322 Kekosongan Pegawai Imigresen Gred KP17

Pegawai Imigresen Gred KP17

 

 

Pihak SPA telah mengumumkan akan melaksanakan urusan pengambilan jawatan kosong untuk Jabatan Imigresen pada Feb 2014. Terdapat 322 kekosongan untuk jawatan kerajaan Pegawai Imigresen Gred KP 17.

 

Calon-calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan Pegawai Imigresen Gred KP 17 tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

 

 

Pegawai Imigresen Gred KP17

 

 

Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 2 Feb 2014 jam 11.59 malam.

 

 

PERMOHONAN SECARA ONLINE DI PORTAL SPA : www.spa.gov.my

 

 

Bagi yang berminat & bercita-cita menjawat jawatan dalam sektor perkhidmatan awam boleh memohon jawatan Pegawai Imigresen Gred KP 17. Gunakan peluang yang ada ini untuk mengejar cita-cita anda.

 

 

Admin doakan semoga anda beroleh kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi.

 

Pegawai Imigresen Gred KP 17

 

Kumpulan : Sokongan II

Kementerian / Jabatan : Jabatan Imigresen

Jadual Gaji :

GAJI MINIMUM : RM 936.00

GAJI MAKSIMUM : RM 3424.00

KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM 95.00

 

 

 

Syarat Lantikan Pegawai Imigresen Gred KP 17

Syarat Lantikan:
a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM936.00 ] dan
b) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
(iv) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
(v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
(vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(v) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
c) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

 

 

Deskripsi Tugas Pegawai Imigresen Gred KP 17

Bertanggungjawab menerima/menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport dan dokumen perjalanan, pengeluaran visa, pas dan permit kepada rakyat asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan sebagainya, membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu masuk.

 

 

Pegawai Imigresen Gred KP17

Comments

  1. dayang salasiah sadini says:

    salam, kalau saya memegang jawatan sukarelawan simpanan polis,bolehkah saya memohon jawatan imigresen ini?

  2. Bleh jak hehe,dimna ada kemahuan disitu ada jln mna tau nsb awak

  3. bgus*

  4. bila bleh cek tmuduga

  5. salam.. saya nak bertanya.. saya telah membuat permohonan untuk jawatan ini tapi kenapa saya tidak mendapat apa-apa tawaran bagi jawatan ini?

  6. bila temuduga atau semak panggilan temuduga?

  7. assalamualaikum.. nak tnya skit.. calon perlu ada diploma ke??

  8. klu rabun amacam?

  9. langsung tak ada peluang ke?

  10. Saya pun rabun juga…peluang tipis ke…ehm

  11. mohd sah says:

    admin..mau tanya bah..apa maksud “diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar”..adakah dorang suruh kita buka baju dgn seluar..untuk di chek satu badan..

  12. Muhd Fahmi says:

    -saya da pergi interview pada 21/3/14..result kuar pada 7/4/14..hasilnya…calon simpanan..mohd sah..buka baju je..seluar x yah bukak..die just nk cek badan,tangan ngan kaki jer..pastu kene kawad,cek mata,cek colour..BMI pun diorg cek jugak..kalau lepas sume ni,,baru lepas ke interview pulak..

  13. saya pergi temuduga di putrajaya 20/03/2014.. result dah keluar 07/04/2014.. alhamdulillah saya dapat lantikan tetap bagi jawatan ini.. saya call imigresen.. mereka cakap surat dah di pos kan pada 10/04/2014 yg lalu.. skrg tengah tnggu surat ni smpai sahaja.. encik tu bgtau saya.. tarikh lapor diri adalah 27/04/2014 dan bole lapor diri sehari awal.. tmpat ialah akademi imigresen malaysia kat PD.. nak tanya admin sikit.. perempuan muslim di wajibkan memakai tudung ke?

    • adik ipar sy mse tmuduga fzikal tu llus then tmdga lisan lak..die xbwak sjil spm yg ori..pas tu pnmuduga tu suro die anta jgk sjil spm yg ori..die anta la..sy cek kputusan tmuduga 7 apr tu name die xde..yg mane dpt tok lapor dri 27/04 tu awk pon pnmuduga minx sjil spm yg ori ke??

      • masa temuduga tu saya bawa smua sijil yg ada.. buat salinan.. then bagi semua kat dia.. lepas cek the dorang bagi balik la..

