Kisah motivasi, kisah kejayaan dalam temuduga..

Ramai orang telah berjaya mencapai kejayaan dalam temuduga di sektor awam ini. Adakah anda tahu kisah kejayaan mereka? Anda tahu apa yang ditanya kepada mereka semasa temuduga? Bagaimana mereka menjawab soalan tersebut? Mari kita ikuti sebuah kisah kejayaan.

Tanpa berlengah lagi mari kita ikuti email dari Puan Rahani (bukan nama sebenar )langsung kepada saya (artikel ini ditaip semula dari email original dari beliau)

Saudara Jamal,

Di sini saya ingin kongsikan sedikit pengalaman saya sewaktu menghadiri temuduga. Mungkin pengalaman saya ini mampu menambah maklumat ebook saudara. 6tahun dulu saya adalah salah seorang ribuan di luar sana yang mengganggur. Apalah yang hendak dibanggakan, berbekalkan segulung Diploma dalam bidang
Kejuruteraan Komputer dan CGPA hanya 2.32 sahaja!. Memang mustahil saya nak dapat kerja.

Saya pernah menghadiri temuduga SPA sebanyak 6 kali, kali terakhir baru saya dapat setelah saya dapat rahsia dari kawan baik saya. Kawan baik saya bernama Sofia, anak kepada seorang pegawai atasan tentera, ibunya juga seorang pegawai tinggi kerajaan berkhidmat di Kem Sumber Manusia. Sofia memang seorang
yg pandai, CGPA 3.40, dan keistimewaan yg ada pada Sofia adalah dia seorang yg petah berkata2 dan mampu membuat org terkedu apabila berhujah. Jadi, tidak mustahil jika Sofiaboleh dapat kerja,
kabel besar kan? Tapi dia menafikan sekeras2 nya, dia tidak menggunakan kedudukan yg ada pada ibu dan ayahnya untuk medapatkan kerja sehinggakan setelah dia dapat, ibubapa Sofia terkejut kerana mereka pun sendiri tidak tahu bila anak mereka menghadiri temuduga.

APA RAHSIA SOFIA PADA SAYA?

Saya melangkah masuk, berpakaian kemas baju kurung warna ungu, serba unggu, saya fikir ungu itu warna lembut dan itulah baju pertama saya pakai kembali sewaktu melapor diri ke JPA. Saya
hanya bermekap ala kadar sahaja, Saya adalah calon yg ke 14, saya dtg lambat, hari tu interbiu ada 17 calon. Saya sampai pukul 7.25pagi dan pukul 12.30 t/hari baru dipanggil masuk. Setiap calon disoal selama 20-30 minit tetapi saya hanya 15 minit sahaja, rasa macam tak puas pulak. Hehee
Sewaktu menghadiri temuduga, ini adalah seisi soalan antara panel dan saya setelah apa yg diajar oleh Sofia.

Panel : Boleh Puan Rahani ceritakan serba sedikit mengenai latar belakang?

Panel : Baiklah, siapa nama sultan Perak?
Masa ini saya jawab penuh, DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuf Izuddin Shah Ghahrullah.

Masa tuh 2 org panel terkedu, dalam banyak2 calon saya yg jawab panjang dan penuh. Saya selamba je jawab, tuan tak perlu soal saya lagi sebab saya dah tanya kepada semua calon sebelum
ini soalan yang bakal di soal dan semua dah ada jawapan. Mereka ketawa.

(Soalan IT) Puan Rahani, apa yg awak tahu mengenai sistem terbuka atau open source?
Masa tuh saya blank sangat, tapi saya tetap maintain senyum dan cakap “maaf tuan, saya pernah dengar tapi dah lupa”

Soalan pasal networking, saya terangkan mengenai LAN, MAN dan WAN.

Mengenai isu semasa, pasal perbentangan budget 2005. Saya cerita kan apa yg saya tahu sehingga panel kata OK.

