410 PELATIH SEPARA PERUBATAN BERTARAF SIJIL DIPERLUKAN !

410 PELATIH SEPARA PERUBATAN BERTARAF SIJIL DIPERLUKAN !

Pihak SPA mengumumkan akan melaksanakan urusan pengambilan seramai 410 pelatih bagi Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil pada FEB 2014 ini.

Peluang keemasan untuk anda membina kerjaya sebagai penjawat awam di Kementerian Kesihatan Malaysia dengan mengikuti program Latihan Separa Perubatan bertaraf sijil selama 2 ½ tahun.
Bidang latihan yang diperlukan ialah :

 

  • Jururawat
  • Pembantu Pembedahan Pergigian
  • Pembantu Kesihatan Awam

 

*Sepanjang tempoh latihan pelatih akan menerima elaun bulanan & bakal berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia apabila tamat latihan.

 

 

Dalam bulan FEB 2014, pihak SPA akan melaksanakan urusan pengisian pelatih Latihan Separa Perubatan bertaraf sijil. Calon-calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan ini tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

 

Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 2 Feb 2014 jam 11.59 malam.

 

 

PERMOHONAN SECARA ONLINE DI PORTAL SPA :

www.spa.gov.my

 

SYARAT KELAYAKAN MEMOHON LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF SIJIL

Syarat Kelayakan
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.** Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Sains/Sains Paduan serta kepujian mata pelajaran Bahasa Inggeris dan lulus Matematik.
Umur Calon Untuk Mengikuti Latihan Separa Perubatan
Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan;Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
Alamat Surat-Menyurat:
Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pengambilan Khas
Aras 7, Blok C7, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62520 PUTRAJAYA
Tel: 03 – 8885 6000

 

Comments

  1. NURUL HUSNINA Binti ABU BAKAR says:

    Jika diberi peluang saya akan buat yang terbaik..

  2. Noor Hasvilarini Binti Johnny says:

    Saya pernah menghadiri 2x interview bg Jururawat Masyarakat gred U19 pd thn 2010..namun nasib tidak menyebelahi saya.. Saya juga telah memperbaharui permohonan saya dan berharap pd kali ini saya akan di panggil semula untuk temuduga kerana saya amat memerlukan pekerjaan ini.. Insyaallah, jika di beri peluang, saya akan berbakti kpd masyarakat dgn sebaik2nya.. Rasanya tak salah bagi peluang kpd yg layak tanpa mengira status pemohon tersebut selagi dia boleh buat.. So, dear Metron Mariana Chin, hope to see you again…^____^

  3. KuPenglipurlara.blogspot.com says:

    saya tngah tunggu panggilan sesi 2014..
    harap2x trsenarai dlm panggilan tmuduga..
    amin… inshaAllah..

  4. nurfatimah binti mohd jamil says:

    Aslkm…saya juga pernah menghadiri interview jururawat masyarakat sebanyak 2 kali..tetapi nasib tidak menyebelahi saya juga..saya berharap semoga pemohonan saya pada kali ini akan di panggil semula..Amin..dan jika saya berjaya..saya akan lakukan sebaik mungkin dan berusaha lagi.supaya saya dapat berbakti kepada masyarakat dan keluarga tercinta..terima kasih

  5. magdaline says:

    Saya baru lepasan spm 2013 selalu temuduga untuk sarawak bila er? utk jururawat masyarakat ..

  6. penuh simpati says:

    Assalam..sy sangat berminat n bercita2 nk jadi jururawat sejak kecil tetapi nasib xmnyebelahi saya..selalu sy update jawatan ni agar d pggil temuduga tetapi xd layan pn..pnah p temuduga sekali n gagal n xd pggl temuduga dah..bg la peluang untuk saya..nk belajar jururawat yg swasta xmampu sbb kos dia byk lgpn sy anak org susah..bg la sy peluang untuk capai cita2 sy sejak kecil lagi..mohon, mohon, mohon.. 🙁

    • Hey, sorry for just dropping by! But I really liked your blog..especially the thoughts hidden beneath which are being surrected appropriately by ur penning style..And I know that feeling too..before exams when the weather has to be awesome! its like a call from God and him testing ur endurance while studying when there is so much more you can do!

  7. zacinta conte says:

    Salam sejahtera…sy pernah mengambil jurusan diploma kejururawatan selama 4 semester di kolej swasta tetapi tidak berpeluang menghabiskan pengajian apabila sya terpaksa berhenti apabila keluarga kami menghadapi masalah kewangan selepas pemergian mendiang ayah saya…sya sudah menghantar permohonan utk latihan jururawat bertaraf diploma dan sijil dari tahun 2013 akan tetapi sya tidak diberi peluang..sya berharap diberi peluang utk mendapat tempat dalam bidang kejururawatan kementerian kesihatan malaysia..terima kasih.

  8. redzoashrofi says:

    assalammuailaikum,
    saya disini nak tanya lepasan SPMV layak ka utk memohon SPA separa petubatan bahgian sijil/diploma
    jika layak apakah jawatan yang boleh dipohon
    jawatan manakah yg benar2 layak atau tidak layak langsung mohon pencerahan dari mana2 pihak kami lepasan SPMV jugak mahu jawatan separa perubatan adakah kami layak itu solan kami saya mewakili lepasan SPMV..

    sekian terima kasih

  9. boleh mohon dengan kelulusan SPMV asalkan ada subjek yang berkaitan.

  10. PAUZIAH BT ISMAIL says:

    Sya Pauziah bt Ismail berumur 41,pada tahun 1996 sya pernah menghadari interview jururawat masyarakat tetapi nasib tdk menyebelahi sya,semasa itu sya guna sijil SRP.Jika sya ingin memohon jawatan adakah layak,sya ada mengambil SPM jgk tetapi kurng memuaskn.Tp untk pengetahuan pihk anda sya ada pengalaman brkrja sebagai jururawat bidan di sebuah klinik swasta di S.P Kedah (Klinik Dr.Zainal).

  11. MIMI HASMIDA says:

    ASSALAMUALAIKUM SAYA MIMI HASMIDA BINTI OSMAN BERASAL DARI SARAWAK …SAYA AKAN HADIRI TEMU DUGA 8/4 NI…UNTUK LATIHAN PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN….SO..BAGI TUNJUK AJAR AGAR SAYA DAPAT MELEPASI TEMU DUGA INI….SAYA NAK SANGAT2 KERJA MACAM NI…CUMA SAYA JE HARAPAN KELUARGA SAYA,,,,…

Speak Your Mind

*