Apa Ada Dengan KABEL?

f0dd9f52076d3d32
Ramai orang kata kalau nak masuk bidang kerja di sektor awam ni kena ada kabel. Bukan kabel wayar tu ye tapi ‘orang dalam’ yang akan membantu calon temuduga dengan senang – senangnya mendapat pekerjaan yang dipohon.

Betul ke macam tu?

Kalau betul, memang tidak adil langsung! Jawatan yang sepatutnya dimiliki oleh mereka yang berkelayakan dapat kepada orang yang tak jujur.

Kalau saya, saya amat marah juga! Tapi apa boleh buat…

Sebelum kita berbincang selanjutnya mengenai ‘kabel’ ini, apakata saya berikan pandangan saya terlebih dahulu berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan kajian saya mengenai isu ‘kabel’ ini.

‘Guna Kabel’ – bermaksud seseorang calon temuduga itu cuba menggunakan pengaruh orang tertentu dalam jabatan atau kementerian tersebut yang mana tindakannya mampu merubah/mempengaruhi keputusan pemilihan calon temuduga disektor awam ini.

Apa yang boleh saya saya katakan adalah: inilah orang yang tidak jujur dan mampu merosakkan kredibiliti sesebuah jabatan/kementerian/organisasi. Disebabkan tindakan mereka, calon-calon temuduga yang lain merasa tawar hati dan dianiaya. Ini telah menimbulkan persepsi buruk di kalangan pemohon kerja di sektor awam kepada sektor kerajaan. “Disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga”. Disebabkan inilah ramai calon yang gagal temuduga berkata “Aku takde kabel mana nak dapat..Lain la si Abu tu, dia pakai kabel besar punya”. Apabila gagal saja, inilah persepsi yang diberi mereka. Bukan salah mereka, tetapi salah orang tertentu yang tidak jujur dan tidak amanah.

Akan tetapi sejauh mana keberkesanan dengan menggunakan KABEL ini?

Adakah ianya 100% berkesan? Sama sekali tidak! Berdasarkan pemerhatian saya, penggunaan ‘kabel’ ini amat berkesan hanya jika permohonan jawatan sektor awam adalah bukan dari persekutuan. Bukan semua, tapi ada la…Ianya ada melibatkan jawatan untuk pihak berkuasa tempatan, di universiti, dan lain – lain. Ini adalah berdasarkan pemerhatian saya dan penceritaan orang kepada saya. Sejauh mana kebenarannya, saya sendiri tidak tahu. Dilaporkan, calon temuduga yang ada saudara – mara yang berpengaruh (orang dalam) dalam sektor awam, akan cuba menggunakan pengaruh saudara – mara mereka untuk membantu kejayaan mereka semasa temuduga. Kadang kala, saya tidak hairan jika terjumpa kakitangan yang ada hubungan saudara dalam satu pejabat. Inilah hasilnya dengan menggunakan ‘kabel’….

Akan tetapi adakah semuanya menggunakan kabel untuk memohon jawatan dalam sektor yang saya katakan tadi? Sudah tentu tidak. Sebenarnya kebanyakan penjawat yang dipilih adalah berdasarkan keupayaan, kebolehan dan kelayakan mereka. Jika semua jawatan diberikan kepada orang yang tidak layak, bagaimana pula sesuatu organisasi dapat berjalan..Cuba anda fikir – fikirkan..

Sekarang saya bercerita pula mengenai penggunaan ‘kabel’ dalam temuduga bagi sektor awam di peringkat persekutuan. Anda setuju tak jika saya katakan bahawa ianya amat – amat tidak berkesan. Ya, tidak berkesan! Mengapa? Kerana pemilihan adalah dikawal dengan ketat dan telus oleh pegawai – pegawai berkenaan. Mereka amat mementingkan kualiti, kejujuran dan integriti dalam proses pemilihan calon. Jadi tidak hairanlah jika calon itu menggunakan kabel ‘besar mana’ sekalipun mereka tetap tidak berjaya. Saya pernah lihat seorang anak orang besar dalam Jabatan kerajaan yang cuba menggunakan penagaruh bapanya untuk berjaya mendapat jawatan yang diidamkannya. Adakah dia berjaya? Tidak sama sekali..Memang banyak dari tinjuan saya mereka yang menggunakan ‘ kabel’ ini di peringkat persekutuan tidak berjaya. Tapi ada juga yang berjaya dengan cara ini.