    • ye wajib.da kt aim ke?

  14. saya telah lulus temuduga pada mac lepas dan pada hari ini pihak berwajib telah menelefon saya menyatakan perlu lapor diri di kuala lumpur dan bukan di pd.saya sudah maklum tentang tmpoh rekrut di pd selama dua bulan akan tetapi tidak pula saya dinyatakan untuk hadir ke pd pada tarikh lapor diri. mohon pandangan adakah perkara seperti ini boleh berlaku, atau ade sebrang kekhilafan di mana2. trima kasih

  15. hari ini saya dapat surat dari pihak berwajib.. tarikh lapor diri 27/04/2014 jam 9.00 pagi hingga 12.00 tgh ari.. di port dickson, negeri sembilan… dlm surat tu semua di nyatakan apa benda yg perlu di bawa dan etika pemakaian.. bagi yg belum dapat surat.. saya nasihatkan cepat2 call pihak imigresen dan bgtau surat belum sampai.. lapor diri terus kursus di akademi imigresen malaysia di PD, n9..

    • Muhd Fahmi says:

      Ok la 2 mon mon ..awak dapat lapor diri..sye ni x de rezeki lagi..mase awak interview 2 ..ramai x calon yg datang..

      • byk juga tp xtau la siapa yg lepas atau x sbb lepas i selesai i trus balik sbb masa tu i xberapa sihat sangat

      • Saya ni pun sama.. Dapat calon simpanan. Ramai ke dapat calon simpanan ni?
        Harap ada rezeki kerja ni.. Huhu

  16. mykel wilka says:

    Sy dmnta melapor diri d kompleks kdn k.l..
    Latihan di pd dilakukan scra bpringkat.yg belum lathan akan diposting dahulu.siapa yg dpost sama dgn sy?

  17. adik ipar sy mse tmuduga fzikal tu llus then tmdga lisan lak..die xbwak sjil spm yg ori..pas tu pnmuduga tu suro die anta jgk sjil spm yg ori..die anta la..sy cek kputusan tmuduga 7 apr tu name die xde..yg mane dpt tok lapor dri 27/04 tu uol pon pnmuduga minx sjil spm yg ori ke??

    • Sy dulu pun sama… Tak bawa sijik spm… 3 hari lepas temuduga ada penemuduga dari imigresen call suruh hantar sijil spm yang ori dengan salinan… Result keluar haritu dapat calon simpanan…

      • Muhd Fahmi says:

        Banyak2 la kite doa ye Azhar supaye dpt jadi tetap..awk interview dkat mane ari 2..

        • Dekat kuantan… Bila agaknya nak kena panggil ya… Kamu pula? Iv dekat mana?

          • Muhd Fahmi says:

            saya dekat seremban..entah la..tgu jela diorg panggil..sbb diorg masuk 27 ni kan..kalau x ckup org..baru la diorg panggil kite..kalau x..kene la tunggu dlm setahun..

  18. Lagi satu mase dapat surat pnggilan tmuduga tu, die tulis result akan dkluarkan pada 30/04..yg 7/4 tu result tok tmuduga bile?adik ipar sy tmuduga hjung blan 3 jgk..

  19. Yup… Ada info apa apa bagitahu la…
    Bila mengunggu macam ni rasa tak sedap pula

  20. Jagan risau yg blm dipanggil tu.. skg calon simpanan sah sehingga perlantikn tetap.. confirm suda tu kmu akn diserap.. tunggu panggilan n surat sja

  21. sy calon simpanan gak. redha je lah

  22. Kapten J says:

    nanti dh keluar statistik, update kt sini k

  23. Digimon says:

    Ehm aku dah berzaman apply pegawai imigresen nih. Last2 kata “tidak melepasi syarat2” padahal spm aku lepas je semua credit. Ape yg tak kena ntah. Ehm

    • Muhd Fahmi says:

      Pegawai penjara KX27 & KX17 ade bukak..da apply belum..

    • Kapten J says:

      digimon, kau try call ibu pejabat SPA dan tnye..

    • ROSINI BINTI ISMAIL says:

      Anak saya pun dah berzaman juga minta sejak 2010 lagi namun tak de langsung dipanggil temuduga. Jawapan dipaparkan ialah ” tidak melepasi syarat2…..” pada hal spm anak saya boleh dikatakan ada beberapa credit. Tak faham Spa nie…. Entahlah…. Ada yang didapati lepas result spmnya tidaklah sebaik result anak saya… Mungkin kami tak de orang dalam kok…..