Last sekali, sewaktu dia beri saya peluang untuk bercakap sebelum sesi tamat. Masa nih saya gunakan peluang sebaik mungkin, “Tuan, saya adalah antara ribuan di luar sana yg mengharapkan dapat
berkhidmat di sektor awam. Saya sedar saya bukanlah pandai, terbaik tetapi jika tuan memberi peluang untuk saya berkhidmat di sektor awam ini, saya akan gunakan peluang ini untuk memperbaiki kelemahan saya dan belajar untuk jadi yg terbaik. Tiada satu pun manusia di dunia ini yg terus jadi pandai tanpa berusaha
dan terus belajar kan? Sewaktu saya cakap nih, saya tenang dan tenung mata mereka dalam2
. (pinjam ayat Sofia) i luv you so much!!!)

Salah seorang drpd panel itu senyum pada saya dan berkata,” terima kasih kerana menghadiri sesi temuduga ini, insyaallah saya akan tolong kamu, semoga kita berjumpa lagi.

Saya melangkah keluar dengan satu perasaan yg lega dan saya yakin saya dapat jawatan ini, betul setelah 4 bulan saya di tempatkan di sebuah jabatan. Yang hairannya salah seorg kawan saya turut serta menghadiri interbiu, CGPA dia 3.5 namun dia tak berjaya.
b08795
Kesimpulan yang saya dapat adalah tak semua yg memperolehi CGPA tinggi mampu menjawat jawatan di SPA namun berbekalkan keyakinan dan semangat yang tinggi mengatasi segalanya.

Comments

  1. bagus tips nie…budak rumah saya pon ada ckp cm2 jgk waktu dia temuduga kerajaan..dan sekarang dia pon dpt keje tue….tp masa saya g temuduga dia x de lak nk bg masa bercakap skit lepas temuduga 🙁

  2. appleseeds says:

    Slm…saya suke bace pengalaman org interview kerajaan ni..semua best2..tapi dari pengalaman saya interview last month..knp xder pun macam pengalaman org lain…semua lain..semua x ok cth..soalan isu semasa…satu pun die x tanya saya..uhuhu…mase tuk bercakap skit lepas temuduga pun xder..siap interviewer x ambik pun saya punye resume n copy sijil..so blm result keluar, saya dah tau saya x kan dapat..

  3. Yang saya berikan adalah kebiasaannya..Jika berlainan dari yang anda alami, memang perkara biasa…Tips saya berikan adalah sebagai panduan..tepat 100% adalah mustahil dalam temuduga..Apapun ianya bergnatung kepada panel itu sendiri, samada menanya soalan yang biasa ditanya ataupun tidak

  4. appleseeds says:

    minta maaf ye admin…jgn marah dgn comment saya..bukan maksud saya nak mempertikaikan tips2 yg awk bg…cume nak meluahkan kekecewaan saya…:-p

  5. hai …
    thankz god i found the ebook by EN jamaluddin bahari…. i really appericiate dat…

    btol la u all..
    time sy interview oso x di soal about ..isu2 semasa…&
    x di beri peluang lngsung nak tnya@ ….
    b”ckp ckit pun in the end interview tu…

    and rasa x puas la .. time interview tu trlalu singkat..
    penemuduga tu mcm nak cepat jak..
    dia tanya jg terlalu sikit…
    sy mmg byk bckp…
    smua soalan dpt jawb dgn baik.,…
    smua sy ikut dri ebook tu..
    btol2 praktikan dri ebook tu….
    tgok la nti keputusan yg kuar nti…

  6. Ada calon ditanya ada yang tidak:) Saya dulu pun pernah mengalamai seperti yang anda alami. Dulu, 10 minit interview dah habis…Resultnya memang gagal la saya..hehehe

    Tapi dalam 2 kali interview selepas itu, saya memang ditanya soalan seperti ini. Tapi skema jawapan saya lain la dari yang ni.

    Kata seorang pegawai kanan dari INTAN, soalan ini jika ditanya, jangan lepaskan peluang. Ini adalah seperti kita melobi diri kita untuk jawatan tersebut.