Tidak kira berjaya atau tidak, soalan saya kepada anda adalah
“sanggupkah anda memperolehi kerja dengan cara yang tidak jujur, di mana ianya akan menjadi sumber rezeki utama bagi anda sehingga masa tua anda”

Apapun jawapan anda, renung – renungkanlah…

Dalam Islam, kita dinasihatkan untuk mencari rezeki dengan cara yang halal dan tidak shubhah. Rezeki Allah ada di mana – mana saja, terpulang kepada kita untuk mencarinya.

Biarkan orang lain dengan ‘kabelnya’. Usah anda terlalu memikirkannya kerana ianya memberikan perasaan tidak puas hati dan kecewa kepada diri anda. Lapangkan hati anda untuk meneruskan kehidupan yang dianugerahi pelbagai sumber rezeki melimpah ruah dari Tuhan ini.

Itu saja yang dapat saya kongsikan untuk anda.

Apapun anda boleh memberikan komen, pandangan ataupun nasihat berkenaan topik ini
supaya dapat dibaca dan dikongsikan oleh pembaca – pembaca lain.

Sekian,

JaMaL
Admin kerja-kerajaan.com

Comments

  1. Mmg tdk dinafikan bkn semua yg menggunakan kabel blh berjaya. Sy dh 3x g interview SPA tp masih tidak berjaya. Mereka cuma suruh memperkenalkan diri n pengalaman keje. Selepas 2 mereka tiada soalan utk ditanya n suruh isi form semula. Sy sgt kecewa kerana sy bersemangat utk menjawab soalan yg bakal ditanya tp tiada sebarang soalan ditanya seperti jawatan tersebut sudah ada utk org lain.

  2. bkn senang nk kerja dgn kerajaan..sebab utamanye nak dpt interview pun ssh…kenapa????sbb… ‘org dalam lah’.pernah jgk terdengar kata org…kata nye interview sekadar untuk lengkapkan syarat untuk hebahan/iklan kekosongan jawatan.sejauh mana kebenarannya itu sy tidak pasti. mungkin ada jgk seperti sy yg tamat belajar je terus mohon kerja tak kira dengan cara pos / online.Tetapi, satu pun blm dipanggil untuk interview. kekadang rasa dah malas nak mohon lagi..bkn itu saja, setiap dokumen yg dihantar mesti disahkan…bila nak bg salinan sijil untuk disahkan pun dah naik malu sbb selalu je bagi..tapi xjgk dpt-dpt….(belum ada rezeki.)
    Ape pun yg pasti kalo org dalam yg handle pasti berjaya.Pengaruhnye kuat,itu satu kelebihan bg yang dapat.walaupun ia dipandang tdk baik dr segi agama.Namun itulah peluang yg di cari2 oleh semua org sebagai 1 jalan / cara untuk dptkan kerja dgn kerajaan.Akhirnya..yang beruntung tetap beruntung,yang mencari masih mencari…..

  3. ada pengalaman..membe dpt keje gov coz ade makcik dia tolong..siap tolong ngan adik ipar dia sekali..maknanya pengaruh KABEL tuh memang kuat..saya nih dah byk kali pegi interview gov..dari jawatan yg rendah sampai ler jawatan yg berpatutan..still xdpt..baru2 nih punye interview pun xdapat..sape la yang nak menolong org2 yang xde KABEL nih..

  4. salam..yer, sy x nafikan ape yg en. ckp tu btul, org yg gne kabel tu tak semestinye dpt kerja kerajaan 2..mmg la, mn la thu yg kabel tu tlong bukan ade hbungan dgn die contohnya kwn kpd ank saudara die ke, ank sdra die mintak tlg jd die tlong tp tak bersunggunh2 untuk tlg bdk tu jd tak dpt la..lg pun tak semua kabel tu blh tlongkan, tgk la pulak siapa yang die nak tlong..yg sy nak mrh, walau mcm mn pun msih ade yg gune kabel untuk dptkan kerja sekarang tak kirelah sikir ke banyak tetap tak adil bg kami yg malang ni nak dpt kerja..tak kisah la kerja kerajaan persekutuan ke negeri ke ia ttp sma kerja kerajaan jugk, msti adil la utk masyarakat..kt utamakan masyarakat..