  24. Kapten J says:

    aku dh apply dh pegawai penjara kx17

  25. Kenapa susah nk dpt interview jawatan ni..kata layak..tp 3 tahun dh mohon..tak pernah dpt..tak melepasi syarat2 dtetapkn ktanya..kata kt situ spm blh memohon..takkan 6kredit pn tak blh dapat..memang nak sgt2 dpt interview..kata kekosongan beratus2 tapi knpa permohonan asyik tak lepas..sedih la camnihhh….;((

  26. Baru2 ni saya ada check spa saya, status saya sebelum ni adalah simpanan lantikan..tapi sekarang dah bertukar jadi mcm ni:

    Status Urusan :LANTIKAN TETAP

    Anda Telah dikategorikan sebagai calon simpanan

    Xpaham..apa maksudnya ye? dah confirm ke atau masih simpanan?

    BTW saya antara calon simpanan PEG. IMEGRESEN KP17 baru2 ni.

    • Kapten J says:

      same lah kite.. status: LANTIKAN TETAP

      mgkin ade rezeki kite next batch nanti.. hoho.
      mudah2an lah.. amin

      • Muhd Fahmi says:

        Yeke..sye punye x bertukar lagi pun..huhuhuk

        • Sabar..insya Allah..akan dipanggil jugak..mungkin turn kamu belum sampai..sebab setahu saya..calon simpanan ada sistem ranking ikut pemarkahan semasa temuduga.

    • Kapten J says:

      sy dpt info kite kne mengesahkan knpe status dh bertukar.. cmne nk contact..

      • Saya dah bertanya di e pertanyaan SPA..dan ini adalah jawapannya:

        MAKLUMAN STATUS PERTANYAAN:

        NOMBOR PERTANYAAN: f5-010614-xxx

        STATUS PERTANYAAN: SELESAI

        Penyelesaian

        Saudara, TAHNIAH!!…Saudara telah berjaya dilantik. Maklumat calon simpanan adalah menunjukkan maklumat terdahulu. Sekian terima kasih.

        Sila layari http://aduan.spa.gov.my untuk maklumat lanjut berkenaan pertanyaan anda.

    • stil simpanan

  27. Kapten J says:

    Alhamdulillah..

  28. Kapten J says:

    sy dpt call dari SPA kne lapor diri kt KDN taman baru kempas kt Johor.. 16 june 2014.. mcm mne ni.. huhu..

    • alhamdulillah…jadi teruslah lapor diri ikut tempat yg telah diberitahu. saya belum dapat panggilan lagi.

    • Muhd Fahmi says:

      Wah..da panggil..taniah2..bile la pulak nk kene panggil ni..belum tuka status lg ni..

    • kapten j, ada akaun FB? add aku Encik Shafiq. profile pic gambar watak game dead space.

      • Kapten J says:

        ok nanti aku add.. aku mintak tanguh lapor diri 1 julai 2014 sebab aku kne bg notis brhenti kerja.. Inshaallah lapor diri di Jabatan Imigresen Taman Setia Tropika, Kempas Johor. aku call no ni pagi tadi 03-88801067 Asmah

        • norzila says:

          Salam, saya pun kena lapor diri kat tempat yg sama. Utk peg imi..
          Macam mana ye.. saya masih banyak x tahu.. xpenah ke joho plak..

          • korg intake 16 jun kot.lapor diri ke stia tropika.korg akn trus dibawa ke pularek hari yg sma.t akn dpt surat poslaju.hjung2 t dia bg.sy io di bsi.br je masuk.ap2 tnyla.fb sy irfan syahmi.takde pfile pic.nk kol pn bleh.0177022326.sms takde kdit,tak jwbla.hehehe

        • jb?welcome to bsi..hahahaha…cari aku,irfan.kalau dpt post di bsi nnti

  29. Status still lagi simpanan lantikan πŸ™

    • Azhar..turn kamu akan sampai jugak..ikut ranking..harap bersabar..saya pun keje dulu sementara nk dapat lantikan tetap..tpi dah sampai rezeki awal..x expect pula 2 bulan je menunggu..