  7. saya sblm msk kat bilik interview tu, mmg saya nak cakap mcm “sofia”‘s last words tu….tapi ikut reality diri sendiri..
    saya tang kata2 akhir bila saya berckp jd nak menangis, dah jd tersekat2 tang akhir2 tu…jd penyedih..kan tak sesuai tu dalam interview…saya tak boleh nak teruskan…CGPA/bertutur b.ing.&b.malaysia saya x ada masalah…
    saya selalu tak dapat nak ckp/keluarkan apa yang saya alami- for surviving my own life… sbb saya ni yang jaga mak ayah saya yang dah tua sngt,so I have to survive by my own…cari duit sndiri dan take care of them …so I really need the gov. jobs…(ini tulis ni pun dh menitik air mata dah)…so saya msk interview nk akhir2 saya jd sedih dan nak nangis…dan membuatkan saya bila orang kasi peluang cakap saya jadi x blh nak ckp esp. the final words…(sbb jadi penyedih dah masa tu) …tp tak lah dari awal saya dok senyap..saya jawab lah…isu semasa, bidang kita sendiri..tp bidang saya mana yang tough tu saya tahu msti disoal dan saya tahu jwpnnya, tp jwpnnya memerlukan kekuatan ingatan kita ..saya jawab ttpi ayat saya jadi tak berapa cantik(mengikut penilaian saya)…tp my reality makes me really penyedih….sehinggakan saya nk pegi interview saya tak blh tidur 3 hari tu biasa…oleh itu saya push diri saya mkn cukup walaupun x lalu…tp kalau dah 3 hari tak dpt tidur berkualiti mmg we’ll facing the risk alamatnya… jd nak muntah mcm2 sbb tidur tak cukup di hari interview…dia jd penyedih mcmn tah…ini rasanya tak ada sapa dpt tolong….Tuhan je….

    mesti orang lain baca ni jd gelak kan…tp itulah nak kata mcmn lagi…any comments???

  8. saya pernah diinterview 45 ke 50 minit!!!!entah2 ada orang kena sejam kot…apa2 pun jgn jd penyedih atau nak nangis sbb nampak kita mcm tak kuat untuk solve the future problems in works soon….

  9. Aznan Adam (ABA) says:

    kabel adalah benda pertama yang kita kena check. kadang-kadang tanpa kabel, temuduga pun tak dapat. oleh itu, periksa baik-baik, tanya semua ahli keluarga kita. adakah sapa-sapa (mak, ayah, abang, kakak, sepupu, saudara, dan kawan-kawan keluarga kita) yang boleh jadi kabel. sama ada dia ada jawatan tinggi dalam kerajaan, dalam politik ataupun kontraktor kelas A.

    lepas tu, petua menghadiri temuduga tetap perlu diamalkan sebab bukan kita sorang yang ada kabel. orang lain yang hadir temuduga tu pun mungkin ada kabel jugak, malah mungkin lebih besar. lagi satu, bukan semua panel penemuduga itu dikawal oleh kabel kita. jadi, tunjukkan bahawa kita bagus. seolah-olah kita sebernarnya tak perlukan kabel, tapi dah orang nak tolong, kita terima saja la.

    jangan ikut drama tv, tak nak kerja dengan kawan ayah sebab nak berdikari. dia cakap macam tu sebab dia di bayar untuk cakap macam tu.

    lagi satu, sebelum kerja kerajaan, kalau dapat kerja swasta, kerja la dulu walaupun gaji kecik dan kerja teruk. masa interview kita akan kelihatan lebih matang. kelihatan matang tidak boleh dilakukan secara pura-pura. ia akan timbul selepas kita bersabar sebab kena maki dengan tokey selama berbulan-bulan. dan, yang penting ialah kita boleh mengaku bahawa kita ada pengalaman kerja. kalau kerja tersebut tiada kaitan dengan bidang kelulusan kitapun, sekurang-kurangnya kita berjaya membuktikan bahawa kita bukan jenis “finish the rice”.

  10. Satu nasihat yang baik dari Aznan:) Semoga ianya bermanfaat buat semua pembaca….

    Kepada sesiapa ada pandangan lagi, marilah berkongsi..Kita sama-sama menimba ilmu..Tiada siapa yang ‘perfect’ ilmunya kecuali ALLAH..

    KABEL? Sesuatu yang amat SUKAR dibincangkan…Insyallah saya akan buka mengenai topik ini nanti untuk menerima pandangan dari anda..Saya kena buat kajian lebih mengenai kabel ini dulu:) Sebelum ni saya kaji, ada yang guna kabel besar tak berjaya pun dan ada yang guna kabel kecik berjaya..