  5. Ya betul apa yang anda semua katakan itu. Memang menarik membincangkan isu ini. Penggunaan kabel ini secara tidak langsung telah meragut peluang orang lain yang sepatutnya layak untuk jawatan tersebut…

    Ada di antara kita datang temuduga, masuk bilik temuduga ditanya nama dan selepas itu terus disuruh keluar…

    Mengapa?

    dah ada calon la agaknya..Dah dicop oleh orang lain. Datang temuduga itu hanyalah untuk cukupkan syarat saja…

    Saya banyak menerima pandangan dan pengalaman pembaca berkenaan isu ini. Ada yang bercerita yang untuk jawatan tersebut, keutamaan ada susunannya..
    kabel VIP, separa VIP, Kabel biasa dan juga tiada kabel..Ini adalah yang diberitahu oleh seorang pembaca yang katanya hal ini berlaku di depan matanya..

    Betul atau tidak, kita tidak tahu…

    Dan saya juga ada mendapat email dari mereka yang menggunakan kabel ini. Di mana mereka memaki hamun saya kerana menyiarkan topik ini..Seolah – olah mereka terasa dengan apa yang saya sampaikan. Apapun minta maaf banyak – banyak..Bukan berniat nak menyakitkan hati mereka, tapi untuk berkongsi pandangan dan pendapat….

    saya tidak salahkan mereka, kerana mereka memerlukan pekerjaan, demi untuk kehidupan mereka..

    lagipun mereka sudah berjaya menjawat pekerjaan tersebut..

    Saya ni memang biasa dimaki hamun kerana menyediakan http://www.kerja-kerajaan.com
    Saya tidak kisah….hehehee

    • Pengubat Hati says:

      Bahaya jugak kalau ada pakej kabel vip, separa, separuh vip apa semua ni..

      Harap2 kita semua selamat menempuh temuduga yg byk cabarannya ini..ada rezki, insyaAllah dpt.. takda rezki, bawak kabel TNB pun blum tntu dpt..

      🙂

    • kerja menggunakan cable atasan mmg senang dpt..berlaku pada orang yg ”rapat” dgn saya…terus je masuk kerja selepas ”sedara” dia call suruh masuk kerja..senang nye macam tu..orang lain kena hantar surat, kena pergi interview bagai..mana nilai kemanusiaan mereka? kenapa mereka perlu marah admin?..sepatutnya mereka cermin diri mereka, tanya pada diri mereka, adakah berkat dan ”halal” rezeki yg diperolehi? sampai bila mereka hendak mencari rezeki dengan cara “salah”?…mereka tidak perlu mengeluh sekiranya setiap kali gaji, ada sahaja mereka perlu bayar…ada sj masalah…

  6. Kabel? dulu..zaman dulu2 lah mmg tak dinafikan pakai kabel mmg ada.tapi zaman skrg mgkn ada tp tak sesenang mcm dulu.kalau dah nasib mmg nk dpt jwtn kerajaan,tak pakai kabel pun dpt juga..betul tak?

  7. Alhamdulillah,syukur..akhirnyer sy berjaya jgk menjawat jwtn dlm govment nih…Dan yang paling penting sy tidak menggunakan sebarang kabel pn untuk dptkan jwtn nih..nih semua atas usaha sy sndiri dan juga tip2 dr e- book yg sy beli dr En Jamal..Thanks a lot

  8. Salam semua.betul tapi sikit. COntohnya aku yang masuk x guna kabel ni,dalam family dan keturunan aku lah org pertama masuk badan berkanun ini.Alhamdulliah,rezki,semua orang pun akan dapat,tunggu jela.
    Cuma,sesiapa yg masuk guna kabel memang x boleh bla,dan x malu..keje macam tahi..haha

  9. pasal kabel ni, saya pn ada mengharap ada kabel tp dah xde. berserah jek la. pada sy, kalo nk gune kabel tu, bia la tol2 kuat, kalau x. xde maknanya dapat.

    kenapa kabel tu penting? sbb kdg2 organisasi 2, die x iklan pon kit mana2. kadang2 xsempat nk wat iklan, depa ni sume dah bawak anak sedara la, kakak angkat la, biras la etc. so, xsempat kita nk tau, dorg dah kebas…

  10. man kepom says:

    tau takpe,
    kadang2 jaul borang sampai 5 inggit,tapi dah ada sanak sedara depa masuk dah
    geram btoi>>
    klu mcm 2,x payah la iklan dalam paper
    buat teruk orang ja>>
    apapun aku tetap bersyukur dengan rezeki ALLAH bagi kt aku sekarang,
    keja swasta,tp gji x padan ngan kelayakan aku>>>
    aku tau ada hikmah disebalik apa yang kita semu lalui ni>>>
    yang penting jangan tinggai solat,berdoalah>>
    ALLAH sentiasa mendegar