      • Kapten J says:

        shafiq kau dpt ktne lapor diri?

        • belom dapat panggilan lagi..surat pun belum sampai..ada info kata surat dah hantar 28 hb 5 tempoh hari..so nk ckupkan seminggu..tengok macam mana..kalau jumaat ni x smpai jugak..baru col imegresen tnya terus.

          kamu sape yg info? SPA atau imegresen?

        • belom dapat panggilan lagi..surat pun belum sampai..ada info kata surat dah hantar 28 hb 5 tempoh hari..so nk ckupkan seminggu..tengok macam mana..kalau jumaat ni x smpai jugak..baru col imegresen tnya terus.

          kamu sape yg info? SPA atau imegresen?

      • Hurmm… Bila lagi akan dipanggil eh? And kali ni dia ambil berapa orang??

  30. Kapten J says:

    shafiq, kau try call no ni 03-88801067. pejabat imigresen putrajaya bahgian pengambilan…

  31. Kapten J says:

    shafiq, FB aku Shah Strife

  32. Kapten J, Imegeresen dah kol aku td..suruh lapor diri di putrajaya 18 hb 6. pelik pulak hari rabu..kamu hari isnin.haha

  33. Kapten J says:

    haha.. aku pn kne 18hb.. dia slh ckp hri tu.. tp aku nk mintak tangguh lapor diri 1 julai.. hrap dpt lah.. tgh tgu surat xdpt2 lgi..

    • aha..tu je problem skrg ni..lmbt sgt..papepun nnt kite akn jumpe jugak di AIMM..all the best bro..

      • aim lme lg.kalau d rezki trus g.kalau tak,korg kene g pularek dl.train 10 hari.latihan pikul balak.PT dasyat.hahaha…habisla korg

  34. kemungkinan besar..akan ada lg pengambilan calon simpanan tahun ni kot..sebabnya di putrajaya..lebih dari 5 org dah tarik diri sebab xtahan orientasi 10 hri..haha

  35. mohd azeri says:

    ade intake lg ke?simpanan pas sudoh ni.

  36. mohd azeri says:

    tahun ni.bulan april aritu..

  37. noriati m.nur says:

    Sy pnah mmhon mlalui on9 tp email sy xley bkk.. Mcm mn sy nk memhon blik ea.. Ad2 cpe ley tlg x?

  38. Camne ni smpai skrg masih calon simpanan? Sampai bila kena tunggu agaknya? Ada tak sape2 yg tahu??

  39. sy dok BSI.. hahaha

  40. lame x update..

  41. ada pengambilan lg ke utk calon simpanan ?

  42. kalo rabun tu mmg x ade harapan langsung la eh nk mohon..

  43. Status saya sampai sekarang masih lantikan simpanan…huhuhu..

  44. fhmi, ade y fresh (dh masuk aim dgn trus keja..) calon simpanan pon ade y dpt,, mcm ak la.. 2 bulan simpanan.. hri tu intake aku 45 org je. lapor diri kt johor.. lom aim lg..

  45. rmai lg lom g aim… yg calon simpanan tu sabar lah.. mgkin thun dpn rezeki anda…

  46. Saya calon simpanan lantikan untuk inspektor penjara kx27, mudah2han rezeki untuk diserap masuk lebih awal.. doakan kawan2

  47. interview katne wan hri tu? mudah2an dpt lah lantikan tetap

    • Sy iv kat sabah hari tu, confused la kapten, tahun lepas pun ada pgmblan ppp kx27 dan bnyk jga simpanan , bila pngmblan tahun ni pla npa erk xambil simpanan tahun lepas je ?adoi.. , so bertambah lg kn simpanan mcm tu ..

  48. saya dapat juga interview jwtan PPP kx27 tapi tak ada rezki lahh. simpanan pon tak dapat. hmm teruk sangat ke time interview hari tuh. sedihh nye. πŸ™

    • Syikin, tahniah sampai ke peringkat temuduga. Ada rezeki lain lagi diluar yg boleh diceburi. Kepada calon simpanan lantikan penolong penguasa penjara kx27 2014, boleh masuk dan ikuti group dengan kata carian ” calon simpanan lantikan penolong penguasa penhara kx27(2014) ” semoga lantikan tetap akan bertukar. Amin.