    Macamana tu? Nanti kita bincangkan:)

    • Salam Encik Jamaluddin. Saya seorang graduan IPTA yg sangat berminat untuk bekerja kerajaan. Saya juga telah memiliki e-book RLTK kerana telah dihadiahkan oleh teman lelaki saya (dia beli khas untuk temuduga saya). Saya sudah mempunyai 2 kali pengalaman ditemuduga, dan apabila saya memberitahu kawan-kawan, semau orang akan kata kena ada KABEL baru dapat, bagaikan sudah sinonim, TEMUDUGA KERAJAAN + KABEL = BERJAYA.

      Tetapi bagi pendapat saya ini adalah tidak benar sama sekali. Saya akan membangkang setiap kali orang akan kata kita perlukan kabel.

      Saya berpendapat, graduan masa kini hendaklah berfikiran lebih terbuka dan percaya dengan kemampuan sendiri. Mereka boleh lulus tanpa kabel. Teman lelaki saya juga sekarang bekerja di sektor awam, dan saya pernah pergi temuduga bersamanya. Itu kali pertama kami ditawarkan temuduga, dan keputusan dari temuduga itu, dia lulus walaupun kali pertama menghadiri temuduga dan saya gagal. Dia tidak kenal langsung dengan kakitangan kerajaan dan mampu lakukan sendiri. Saya percaya sektor awam masih ada lagi nilai2 ketelusan di dalam pemilihan calon2 yang layak lulus temuduga,

      Untuk bakal-bakal calon temuduga, saya nasihatkan jangan terlalu fikir pasal KABEL ni. Percaya pada potensi diri, usaha dan YAKIN anda akan berjaya atas hasil usaha anda sendiri. InsyaAllah, usaha murni itu akan berjaya.

  11. betul jgk sume comment2 ni…sy fresh graduated n last month g interview SPA…panel ade bagi sy mase tuk ckap why they must choose me…disebabkan blank time tu, jwab pun t’gagap2 n macam2 lagi..lpas interview sy xyakin pun akan dapat.macam2 plak pkirnye..biase la 1st experience g interview..;)..tapi sy pkr sy dah lepaskan chance yang memang susah nak dapat, sume nye x dirancang pun..hope nanti kalau ade lagi peluang sy akan gunekan tips2 yang ade ni…thanks.

  12. akum bang jamal..tadi saya da mention yang bulan november ni saya akan mengahdiri temuduga untuk jawatan pembnatu tadbir kewangan…sebelum sya pegi temdga nanti,kawan saya dah tolong carikan kabel untuk saya..sebab sebelum ni dia pernah juga tolong kwn2 dia yang lain denga bantuan kabel ni…dan kesemua yang dia tolong telah dapat pekerjaan tersebut…jadi dia pun yakinkan sya yang saya ni akan berjaya juga..tapi bila saya terbaca bab2 kabel dari bang jamal tadi…hilang confident la pulak…nak guna ke tak kabel ni…kalau tak guna nanti saya di kata tak menghargai bantuan dia la…macam mana ni…

    • Terpulang kepada anda..saya tidak katakan TIDAK..nanti tak berjaya salahkan saya pula:)

      Apapun pilih yang terbaik buat diri anda…anda yang akan menentukan masa depan anda

      • Pendapat saya, penggunaan KABEL adalah salah. Ini adalah tidak adil bagi calon lain yang lebih layak. Meletakkan sesuatu pada salah tempatnya adalah kejam. Calon yang lebih layak adalah seperti ditindas.
        Saya berharap sangat budaya menggunakan KABEL ini dapat dikurangkan kerana ia mencerminkan ketidak-telusan pemilihan calon yang layak lulus.

  13. syda syakilla says:

    salam…
    arrrrgghhhh…. tension spa tuk pembantu perangkaan da kuar. br jap td check… resultnya xdapat…

    rs nak menjerit jer… asal aku xdapat rsnye aku jwp da betol cnfident lak tu… emmmm adehla… sedey nye….