  11. Ayuh mari dapatkan kerja baik punya cepat jangan lambat… klik je kat ‘mail’ tu

  12. salam. betul tu…….cari smber rezeki y halal tu plg pnting utk mdpt keberkatan hidup. So, biarla lmbat pn dpt jwtn gov…. y pnting kite dpt dgn care y halal. Kite kna usaha, bersabar n tawakkal…insyaallah, Allah S.W.T akn tlong org y sbar diiringi usaha…cme lmbt or cpat jerr k….

  13. saya ni dah lebih tujuh kali dpt tmuduga dr lepas spm lg.. tp tk dpt2.. he2..simpan lg surat2 pgglan tmuduga tu..mgkin tk ada rezeki.. :)..tkpela nk wat cmna.. yg tk bestnya setiap kali temuduga mesti kbykn masa tgah belajar.. time menganggur cmni tk kena pggl pon…jd bila dia tnya kita tgh wat apa.. jujur saya beritahu tgh belajar walau org lain ckp jgn beritahu..tak mau la nk tipu2.. nti tk berkat.. sok ada temuduga tp bkn dr spa,kalu dpt alhamdulillah… apapun kepada semua.. dpt atau tak jgn cpt putus asa.. mgkn ada dibukakan pintu rezeki lain ntk kite.. asal niat bekerja tu ikhlas dan untuk cari wang yg halal.. tk ksh la kabel ada ke tk..dpt atau tk tawakkal shj..;)

  14. abd rahman says:

    saya penah interbiuw untuk masuk kerajaan sebanyak 4 kali..sebb pengalaman kerja yg membantu saya berjaya..sekarang saya juga pernah interbiu mereka yang memohon kerajaan.saya pon tidak kenal mereka tetapi dari riak dan attitut seseoarang tu da membuat kita suka dan pcya dia..itu based on ilmu pengalaman kerja sy dan gerak hati saya katakan dia bole buat kerja…kuota kerajaan biasanya peratusan terlalu kecil dgn jumlah berpuluh ribu pemohon!!! Perlukah kita interbiu mereka yang tidak berkelulusan dan berkemahiran? Saya pun sebolehnya tidak mahu menyusahkan sesuatu organisasi dgn pekerja yang sy tahu tidak layak

  15. salam. alhamdulilLah semalam dapat call suruh lapor diri 13hb 5 ni. Terjawab penantian sebagai calon simpanan berbulan-bulan. Takde kabel!

  16. salam..sy ni xpnh pn dppggil tmuduga..dah 10 kali sy apply sjak 2007 smpai skrg 2010..

  17. flowertots says:

    salam.saya da dkt setaun xkeje pas brenti dr private.skrg ni tgh apply keje ipta.pnh jg la try pkai kabel.kebetulan kwn my mum lecturer kt situ.ble saya tunjuk cv die willing nk tolong.die siap jp registrar tny post yg suit dgn qualification saya.masa intevui vc ckp bkn kamu je yg nk keje, ramai lg org kt luar sne xde keje pastu rasanya cam jd bahan gelak je.he ‘s so sarcastic tp the most sempoi vc yg saya penah jp:D.Xtaula dpt ke x job tu.tp at the end dia kata kte xpakai sgt lecturer kimia.well he’s right mmg xde pun, kimia am je offered. so saya rasa ceble skrg da xmusim..hehehe

  18. flowertots says:

    my advice is be prepared for the interviews.jgn nk demand sgt. w/pun kte excellent in studies it does not mean that we are good at work. ingat ni, most all the times,opportunity will only knock u once.

  19. sudah terbukti,sy ada sorang rakan yg dh dijamin kerja sblm interview.interview skadar nk cukupkn syarat je.kesian kt org2 yg dtg tu.kpd penemuduga2,cuba lah brada dlm kasut kami,baru anda tahu betapa susahnya…
    lusa sy ada interview N41,harap berjaya…doakan ye semua..amin

  20. sebab kebel telah berlaku perkara berikut yang anda semua tak perasan.Kebanyakan petugas dikaunter tak cun,sebab kebel.Fesyen pakaian kakitangan lelaki mcm fesyen 80an,sebab kebel.Ramai kakitangan lelaki pakai kasut tanpa stokin.Kalau ada stokin pun jenis jalur.Harga murah.Sebab kebel.

