Contoh Soalan Temuduga SPA

Soalan Temuduga SPA

 

Ingin tahu contoh soalan temuduga SPA yang sering ditanya oleh panel penemuduga? Baiklah untuk entri kali ini akan berkisar kepada contoh soalan temuduga SPA. Jika anda dipanggil menjalani seisi temuduga jawatan kerajaan, anda disyorkan bertanyakan rakan atau kenalan anda yang pernah menghadiri seisi temuduga tersebut. Tanyakan apakah soalan yang ditanya oleh panel dan minta rakan anda berkongsi pengalaman menghadiri seisi temuduga sektor awam. Dengan cara ini anda akan mendapat gambaran ringkas situasi dan soalan yang bakal anda hadapi nanti semasa seisi temuduga sektor awam / SPA.

 

Soalan temuduga SPA yang sering ditanya oleh panel penemuduga kepada calon berkisar kepada beberapa aspek seperti :

 

=>Latar belakang & kelayakan calon
=>Jawatan yang dipohon & berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
=>Dasar kerajaan
=>Isu semasa dalam & luar negara.

 

Contoh soalan temuduga SPA berkaitan latar belakang & kelayakan calon

 

=>Sila perkenalkan diri anda secara ringkas.

=>Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda??

=>Apa yang menarik minat kami untuk anda diambil bekerja dengan kerajaan? Mengapakah kami patut mengambil anda bekerja dengan kerajaan?

=>Semasa projek akhir disemester anda, apa yang anda lakukan? Minta ceritakan…

=>Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan sebarang perkara yang akan membantu anda mengatasi kelemahan tersebut?

 

Contoh soalan temuduga SPA berkaitan jawatan yang anda pohon.

 

=>Setakat yang anda tahu, apakah tugas tugas yang bakal dipikul oleh anda jika nanti?
Peranan Jabatan & Kementerian ini? (bergantung kepada jawatan yang anda pohon ketika itu)

=>Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada diri anda untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan anda menjadi seorang jurutera yang serba boleh? Apa inisiatif yang anda ingin lakukan?

=>Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada diri anda untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan anda menjadi seorang jurutera yang serba boleh? Apa inisiatif yang anda ingin lakukan?

=>Sumbangan yang boleh anda berikan jika menjawat jawatan yang dipohon.

 

 

Contoh soalan temuduga SPA yang berkaitan dengan dasar kerajaan.

 

=>Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menteri menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini?

=>Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja?

=>Apakah yang anda faham dengan konsep 1Malaysia? Apa pendapat anda dengan konsep dibawa Perdana Menteri Malaysia?

=>Apa yang anda faham dengan intipati belanjawan negara 2013 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia?

=>Senarai dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia?

=>Apakah tema bajet 2013?

 

 

Contoh soalan temuduga SPA berkaitan isu semasa dalam & luar negara

 

Isu Semasa Dalam Negara

 

=>Boleh nyatakan tentang keputusan Pilihanraya Umum Ke-13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013.

=>Jelaskan tentang konflik yang tercetus di Lahat Datu?

=>Isu perkauman yang hangat dibangkitkan ketika ini?

=>Diskaun pembayaran balik pinjaman PTPTN.

 

 

Isu Semasa Luar Negara

 

=>Krisis Palestin yang mengorbankan ribuan nyawa akibat kerakusan regim Israel.

=>Krisis yang berlaku di Syria.

=>Aung San Suu Kyi adalah pejuang demokrasi yang dinafikan hak hak kemanusiaan oleh negaranya Myanmar. Sebagai sebuah negara yang berada di kerantauan yang sama, apa yang boleh dilakukan oleh Malaysia untuk menyuarakan kerisauan antarabangsa dan dalam masa yang sama mengekalkan hubungan diplomatik kedua dua hala?

=>Campur tangan asing dalam kedaulatan sesebuah negara.

=>Kegawatan ekonomi yang melanda negara Eropah seperti Greece.

 

 

Untuk memantapkan lagi persediaan anda menghadiri seisi temuduga jawatan kerajaan, rujukan yang disyorkan adalah Pakej LULUS Temuduga Kerja Kerajaan yang mengandungi 5 modul lengkap untuk calon temuduga.

 

Turut mengandungi koleksi 85 contoh soalan & skema jawapan temuduga kerja kerajaan.

 

5 Modul Pakej LULUS Temuduga Kerja Kerajaan

 

Modul 1 : Rahsia Persiapan Temuduga

Modul 2 : Rahsia Teknik Menjawab Soalan Temuduga Secara Efektif

Modul 3 : Contoh Soalan Dan Skema Jawapan Temuduga

Modul 4 : Kegagalan dan Kejayaan Temuduga (Kisah Realiti Dan Motivasi)

Modul 5 : Penulisan Resume Untuk Temuduga

 

KLIK SINI Untuk Memiliki Pakej LULUS Temuduga Kerja Kerajaan

 

Dengan persediaan yang betul, insya-allah kejayaan milik anda. Usaha dan tawakal pada-NYA. Salam kejayaan buat calon temuduga jawatan sektor awam 2013!

 

Soalan Temuduga SPA

Comments

  1. I have learn several good stuff here. Certainly worth bookmarking for revisiting. I surprise how much attempt you put to create this type of wonderful informative site.

  2. Do you require any html coding knowledge to make your own blog?

  3. muhammad Faizal says:

    Tolong bagi contoh soalan2 lazim spa tentang MEDICAL ASSISTENT

  4. please help to provide example question about assistant Quantity Surveyor . i will attend interview on 12/11.