  14. saya kuciwa sedikit says:

    salam…

    rasanya dah berpuluh2 saya isi form n hntr..dah berpuluh2 gak dipanggik interview…tp hasilnya…saya redha cuma ianya membuatkan saya rasa tepu untuk perform bila interview…advise plz…

  15. salam… just nak kongsi pengalaman…
    sy baru check result spa… alhamdullilah sy berjaya…berkat n rezeki bln ramadhan…ni 2nd interview sy tuk spa…tima kasih admin atas tips2 interview…
    1st interview, pembntu tadbir kewangan… time tu xdpt info lg pasal bohong sunat nie..coz sy diploma holder, apply tuk spm.. bukan apa, sbb masa apply tue, final year.. bulan nie ckup la sthn.. baru ingat nak update, aplly tu diploma pnya.. tp dh dpt interview, sy pg je la… masa interview tue, sy tunjuk la result diploma…then resultnya, clon simpanan jer la…
    then bila dpt 2nd interview nie, dh tau la nk wt cmner… dengan tip2 yg diberi admin, mmg terlalu berguna… n tnya gak kwn, dia ckp xpyh tunjuk kt pnya diploma.. so sya pn start la mereka crita…
    n masa interview, sy dh expect dia kan tnya knpa xsmbung stdy sbb result ok.. sy pn start la bohong sunat.. cita benar tp lap ckt2 jer..nk dpt keja pnya pasal.. soalan 1st, cita pasal bacground, pastu in english plk..yg byk dia tnya pasal jbtan tue.. nsib la sya dh khatam kt website tu.. kacang je la.. pastu dia tnya isu semasa, gaji, rukun negara, bunga kebangsaan, lagu, keta kebangsaan… nasib la time sekolah dlu selalu hafal rukun negara kat belakang buku latihan… ada manfaat tu.. n soalan last, dia tnya klu dapat tempat lain boleh x… dengan sepantas kilat sy jwab, boleh.. then b4 kua, dia ckp nnti check result kat website.. masa tue tau mcm2 nk dpt jer… tp xmau confident sgt coz takut kecewa…
    tp alhamdulillah hari nie dh bley confident..syukur sgt, berkat doa n pertolongan Allah, sy xmengganggur lma.. bru 9bln.. syukurrr
    tq skali lg admin…

  16. sidah xsuka cara panel panggil 3 org sekali masuk tahula sidah ada barisan belakang tetapi jgn la wat mcm2 bkn selalu nk cpt temuduga.huh

  17. sy dh byk kali apply kerja kerajaan….tp satu pn x da sangkut…….di panggil interview jauh sakali a……..kadang2 sy jd give up nk apply……

  18. ms. job seeker says:

    sy pun sama….try many times…but unfortunately…tak satu pun sangkut…..tu la name nye..belum rezei lg…insyallah…sy percaya dgn rezeki yang Allah dh sediakan untuk sy…..skrg…sy hanya mampu berusaha lebih skit dan doa.

  19. saya pun dah banyak kali g intrvw tp tak dpt2..samapi boleh simpan srt pggln interview 2..bt koleksi..

  20. last2 keja kontrak..tak yah nak teruk2 interview pn..dpt..ja keja…tp now…runsing jgk bb xdpt keja ttp lg…

  21. nasib malang says:

    huhu aku sedih belum perna dapat kerja….dah aku guna semua teknik tu, tapi masi tak dapat..