  21. Kalau nak tengok fesyen rambut lelaki yang pelik(ketingallan zaman)rajinlah jenguk pejabat kjaan.Kalau nak cari lelaki rambut belah tengah,carilah disana.Masih ramai.Inilah akibat dari KABEL.

  22. mcm org besar tu tulis surat kpd uni yg hebat utk terima ank die belajar…..kabel juga

  23. entahlah. semua nak mudah tapi soal hukum tolak tepi.

  24. mmg xdinafikan penggunaan kabel nie mkin berleluasa lebh2 lgi sperti kata admin tdi di bhgian phak bkuasa tmptan,,mang xleh caya,,buang masa n wktu je p intbiu,,jwtn 2 cnfirm dh ad yg boking,,sje je bwt intbiu nk kaburi mata org je,,skadar penuhi syarat sdangkan dh mmg dh ad clon pun,,,huhuhuhu,,amaln xbmoral,,!!!

  25. erm..sy pernah praktikal di salah sebuah PBT di semenajung msia. ape sy lihat kat situ. kebanyakkan mereka semua ialah suami isteri, ibu anak, mak ayah anak anak saudara dan sepupu, sepapat. klu dah duduk dlm tu ibarat 1 family dah. n paling mengecewakan bila time ade vacation, ramai yg cuti, ye lah, semua ade kaitan kan.

    mase sy praktikal kat situ, abg sy ade mohon salah satu jawatan yg diiklankan. tp, abg sy langsong tak dipanggil utk hadir intervew:( mereka kata abg sy tak cukup kelayakan, pdhal mase tu, abg sy mohon taraf pmr, sedangkan abg sy ade spm. sekurang2 nye panggil la intervew. ni mcm rugi pulak dah fotostat sjil2, pengesahan lg, tp hasilnye….bkn abg sy je yg kena mcm tu, sy tgk listing yg ade, ramai gile direject. pdhal bila sy baca resume meraka, ade yg berpengalaman dgn jwtan tu. so then, tup2 bila result kluar, sedara mereka jgk yg dipilih.

    pada sy ni tak patut terjadi sb tak adil la bg yg org takde kabel kan. mereka nk keje jgk kan. nak sara anak bini jgk. dah klu mcm ni, mcm mane la sesebuah organisasi tu nk berkembang kan….

  26. zaman sekarang memang penting adanya kabel bila mahu kerja dalam kerajaan, pengalaman saya dah banyak kali, ramai kawan2 saya bila dapat kerja kerajaan mereka akan bagi tau ada orang tolong kira, yang saya hairannya di satu2 jabatan tu tak ada la pula keluar jawatan kosong tengok2 kawan saya dapat kerja tu, erm……sedih rasanya bila fikirkan balik, tak ada cara ka untuk atasi penggunaan kable ni.

  27. X jgk.. sy punya tunang taon lps dpt tmuduga gov, bpk saya mtk tlg dgn org no 1(orang atasan SPA) dlm tmuduga 2, tp dh d tkdirkn x de rzeki.. tetap jgk x dpt..dan nasib tunang saya 2 dpt lak si penemuduga org yg no 1 td.. tmuduga macam biasa.. macam orang lain jgk soalan nya, dh x de rzeki, tgk2 gagal.. x smestinya ada kabel sume dpt..:)REZEKI TERLETAK DITANGAN ALLAH SWT BUKAN PADA KABEL..:)sekadar berkongsi pengalaman

    • sepatutnye tunang fadzlin bersyukur sbb xdpt..kalau dpt dgn menggunakan cable, adakah berkat duit yg diperolehi….

  28. anies miaa says:

    x rugi kalau kita jujur.. kalau kita x dpt pown redha kan lah mybe dtempat laen kita dpt rezeki lg bgus dri yg gune kabel.. Allah itu maha adil… yg pastinya kita mst bnyak bersabar…. ^_^

  29. penggunaan kabel untuk mendapatkan sesuatu jawatan yang diinginkan mmg selalu di dengar, bagi saya, utk mendapatkan pekerjaan di sektor kerajaan dlam persekutuan khususnya adalah sgt sukar. contohnya sya, telah menghadirkan 10 sesi temuduga SPA, namun 1 pun tak lekat, berkat kesabaran dan tanpa putus asa, kali yg ke 11, sya telah mendapat pekerjaan tersebut dan yang paling menggembirakan, jawatn yang diperoleh adalah di peringkat professional berbanding sblm ni hanya minta peringkat sokongan je…alhamdulillah….

