Contoh Soalan Peperiksaan Bertulis Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

Seperti yang dijanjikan dalam entri sebelum ini, entri kali ini admin sediakan contoh soalan peperiksaan bertulis Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41. Semoga ianya bermanafaat buat para calon peperiksaan membuat persediaan untuk menghadiri seisi peperiksaan pada 27 Julai 2013 nanti.

 

–>KLIK SINI UNTUK PAKEJ CONTOH SOALAN & JAWAPAN PEPERIKSAAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41

p/s : Jualan pakej ini bakal ditutup jualan kepada umum pada 24 Julai 2013 jam 11.59 malam.Milikinya sekarang !

 

Peperiksaan Peperiksaan Bertulis Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 mengadungi tiga seksyen iaitu:

 

 

(i) Seksyen A – Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling

(ii) Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

(ii) Seksyen C – Esei Bahasa Inggeris

 

 


 

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING

 

Masa : 40 minit

Bilangan Soalan : 50

 

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum mengenai bidang teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan ICT, pentadbiran kerajaan serta lain-lain perkembangan isu semasa. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan dalam bidang ICT yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kepujian di dalam pelbagai bidang tersebut.

 

>>KLIK SINI UNTUK PAKEJ CONTOH SOALAN & JAWAPAN PEPERIKSAAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41<<

 

p/s : Jualan pakej ini bakal ditutup jualan kepada umum pada 24 Julai 2013 jam 11.59 malam.Milikinya sekarang !

 

Contoh Soalan Pengetahuan Mengenai Malaysia Dan Alam Sekeliling

 

1. Malaysian Cyber Security Agency (MCSA) telah ditubuhkan pada tahun 2006 dengan tujuan menangani masalah keselamatan komputer internet di Malaysia. Sebelum tahun 2006, MCSA dikenali sebagai

 

A. Malaysian Computer Emergency Response Team. (MyCERT)
B. Government Computer Emergency Response Team. (GCERT)
C. National IT Security Emergency Response Center. (NISER)
D. Jawatankuasa IT Untuk Internet kerajaan. (JITIK)

 

 

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

 

Masa: 45 minit

Bilangan Soalan: 40

 

 

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan;

 

(i) Kemahiran Logik

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

 

Contoh Soalan Kemahiran Logik

 

1. Sebanyak 12 keping kad berlabel seperti berikut dimasukkan ke dalam sebuah beg. Jika sekeping kad dicabut keluar secara rawak, apakah kebarangkalian untuk mendapat kad bertanda

 

A. 5/12
B. 2/6
C. 1/4
D. 1/3

 

Jawapan: D

 

Teknik menjawab

 

Jumlah semua kad = 12 keping Jumlah kad bertanda A = 4 keping Kebarangkalian kad bertanda A dicabut = 4/12 = 1/3

 

 

 >>KLIK SINI UNTUK PAKEJ CONTOH SOALAN & JAWAPAN PEPERIKSAAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41<<

p/s : Jualan pakej ini bakal ditutup jualan kepada umum pada 24 Julai 2013 jam 11.59 malam.Milikinya sekarang !


(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

 

Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.

 

Contoh Soalan Kemahiran Menginterpretasi Data

 

Jadual berikut menunjukkan bilangan pengunjung ke sebuah taman tema pada cuti Hari Malaysia tahun lepas. Sekiranya seorang pengunjung dipilih secara rawak, cari kebarangkalian pengunjung yang dipilih adalah seorang kanak-kanak.

A. 1/3
B. 2/3
C. 1/4
D. 2/4

 

Jawapan: B

 

–>Teknik Menjawab

 

Jumlah pengunjung = 52 + 68 + 104 + 136 = 360 orang Jumlah pengunjung kanak-kanak = 104 + 136 = 240 orang Kebarangkalian pengunjung kanak-kanak dipilih = 240/360 = 2/3

 

 

(iii) Konsep-konsep Matematik

 

Konsep Matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas Matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk semua calon.

 

Calon-calon dalam jurusan Matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep Matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).

 

Contoh Soalan Konsep Matematik

 

1. 8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?

 

A. 28
B. 49
C. 56
D. 62

Jawapan: A

 

 

–>Teknik Menjawab

 

8 pasukan mengambil bahagian di mana setiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain.
Oleh itu, setiap pasukan perlu bermain sebanyak 7 kali.

 

Ini bermakna terdapat 56 (8×7) permainan. Tetapi setiap pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali, untuk mengelakkan pengiraan dua kali maka jumlah permainan ialah 8×7/2 = 28

 

p/s : Jualan pakej ini bakal ditutup jualan kepada umum pada 24 Julai 2013 jam 11.59 malam.Milikinya sekarang !

 

 

SEKSYEN C- ESEI BAHASA INGGERIS

 

Masa : 1 jam

 

Bilangan Soalan : Tiga (3) soalan, pilih satu (1)

 

Panjang Esei : Bilangan perkataan adalah tidak dihadkan. Tujuan Seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

 

PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41

 

Nasihat-nasihat berikut diharap dapat membantu calon-calon dalam peperiksaan ini.