  22. Akum, en jamal sy nk brkongsi pengalaman sy semasa inteviw SPA kali ni dh 2kali dh..first time sy intviw SPA disember 2007, time tue sy masih stdy kt poly bru sem4..jwtan yg ditawarkan pembtu pembangunan masykat S17..w/pn time tue tgh stdy sy pergi jgk menghadiri intviw trsebut konon-konoknye nk cari pgalaman intviw je la..first time intviw dng krjaan sy agak gelabah cikit maklumlah xpenh inviw pn seblum ni..apa yg dpt dikongsikan dng smua sy cuma confiden je time disoal oleh penemuduga trsebut byk jgk soalan yg ditanya pasal isu semasa..Alahamdulilah selpas sebulan lpas tue sy chek sy berjaya ditawarkan..tetapi memandangkan time tue sy bru sem5 di ploy..mak sy tdk membenarkan sy menerima jawatan tersebut krn mereka menyuruh sy abiskan diploma sy terlebih dahulu..time tue memg buntu pemikiran sy dibuatnye ialah kn senang nk dpt keje govment..so lepas tue sy terpaksa melepaskan jawatan trsebut..utk pengetahuan en.jamal hasil penolakan sy terhadap jwtan SPA tersebut sy di blacklist selama setahun xleh aply…huhu seday time 2 dr 2008- awal 2009 xleh aply…kali kedua intviw pada bln julai 2009 jawatan penolong pegawai tadbir N27..Alahamdulilah sy berjaya jawatan tersebut sy telah bekerja di JPA..yg dpt disimpulkan disini time intviw tue confiden je..pasal isu semasa tue kena tahu serba sedikit dan yag paling penting beli la buka keluaran penulis en.jamal bagi informasi yg berguna yg dpt membantu anda menghadiri temuduga SPA…ok good luck smua.

  23. salam en jamal…. dulu sy penah intbw separa perubatan, masa tu sy br habis diploma..separa tu kan utk lepasan spm..jd panel mstue mpertikaikan knpa sy xsmbg degri..atlast sy xbjaya sbliknya kwn sy bjaya sbb dia xbgtau dia ada diplm… mslhnya skrg, sy dpt intw utk gred n17 padahal sy apply gn diploma.. cmne en.jamal, bleh x bg tips utk mjwb sbrg pertikaian dr panel nnti? 0r sape2 yg ada idea, leh share….

  24. saya baru saja hadir temuduga hari ini..alhamdllah semua soalan dapat saya jwp..soalan seperti apa kelebihan diri,apa kelemahan diri anda menjadi topik persoalan temuduga tadi. berbekal ebook en.jamal,saya rasa lebih yakin dan telah pun dipraktikkan semasa temuduga tadi.tunggu saja la keputusan sebulan dari sekarang…akan diberitahu kelak!!

    kepada en.jamal..timkasih

  25. slm, bila time interviw ni, kita patut jd seorg yng bersemngt, tp yng risau dn gusar di tnya psl nm ahli kabinet menteri tak ke pening,,,

  26. salam…
    nsib baik jmpe wsite nih..;)))
    sy nk intrview untk spa 15hb ni sbgai ppkp u29..tkutnyeeee…
    wish me luck!!!!=)))

  27. salam..
    tiap thn sy ada iv gov..tp nasib tak menyebelahi
    5 mei ni ada lg..s27
    mudah2an dgn tips yg ada thn ni jd penamat pnantian sejak grade 2002..wish me luck!!!

  28. boleh x bgtau sy pasal interview untuk penolong akauntan??? kat RISDA
    please urgent sgt sok nk interview tp x ada persediaan lg..

    mizz_yna88@yahoo.com.my

  29. salam kwn2 sy dpt iv 28hb..nk mintak tip interview post pegawai latihan vokasional J41..help2 me

  30. salam..saya ade interview pgawai latihan vokasional mekatronik 25.8 nie..any tips?tq

  31. byk kali x lepas spa.memg tensen.stil lum dapt kje yg ssuai.tp tpksa aku kuatkan smgt n pcya slu pesan mak aku,stiap org ada rzk nya.cpt n lmbt je.tp x smstinya dpt pe yg kita hrp.bila baca sofia words ni,rsa ada smgt gak nk intrvw.memg bkn smua cgpa rndh x dpt kje tp msti lmbt je pglan.mklumla tpisan awal base on klulusan peperiksaan.tp klu dah rzk,x hbs spm pun leh jd kya.leh dpt kje kjan.aku ckp bdsarkn pglman sdare mare ak.tp ak yg cgpa rndh ni stil nganggur gak diorg da lpas dah.tp ak tau spe dr aku n kbolehan dr.so aku tgu pluang dtg.cme english nak kne improve vocab banyak da slow.intervw memg nak kne ckp omputih.dr pglmn intrvw ak dlu,memg kt kne improve english.smple tp fluent.

  32. saya pom kne tmdga utk u29..luse dah
    cmner ni..???
    sape2 leh tlong x cmne nk hlangkn rsa nrvs ni…tttooollloonnngg….!!!!