  30. rafiqueradzi says:

    nape semua sebuk keje kerajaan ni…byk lg keje kt luar…aq lulusan uni gak…tp pelik smua sebuk nk kje gov…rezeki msg2…aq pnah gak interview spa ni…ape kptsan yg dpt aq terima,sbb Tuhan da atur yg terbaek tuk umatnyew…keje swasta aq ase lbh membangun..gaji pon sdp..cme starting kna berkorban skit…nk sng jew klu kje krajaan tue.

  31. mggu dpn result tmuduga tunang sy akan kuar.. moga ada rezeki myebelahi dia.. bserah pd ALLAH S.W.T.. KABEL TBESAR bg sy.. 🙂

  32. kalo nak apply keje gomen untuk rilek2,gaji tinggi, cuti banyak dengan senang nak wat loan.. baik lupakan je lah. orang keje kilang pon leh survive asalkan ade usaha..

    • Mohd S.A says:

      Benar tu..yg sy dok nmpak knp org nk sgt krj krjaan ni..gji tinggi..sng loan..& cuti bnyak hari..blh bwa fmly p jln2 pd hri mggu brbnding krj swasta yg cti smggu 1 hri shj..

      (cuti umum klu jatuh pd cuti hri mggu pun akn d ganti pada hari brikutnya,sapa x maw kan blh relax byk)

      tp prlu kta ingat rezeki dri ALLAH bkn dri mnusia @ kabel2..& se baik2 kabel adlh DOA kpD ALLAH..

  33. tahu tak pe says:

    aku dah banyak kali temuduga, aku tak tahu la semua tempat aku pergi tu ada kabel ke tak, tapi sepanjang tu ada dua kali yang aku dapat detect mereka hanya guna kabel…

    pertama,

    Ada jawatan kosong sebagai penolong pegawai asrama di salah sebuah tempat ni.kiranya separa kerajaan or swasta… aku pergi temuduga adalah dalam 20 orang yang di short list kan. Kiranya semua nak mohon jawatan kosong. Mereka nak dua lelaki, dua perempuan. Dipendekkan cerita, masa berlalu tapi tak ada khabar la tntg brita trsebut, tpi Allah maha kaya sbb aku dapat kerja dekat2 tempat tu (kerja biasa). So, aku bolehlah usha2, nk tgk siapa yg dapat. Terkejut la aku, sbb tak ada seorang pun yg dtg interview dapat. Aku buat2 tanya mrk, mcmna dpt krja ni. Prgi interview ke? Mrk kata tak pun…jawatan ni utk mrk dah. yg dtg tu hnya skdr buat syarat. Apa???? buat syarat????? baik xpyh bgi org dtg jauh2…dgn mak ayh lagi smata2 nak buat syarat.

    Yang kedua, ini kat badan berkanun… yang ini jauh aku prgi, hbis dgn duit, sewa, mkn minum lagi….. Tapi brulah aku thu, nak guna 4 org aje tapi dtg tmuduga 100 org. Lpas tu smbil2 duk rehat tunggu turn tu, kerani dia cakap sbnarnya kmi nk ambil org dalam aje, tapi nk brlaku adil pnggil smua. Rupanya pekerja kontrak yg tmuduga pn dh 10 org, itu xtmbh lagi yg kabel2..siap mrk tgur lagi calon..oh awk ni ank dia tu ya, oh awk pnya kluarga sya knal….ooohhhhh dan ooooh la.

    Lepas tu skrg ni, jika jauh sikit, jika bdn brkanun jer aku dh mls nak prgi tmuduga… aku skrg fikir klu ada kpli @ spa jer aku prgi….. jadi tolonglah spa bgi pluang pd org2 kampung mcm kmi ni.hu2

    • betul tu..sy da rasa pe yg awk rasa..n yg dapat tu orang yg x p interview..tetiba dpt kj tu…siap dpt pangkat pegawai lagi…

  34. Nіcе poѕt. I learn ѕomеthіng nеw аnԁ сhallenging οn
    websites I stumbleuρon еvегyday.
    It’s always useful to read through content from other writers and practice a little something from their web sites.