  5. Nina Nazliana says:

    assalam. nak tnye.. ape contoh soalan temuduga utk pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma DGA29? sy akan temuduga esok.. tapi sy x pasti sm ada ni bkaitan agama or x sbb pegawai pnmuduga adalah dr jawi..

  6. salam, nak tye.. ape contoh soalan temuduga untk penolong pegawai kawalan trafik udara (A29)..saya ada menduduki exam bertulis pada 7.12..mohon dpt membantu..terima kasih 🙂

  7. Ketahui panduannya di link di bawah sekarang:

    http://www.kerja-kerajaan.com/index.php?ref=ctmarnal

  8. Blog yang infomatif dan banyak membantu 🙂

    Terima kasih admin.

  9. Idaharliza says:

    Salam…mohon bantuan..boleh bagi contoh2 soalan temuduga sebagai Pegawai Latihan (E41). Saya ada temuduga pada 17 June nie..tima kasih

  10. salam ..mohon bantauan boleh bg. soalan temuduga sbg. jawatn PT/PO n17. Saya ada temuduga pd. 13 Jun nie…t. kasih

  11. Marissa says:

    Blog yg sgt mbantu..terima kasih. Bgmn dgn contoh-contoh soalan temuduga utk jawatan pegawai arkib? Salam terima kasih.

  12. Salam..boleh bagi info…utk temuduga pegawai arkib, adakah soalan bkenaan isu semasa hanya bkaitan dgn jawatan/jabatan arkib?

  13. Assalammualaikum dan salam sejahtera, salam ramadhan. Disini, saya ingin mengajukan soalan berkenaan dgn INTERVIEW BAGI JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TRAFIK UDARA, saya nak tanya, agak2 bagaimana soalan yg akan ditanya semasa interview nanti. Hal ini kerana, interview yang saya akan hadiri nanti adalah Stage 3 INTERVIEW utk jawatan tersebut. Stage 1 test, stage 2 interview dgn pegawai DCA. Stage 3 ni plak interview bersama pegawai SPA. Boleh saudara/saudari sekalian beri sedikit tips utk saya. terima kasih.

  14. jika soalan brkenaan jawan pemandu? lazimnya apa yg d tanya… t.kasih

  15. Salam..saya dapat panggilan temuduga untuk jawatan jurutera mekanikal dari kementerian kerja raya..biasanya apa soalan teknikal yang akan ditanya?

  16. As salam, Alip…dpt intervw under SPP ka?

  17. tolong bagi tips temuduga untuk jawatan penguasa kastam w41

  18. Tolong bg tips n jawapan utk penguasa kastam gred41

  19. saya nak tahu kalau soala temuduga bertanya soalan
    1)kenapa awak masih tidak bekerja lagi?

  20. CikSenorita says:

    Assalamuailaikum.. saya ingin bertanya mengenai soalan lazim oleh penemuduga bagi jawatan Pembantu tadbir (kerani/operasi) N17 untuk tahun 2014 adakah lebih pada isu-isu negara ataupun luar negara, ??

  21. Salam..boleh bg info untuk soalan lazim tentang temuduga jawatan pembantu awam gred H11..esk sy temuduga. T.kasih

  22. assalamualaikum. 6/11 ni saya ada temuduga untuk separa perubatan. saya ditawarkan 6 bidang. kesemua 6 bidang tersebut pada hari yang sama. adakah temuduga untuk 6 bidang tersebut diadakan serentak?adakah saya perlu memilih hanya satu bidang sahaja?mohon penjelasan……

  23. Apa soalan lazim bg temuduga latihan separa perubatan.. 3/11 nie sy ada temuduga bg jawatan tersebut…

  24. Assalamualaikum, 26/11/2014 ni sya ada interview pembantu perawatan kesihatan gred u11.. apa soalan2 lazim yg slalu d soal bg jawatan tersebut? Trima kasih..

  25. salam.. 5/11/2014 nie sya ad tmuduga pmbntu juruteknik,bleh bg tips skit utk soalan2 lazim yg biasa di tnya utk jwtan nie

  26. salam..
    26/11 ni saya ada temuduga penolong pegawai pendaftaran,,boleh bgi tips untuk soalan2 lazim yg biasa di tanya.

  27. kliss Rampan says:

    Saya akan ditemuduga jawatan pembantu perawatan kesihatan pada 28 hb ini. Apakah persediaan untuk saya menjawab soalan yang ditanyakan oleh penemuduga. Dan apakah saoaln yang bakal ditanya. . Sekian. Diharap dapat memberi pencerahan. .

  28. Sesuai ker utk rujukan bagi temuduga PTD?

  29. Mark Nolfo says:

    Boleh tak tolong bg soalan lazim utk jawatan pemandu gred h11?? 16hb ni sy di pnggil utk di temuduga.

  30. saya nk beli buku ni,tp xdapat nk order. mcm mana nk order

  31. Hai, saya nak tanya apa soalan yang ditanya oleh mereka tentang pegawai operasi N11?

  32. salam..nk tnye..
    ape sy perlu study tuk intrview jawatan eksekutif audit di jabatan kastam?blur,xtaw nk study ape..huhu
    tq..

  33. asalamualaikum.. saya ingin mendapatkan bantuan mengenai soalan temuduga yg kebiasaanya di tanya bagi jawatan pembantu awam gred H11 .. dan apakah yang perkara yang dititikberat dalam temuduga serta berapakah lamakah masa yang diberikan dalam satu tempoh temuduga dijalankan.
    sekian terima kasih.

Speak Your Mind

*