 

Soalan Objektif

(Soalan-soalan di dalam Seksyen A dan B)

 

(a) Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki peperiksaan ini adalah dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian terdapat beberapa soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab kerana berada di luar bidang pengkhususan. Soalan-soalan tersebut, walau bagaimanapun, mungkin sesuai untuk calon lain yang berpengetahuan dalam bidang tersebut. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak boleh dijawab dinasihatkan agar calon tidak membuang masa dan terus menjawab soalan-soalan yang berikutnya. Apabila masa mengizinkan kembali kepada soalan tersebut.

 

(b) Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan, 4 opsyen jawapan dikemukakan dan calon perlu memilih 1. Jawapan yang dikehendaki bukan sahaja yang betul tetapi yang paling tepat. Apabila membaca dan mengkaji ke semua opsyen yang dikemukakan kerana yang diperlukan adalah jawapan yang paling tepat. Dengan meninggalkan jawapan-jawapan yang difikirkan salah, opsyen jawapan akan berkurangan dan ini dapat membantu dalam proses pemilihan jawapan yang tepat.

 

(c) Bagi merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan diproses menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon menggunakan pensil 2B sahaja. Jika alatulis-alatulis lain digunakan, jawapan calon tidak diambilkira kerana komputer tidak dapat memprosesnya. Jika calon perlu membuat perkiraan, jawapan contoh dan sebagainya, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang yang dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan.

 

Calon sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah yang terbaik. Jika lulus, calon mungkin berpeluang untuk dipanggil temu duga. Hal ini bermakna peluang untuk dipertimbangkan ke jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 adalah lebih baik.

 

 

>>KLIK SINI UNTUK PAKEJ CONTOH SOALAN EXAM PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41<<

p/s : Jualan pakej ini bakal ditutup jualan kepada umum pada 24 Julai 2013 jam 11.59 malam.Milikinya sekarang !

Comments

  1. Azizah Abdul Halim says:

    En. Jamal,

    Saya berminat untuk membeli buku contoh soalan Pegawai Teknologi Maklumat F41 kerana anak saya memang ada dalam bidang ini utk persediaan beliau ke jawatan tersebut.

    Saya cadangkan En. Jamal buatlah dlm bentuk buku kerana kalau dlm kertas susah nak semak dan senang utk buat rujukan kpd calon.

    Bagaimana cara hendak mendapatkannya.

    T/Kasih.

  2. bila tarikh peperiksaan pegawai teknologi maklumat ini, dan bagaimana cara untuk memohon menduduki peperiksaan ini?
    Adakah anak saya, graduan bachelor in IT layak utk memohon?
    Mohon advise, tq.

  3. Maklumat peperiksaan ni ada di sediakan oleh pihak spa,sila rujuk laman sesawang awanganspa..tetapi tidak diberikan sepenuhnya..selebihnya terpulang pada usaha calon itu sendiri utk buat ulangkaji, adapun ebook yg di jual di internet tidak akan menjamin calon utk lulus..

    • Achot, mana-mana buku sekalipun bukan jaminan untuk seseorang calon untuk seisi temuduga.

      Nak buat ulangkaji sebelum temuduga atau exam? Ulangkaji guna apa yer ?

      Ebook atau buku berkaitan adalah panduan untuk persediaan menghadapi temuduga atau exam perjawatan SPA.

      Adakah dengan mengikut cadangan tuan untuk dapatkan info melalui laman SPA menjamin kejayaan seseorang calon? Tak jugak kan.

    • Kebanyakkan ebook rujukan exam & temuduga menawarkan jaminan pulangan wang sekiranya tak berpuas hati dengan isi kandungan nya.

      anda menyatakan selebihnya terpulang pada usaha calon.

      Adakah dengan membeli ebook rujukan exam bukan salah satu usaha yang diambil calon utk persediaan menghadiri seisi exam & temuduga?

  4. As Salam Cik/Puan Azizah Abdul Halim

    Pihak kami tak terbitkan ebook untuk exam Pegawai Teknologi Maklumat F41.

    Artikel yang saya kongsikan berserta contoh soalan berdasarkan edaran umum pihak SPA.

  5. achot

    Nak buat ulangkaji sebelum temuduga atau exam? Ulangkaji guna apa yer ?

    Ebook atau buku berkaitan adalah panduan untuk persediaan menghadapi temuduga atau exam perjawatan SPA.

    Adakah dengan mengikut cadangan tuan untuk dapatkan info melalui laman SPA menjamin kejayaan seseorang calon? Tak jugak kan.

  6. As Salam,
    Saya ingin bertanyakan mengenai Ebook atau buku – buku berkaitan untuk panduan menghadapi exam perjawatan SPA F41 pegawai teknologi maklumat.

Trackbacks

  1. […] Peperiksaan Peperiksaan Bertulis Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 mengadungi tiga seksyen iaitu: […]

  2. […] anda tercari-cari contoh soalan seksyen A, B, C & Penaksiran Personaliti untuk Peperiksaan Bertulis Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41, sila layari […]

  3. […] anda tercari-cari contoh soalan seksyen A, B, C & Penaksiran Personaliti untuk Peperiksaan Bertulis Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41, sila layari […]

Speak Your Mind

*