  33. Boleh x terangkan serba sedikit mengenai jawatan pembantu tadbir kewangan dan penolong pegawai eksekutif penaksiran gred 31….

  34. pengalaman says:

    pengalaman kerja mematangkan diriku… sesungguhnya bayak anak & duri yang aku lalui… bila aku ingat kmbali, pastinya aku rasa ingin mnangis. Disaat teman- teman aku berada di pejabat, dapat gaji ribu reban…. aku pula jadi sales girl mnjual produk dari satu tempat ke satu tmpat…. yg dapat hnya penat~~ sbb tak ada org nk bli.. Disaat shbt2x ku post crita bli krta baru yg hbat2x, aku pla berdiri 8 jam di sbuah shopping kecil yg brgaji hnya rm450, blik pn tumpang org…. disaat kawan2x brcerita mngnai hari cuti mrk yg mnyeronokkan, aku pula brdiri hmpir 12 jam bkrja sbgai operator kilang, brjaga mata bkerja shift…..memerah sedikit keringat utk mndapatkan sdikit wang…. disaat mrk bercerita mngnai anak2x, aku pla sibuk mnjaga & mngasuh ank org lain… disaat mrk dipjabat miliki bilik sndiri aku pla brada di pusat asuhan mnjaga anak kecil, basuh berak, mndikan mrk & sbgainya…….

    Perasaan? pastinya aku ingin slalu mnangis… tapi aku xprnah mngeluh ktika itu..wlu spenat mana pun aku ttap gagahkan mnghadapi liku2x hdup ini yg pnuh mncabar….. shinggakan aku hmpir brputus asa mmohon kerja~~~selama 4 tahun aku kluar dari universiti aku tidak prnah ada bilik sndiri, tdak prnah mndapat gaji mlebihi 2k, xprnah brsenang lenang……

    Alhamdulillah tahun ini 2013, slpas 4 tahun aku mmperolehi pekerjaanku… Ketika itu aku redha jika dapat krja gred 17 @pun 27..pastinya aku akan mlompat kgirangan…brsyukur yg teramat sgt2x… wlupun dapat yg pling rendah…. even jadi tukang masak dlm krajaan pn aku sanggup, klu dapat krja krajaan…. namun percaturan Allah maha hebat, DIA memberi aku pluang yg lbih hbat…. aku mndapat kerja staraf dgn ijazahku gred s41.. alhamdulillah2x….. xtrkata syukurku… Ya Allah aku amat2x mnsyukuri…..

    • pengalaman says:

      kesilapan typing error…hi2x…* banyak onak & duri… tapi ttap xmnganggur kan…alhamdulillah… kluar universiti 2009 slpas 4 thun, thun ni 2013 bru dapat krja tetap…dah syukur (“,)

  35. I am not rattling fantastic with English but I get hold this very easy to translate. I believe this web site contains very great written written content content. check out my own website: Los Angeles Top Web Designer This web site totally has every piece of information and facts I needed regarding this subject and didn’t know who to ask There is certainly a great deal to find out about this topic. I love all of the points you discussed. I am also a master web designer and email flyer expert and can always put your website at the top of other search engines in a short time.

  36. Alhamdulilah…xsempat nk entry blog ni..aku dh lpas intervw 18hb 8 ritu, pembantu operasi N11…aku pasrah dgn ketentuan illahi…jika ada rezeki ku bolehlah menyumbang tenaga kpd negara…Malaysia,Di sini lahirnya sebuah cinta….amin

  37. GADIS RUNSING says:

    SAYA DAPAT INTERVIEW JWTAN PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN GRED U11 , PDA NOVEMBER INI, APELAHH AGAK2 NYA SOALAN YANG DI TYE OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) NI. BOLEH KONGSI KONGSI 🙂

  38. aku ta paham says:

    aku kne g interview next week.. 10/3/2015… kat ipoh jawatan pembantu tadbir.. masalahyer skunx niey berjuta2 daa aq google pasai cth soalan niey.. tapi tak kua2 pon.. aq stress r.. aku tak taw aper jee nk prepare… suntuk sgt daa niey… tolong r kome… aq mohon sgt2 niey

Speak Your Mind

*