    Feel free to visit my web-site – vlog

  35. mmg ada orang yg menggunakan ”cable” dapat dgn cara mudah tanpa interview dan sebagainya…bagi saya ini tidak adil bagi orang lain…mungkin mereka terlepas di dunia, tp ingat akhirat menanti kita…

  36. suma nk pkai kabel…ayang p blajar tinggi2 akhirnya jdi penganggur terhormat….apa pun x bleh…dah banyk org cam 2…macam mana negara nk mju…universiti belambak tpi pekerjaan habuk pun x dak…da adik bradik skit ejas masuk…ada kenai skit ejas msuk…yg alain nie cam na…dah la pekerja asing bayk….dah mcm byk sgt kerja yg dok mek org asing….

  37. insan hina says:

    ni plak pgalaman sy ngn pbuatan kwn sy..nk mntak kje kntrak kjaan pn nk gne kabel…lpas je anta prmohonan kt pjabat bkenaan,trus sruh ayh die kol YB kt kwasan ni utk pstikan die dpt kje 2..dan akhirnye mmg kwn sy dpt jwtn 2 tambah lagi siap bleh demand xnak dihantar kje d luar kwasan..nk kje d cwgn d kg halamannye saje..di sini ade 2 perkara yg menimbulkan rse xpuas ati org skeliling..ptamenye,kwn sy ni sblm drpd ni dh 2tahun mnganggur..mntak kje swsta utk lvel dgree tp xpnh dpt..jd dsini bleh dpertikaikan apakah dia betul2 layak dan mampu utk memikul jawatan yg dberikan sdangkan pihak swsta pn kurang mmberi perhatian kepadanya..sdangkan utk msuk kje kjaan lbh ssh drpd swsta..yg kdua,ade lg sorg kwn sy mmohon utk jwtn yg sama..dari segi luaran, pmohon ini lbih berkarakter dan berkepimpinan namun gagal mndptkan jwatan berkenaan kerana xguna kabel..bukankah ini tampak seperti berlaku penafian hak,penganiayaan dan penindasan?

  38. For the first time since Spiderman: Web of Shadows, the web-slinger will be returning to an open world game.

    Lynsen started the first Street – Pass group in February
    as a grassroots movement for 3DS owners living in the DC metro area.
    It’s amazing what a difference the Wii U gamepad makes on multiplatform titles- as you’ll see with these next two entries.

  39. In order for a motorist to find cheap SR22
    insurance quotes, wide research and shopping around should be done.
    Private pilots are not restricted to light sport aircraft, banned from towered airports and night flying,
    or limited to one passenger. If you do not have a vehicle of your
    own, or car is not registered in your name, you can apply
    for a non-owner’s SR-22 policy.

  40. Entah lah zaman sekarang ni. nak mintak kerja pun susah.
    aku baru-baru ni ada dapat pergi temuduga. tetapi tak berjaya dan apabila aku tanya kenapa gagal dia bagi alasan yang tak boleh diterima. Aku pun tak kesahlah pasal ni kerja gov. bila aku blah dalam 2bln nak cuba2 update SPA aku, report temuduga aku dia orang update tidak hadir. kalau ia pun tak terima patutnya dia orang kenalah letak tidak layak dengan alasan yang mereka berikan. aper pun tak boleh.

  41. Wonderful article! We will be linking to this great content on our website.
    Keep up the good writing.

  42. Mohd S.A says:

    sya dh mhon krj d sktor awm ni sjk umur 18 lg..

    smp skrg x dpt & sya brsyukur sgt wlpun x dpt krj sbg pjwat awam (yg knonnya d anggap krja ttap) sya dpt bkrja bkrj d sbuah kdai yg amat mmberi ktenangan pd sya..

    wlpun KERJA adklanya LEBIH msa krna bla tba wktu utk balik krj msih ada lg plggan yg dtg,nmun sy brsyukur krna dpt mlkukan ibadat dgn smpurna..

    rmai yg branggapan bhw krj krjaan itu shj yg mjmin msa dpn & itu shj KERJA TETAP..

    yg bg rezqi adlh ALLAH bkn mnusia..

    syukur wlpun x dpt krj krjaan tp dpt sstu Anugerah dari ALLAH..