  49. Nor Azwin Binti Zawawi says:

    Saya berumur 24 tahun, saya mempunyai kelayakan seperti di atas. Masih adakah jawstan kosong untuk saya memohon di jabatan Imigresen.

  50. Alhamdulillah.. dapt temuduga penolong penguasa imigresen kp27 plak.. bru 5 bulan jadi pegawai imigresen kp17

  51. Kapten J…Sharing la sikit tips sikit camna kapten leh lepas temuduga KP27 tu…apa yg ditanya hari tu…

  52. Mcm mna nk bt permohonan??help me. Xtaw ni πŸ™

  53. Sy dpt info dri pkcik sy menyatakan thn depan imigresen mahu lg 900 anggota.calon simpanan skg ada 700.jdnye mereka akn habiskn semua simpanan dan balance akn dibuka permohonan baru.surat akn smpi bulan 1 dan lapor diri bulan 2.so harapnye betul =)

  54. hye kwn2…

    sy da semak spa keputusan sy dlm senarai calon simpanan utk jawatan Pen. Penguasa Imigresan KP27…

    sesiapa bleh reply info status calon simpanan jawatan ini…namun sy juga perlu tunggu result sebenar 6 jan 2014 ini….

    Alhamdulillah…

    • hye kawan2…

      i just check status saya

      status: latikan tetap

      tapi dibawah status ia mengatakan dalam kurungan

      (anda telah dikategorikan dalam calon simpanan )

      maksudddnyaaaa……i x pham laa…..

      nyone leh expain x

  55. hai,,status saya baru saja berubah jadi lantikan tetap..
    tapi seperti kapten J juga di bwah disertakan and disenarai calon simpanan,, so bole tahu apa tindakan saya slanjutnya,,

  56. status saya juga dh tukar dari simpanan lantikan ke lantikan tetap.. sama jugak cm maxwel.. tapi sebelum status tu bertukar ada org dari SPA call sy minta sy fakskan surat pengesahan lantikan dan slip gaji latest sbb sy sedang berkhidmat sbg penjawat awam selama 6 thn dh.. cuma sy minta tukar jabatan skrg ke imigresen.. kata org dari SPA tu nk keluarkan surat.. mgkn ada antara kita ramai2 ni yang akan terima surat xlama lagi..

  57. A ah la..bru je lepas bukak SPAi..da tuka lantikkan tetap..

  58. Berudulaut83 says:

    Assalam….
    Siapa taw statistik untuk pengambilan jawatan Pen. Penguasa Imigresen KP27 yg iv bln Nov n Dis baru ni?
    yagn John ckp da tukar status tu tuk jawatan apa ea?
    Sbb tuk jawatan KP27 tu sy hanya calon simpanan / simpanan lantikan je. huhu. nak taw statistik jugak ada berapa kekosongan. yagn diterima tu taw x bila lapor diri? mohon kongsi kat sini.
    tq

  59. Ada sesiapa yg dari calon simpanan dah jd lantikan tetap dah dapat surat tawaran?

    • Berudulaut83 says:

      Status masih calon simpanan / simpanan lantikan.
      Untuk jawatan yang mana john maksudkan tu?

      • Ini untuk jwtn imigresen kp17 yg dulu jd lantikan simpanan.untuk yg gred kp27 simpanan,kena tgu kekosongan baru dorg akn pgil.so kena tgu la sket

        • Muhd Fahmi says:

          John..da dapat surat tawaran ker..senyap je..ade pengambilan x tahun ni..

          • Belum dpt lg surat tawaran.sebab tu nk tny kot mana2 yg dh dpt surat tu inform la dekat sini.pengambilan ambil berdasarkn kekosongan la.

          • Muhd Fahmi says:

            Owh..ingat kan da dapat da..buat suspen jela spa ni..ade try kol imigresen x tye pasal hal ni..sye ade try kol..tp x dpt..no yg diorg bagi x dpt dihubungi..

  60. Smalam sye ade tye kat SPA pasal status da betukar dari simpanan lantikan ke lantikan tetap….ni jawapan die..

    MAKLUMAN STATUS PERTANYAAN:
    NOMBOR PERTANYAAN: 84-301214-126
    STATUS PERTANYAAN: SELESAI
    Penyelesaian
    Salam Sejahtera Untuk makluman, tuan telah ditawarkan untuk jawatan PEGAWAI IMIGRESEN GRED KP17 yang diambil dari calon simpanan. Oleh itu, tuan diminta untuk menunggu surat tawaran dan penempatan yang akan diberikan oleh Imigresen sendiri. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi terus Imigeren bagi mendapatkan maklumat lanjut. Sekian, terima kasih

  61. salam..ada sapa2 yg dah trima surat tawaran ke?utk kp17..

