!

Dengan krisis ekonomi yang melanda dunia sekarang ini, Malaysia tidak terkecuali turut menerima kesannya. Ianya bakal menyaksikan beratus-ratus ribu pekerja diberhentikan . Apakah nasib mereka seterusnya bagi menyara kehidupan mereka dan juga keluarga mereka…Sungguh kasihan..

Sumber: http://jtksm.mohr.gov.my

Ini perihal mereka yang diberhentikan kerja, bagaimana pula anak-anak muda kita yang bakal menamatkan pengajian di kolej-kolej dan di universiti-universiti? Harapan mereka begitu tinggi, iaitu memperoleh kerja sebaik saja menggenggam segulung ijazah ataupun sijil. Akan tetapi memandangkan MALAPETAKA DAHSYAT yang sedang melanda dunia sekarang ini yang mana ianya lebih dahsyat daripada tsunami mahupun gempabumi, tidak hairanlah akan munculnya “penanam – penanam anggur” ataupun penganggur terhormat dengan mendadaknya.

Sudahla terpaksa membayar semula pinjaman PTPTN, nak menyara hidup pun tak mampu. Terpaksa lah menebalkan muka mengharapkan simpati dari orang tua yang telah berhabis duit untuk menyediakan pelajaran buat mereka. Tapi apakan daya mereka, anak yang diharapkan mendapat jawatan tinggi dan kerja yang baik-baik terpaksa lagi mengharap belas ihsan dari mereka semata-mata kerana MALAPETAKA YANG DAHSYAT ini.

Akan tetapi, anda Tidak Akan Alami Hal Itu Jika Anda Bekerja di Sektor Awam!!
Pekerjaan sekarang ini tidak lagi selamat disebabkan kegawatan ekonomi dunia dan kemungkinan pemberhentian pekerja di sektor swasta akan menjadi semakin parah sekiranya kegawatan ekonomi dunia berterusan. Disebabkan kegawatan ekonomi yang tidak menentu masa kini, adalah sukar bagi sesiapapun untuk mendapatkan pekerjaan di sektor swasta terutamanya sektor pembuatan. Dan kerana inilah sebabnya mengapa ramai orang berlumba-lumba ingin memohon pekerjaan tetap di sektor awam kerana ia lebih TERJAMIN dan banyak KELEBIHANNYA.

Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan!

Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

* Elaun perumahan
* Cost of living allowance (COLA)
* Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
* Kenaikan gaji setiap tahun
* Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan Cuti tahunan mengikut kelayakan
* Cuti bersalin
* Pinjaman perumahan
* Caruman KWSP atau pencen
* Bersara pada umur 58 tahun
* Peluang kenaikan pangkat
* Peluang melanjutkan pelajaran
* Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
* Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga

Oleh itu,tidak hairanlah mengapa terdapat beratus-ratus ribu orang telah memohon untuk berkhidmat dalam sektor awam pada zaman krisis ekonomi ini.

Akan tetapi, adakah mudah untuk memasuki sektor awam ini ? Jika anda fikir memang mudah untuk bekerja kerajaan, anda silap..

FAKTA PENTING!
Lebih 700,000 permohonan telah diterima pada tahun 2007 dan yang dipanggil temuduga adalah 350,000 untuk mengisi 38,000 jumlah kekosongan di sektor awam

Lihatlah betapa ramainya permohonan bagi mengisi kekosongan di sektor awam. Itu tahun 2007, bagaimana pula tahun 2008 yang menyaksikan bermulanya krisis ekonomi global ini. Sudah pasti bilangan permohonan untuk memasuki kerja sektor awam melebihi 1 juta orang!! Peratusan untuk anda berjaya mendapatkan jawatan yang diidam-idamkan itu hanyalah 5.4 % sahaja. Sangat sukar bukan? Apapun, untuk membuatkan anda terpilih bagi kekosongan itu, anda perlu lalui dan lulus….

Temuduga di Sektor Awam

Persaingan untuk mendapatkan kerja kerajaan AMAT tinggi dan peluang untuk anda berjaya adalah tipis jika anda langsung TIDAK TAHU bagaimana untuk bersedia menghadapi temuduga tersebut.

Jadi, blog ini dibina khusus untuk membantu anda dalam menghadapi temuduga tersebut. Insyallah:)

Oleh,
JaMaL
Admin kerja-kerajaan.com

Comments

  1. nursitiey says:

    saya akan menghadiri interview jawatan pembantu tadbir kewangan 27.5 nih…saye plk takde pengalaman tentang jawatan tersebut…bleh ker saye berjaya??saye sangat meminati dan amat memerlukan kerja kerajaan…untuk tingkatkan taraf ekonomi family saye…

    • saya pon sama cm awak gak..jawatan yg sama..tp 8/6 ni kat ipoh..awak kat ne plak..saya ader dip engineering..risau jugak..takut x dpt..cz dif course..

    • salam perkenalan .. mcm mana dgn interview ok ker ? semoga berjaya.. boleh kongsi x ? apa soalan yg dia org tanya ? isu semasa apa yg dia tanya ? sy interview 29/06 ni…

  2. salam…sya pon bakal mnghadapi 2nd intrvw tok jwtan pembantu tadbir kewangan 3.6 ni..nervousss….pelbagai p’sediaan tlh sya lakukan n hrp intvw nti sma nyer b’jalan dgn lancar..hope da la rzki sya taun ni tok keje gomen..=)

    • feeda… sala perkenalan .. mcm mana dgn interview ok ker ? semoga berjaya.. boleh kongsi x ? apa soalan yg dia org tanya ? isu semasa apa yg dia tanya ? sy interview 29/06 ni…

  3. salam…sy pon bakal interview tok jwt Pen.Peg.Penguatkuasa.. 29/06 ni… kawan2 ader xtip soalan yg biasa dia org tanya??

  4. Thank you guys so much for providing this helpful and useful information!!

  5. When I initially commented I clicked the “Notify me when new comments are added” checkbox and now each time a comment is added I get four e-mails with the same comment. Is there any way you can remove me from that service? Appreciate it!

  6. you are really a excellent webmaster. The web site loading speed is amazing.

  7. macam takde harapan dah gomen nak panggil interview saya..banyak kali update pon takde panggilan interview..apalah nasib

  8. Thanks for sharing superb informations. Your website is very cool. I’m impressed by the details that you¡¦ve on this website. It reveals how nicely you understand this subject. Bookmarked this web page, will come back for extra articles. You, my pal, ROCK! I found simply the information I already searched everywhere and simply could not come across. What a great web site.

Speak Your Mind

*