  43. kenapa kerajaan tidak mengambil tindakan? ramai yang masih mencari kerja dan mereka mengikuti semua peraturan termasuk mengisi borang SPA , ada kawan sy selama 2 tahun memohon SPA langsung tak dipanggil padahal diploma dia sgt cemerlang, paling sy terkejut..kwn sekolej sy pula dpt temuduga jawatan kerajaa padahal dia tiada kelayakkan..bila saya tanya dia memberitahu menggunakan org dalam iaitu pakcik dia yang bergelar datuk! adil ke bila menggunakan org dalam? smp bila negara nak maju dan menindaskan org yang sepatutnya berkelayakan tidak dpt kerja..dan yang tidak berkelayakan senang2 menggunakan org dalam.. bagaimana nak buat aduan ini ke pihak atasan? adakah aduan ini dilayan???

  44. sy graduate pd thn 2011.. alhamdulillah abes je bljr sy dpt kerja (swasta).. sy terima shj kerja tu walopon ia bukan dari bidang yg sy plajari..

    lps setahun sy pon berenti bkerja sbb nk cari keje yg sesuai dengan saya… dah bertahun2 sy mohon.. tp blom ada yg dapat.. akhir nya sy putus asa.

    so, pada tahun ni (2014) sy buat keputusan utk buat bisnes cosway.. memandangkan sy tak diberi peluang, jadi sy nk cipta peluang sy sendiri.. walopon modalnya cecah RM2600 smpai sanggup pinjam duit ibu, saya da nekad.. sebab, kalo difikir2 kan kos utk memohon kerja (fotostat, poslaju, kos petrol utk pegi interview) mungkin dah mencecah jumlah tu kalo sy teruskan jgk cari keje kerajaan selama bertahun2.. insyaAllah selagi ada usaha..

  45. Sy nak memberikan cadangkan kt sini…kenapa kerajaan x nk tambah kan kerja dalam sektor kerajaan sendiri sbgi contoh projek2 pembinaan x perlu la diberikan pada swasta…bru la kerajaan boleh bantu rakyat dengan memberi peluang kerja yg lebih byk,nie tidak byk sektor kerajaan pula diswasta kn..jdi nasib nya rakyat terpaksa berkerja dengan swasta pd zaman skrang…pikir2 kn la..

  46. hari tu pergi interview ader rasa kurang yakin la. hahaha.. nervous. but never mind ler. at least ader experience. tp ada satu hal puler. ader orang guna kabel. haa ni nak cakap pegawai SPA tu pun nampak Bodo terang2 nak bantu saudara or kawan dia tu. si calon tu puler ngan muke monyet dia keluar dri blik tu dgn snang hati. bapak dia pun da macam muka chimpanzi da aku tgk. sbb dorg yakin da anak dia dapat. hahaha. mnunjukkan pkrja kerajaan pon bukannyer bagus sangat. tak terdesak sangat la kerja kerajaan ni. wakakakak

  47. As salam..saya setuju ngan topic ni.saya pn rase tak adil guna kabel utk dpt keja di kerajaan.yg lebih layak dibiarkan menggangur seperti saya ini.sedih sgt..mmg susah nk mohon kerajaan.

  48. Sebenarnya siapa di antara kakitangan kerajaan ni yang sudi memberi ruang kepada sy untuk menjawat mana2 jwtn dlm sektor kerajaan kpd sy dgn menggunakan hati salinya…..sy sebatang kara dan kini memiliki seorg putri….dulu seorg anak angkat satu apa pun saya tak dapat sebai peninggalan utk berteduh….kebanyakannya dijual dan diambil keluarga ibu…. saya cumaningin hidup sederhana dgn pekerjaan sehingga hujung nyawa…ialah kan kerja gov dpt pencen dan anak2 dapat mewarisinya…..sy sgt berharap dpt bertugas di sabah atau sarawak dan saya suka menolong org dan jawatan sebagai pegawai penererangan, atau kebajikan masyarakat sy rasakan amat bersesuaian…..tetapi sy x punya ayah, ibu, kakak, abg, saudara, mara ipar duai ataupun jiran utk menjadi rujukannatau kabel…..saya cuma berharap pihak yg menawarkan pekerjaan dan penemuduga berlaku adil meneliti kelayakan saya sebab sy mempunyai banyak pengalaman dan serba boleh…cekal dan tabah……sy hairan kenapa org kita x mampu membuat keputusan dgn adil dlm membuat pilihan, memberikan kepada yang benR2 layak…walaubagaimanapun percayalah jika anda sudi membantu itu bermakna Allah s.w.t telah mengggerakan hati sali yg menolong sy utk membantu….bukan kerana tulisan ini tetapi takdirnya….

Speak Your Mind

*