    • Muhd Fahmi says:

      Belum lagi wan,spa ade bukak lg jawatan untuk kp17 ni..rasenye..kene tgu segala proses interview dgn pengambilan yg baru ni..dlm 175 diorg nk gune..mugkin bulan 3 nanti baru sampai surat.

  62. Ye sy pon calon simpanan juga. ..utk pen penguasa imi kp27….harap x lama tggu…xpala kwn2 kt bsabar je tau…sbb nye spa pasti pggil calon simpanan kelak mereka xkan bazir masa & wang wat t.duga byk kali….ada kosong spa serap calon simpanan terus cuma ranking kt adalah sulit ntah cepat atau tidak…itu info yg sy dpt…mari bertahan kwn2…

  63. Berudulaut83 says:

    Muhd Fahmi leh kol no ni: bahagian pengambilan imigresen 03-88801067.

    • Muhd Fahmi says:

      Hi berudulaut83..sye da kol no awk bagi 2..tp die soh kol no sambungan 1058..bahagian pengambilan jugak..die kate ade pengambilan tahun ni..yg da tuka status tetap 2 akan dipanggil..cume die kate..imigresen belum tetapkan lagi tarikh nk masuk 2 bile..die kate tunggu imigresen hantar surat tawaran..mudah2 han dipercepatkan segala urusan..amin..

      • fahmi..tp klu ikut yg lepas2 kan..bila taw je tukar status ke lantikan tetap mmg dah xlame laa kn..2,3 mggu lpas tu smpai la surat..tp klu cek dkt portal spa..dkt ”sistem setuju trima pelantikan”,klu tgk kt situ tarikh surat bln 12 lg..sy tgk yg sy punya surat tu bertarikh 22/12/2014..no rujukan pom ada..means that surat tu spa dah kluarkan..cuma tinggal jbatan imigresen je lg yg blum hantar surat tu..tu la..smoga dipermudahkan..InsyaAllah

        • Muhd Fahmi says:

          mmg betol wan..patut mcm 2..sye da kol imigresen semalam..die ckp tarikh belum komfom lagi.nanti die akan anta surat tawaran…lagi pun ade interview lagi untuk jawatan ni..target sye mcm ni..tarikh tutp nk register jawatan ni 10/1/15..tempoh interview dlm sebulan..tempoh keluar result dlm sebulan..so mybe bulan 3/4 kite akan panggil..mcm taun lps kan..result kuar 7/4..yang penting kite sabar..

        • Kena jwb dh ke sistem setuju terima lantikan tu?

          • Muhd Fahmi says:

            Rasenye x perlu lagi kot..ade terbace ari 2..kalau da dapat surat lantikan baru boleh jawab terima lantikkan 2..

  64. Elezher Resley says:

    Status dh berubah jdi terima twaran perlantikan. Tapi ada lagi di nyatakan anda diketogerikan sebagai calon simpanan. Mohon jelaskan. Adakah jawatan ini telah saya dapat atau belum lagi?

  65. salam saya sudah mohon di spa ,ttpi tidak ade respon ape2 pon ??

    • Elezher Resley..jgn risaw psal note kecik kt bwah tu..yg mane status urusan lantikan tetap mmg akn dpt..cuma tunggu jim decide tarikh je utk kluarkan surat tawaran..note kecik kt bwah tu hanya utk makluman bhawa lantikan yg kta dpt ni adalah diambil dari calon simpanan..tu je maksudnye..status awk yg brubah tu adalah selepas awk trima pelantikan dalam sistem SETUJU TERIMA PELANTIKAN ONLINE..mmg akn dpt..jgn risaw..spa xkn mention mcm tu klu calon tu xdpt ape2 twaran pelantikan..surat spa mmg dah kluar..surat jim je yg blum kluar..sbr laa

  66. Wah..smua sini yg memohon Imigresen Kp17 ker?
    nak tnya lah, kan skill gaji Imigresen kp17 taraf spm..mcm mn kalau dapat Jawatan nih n then ada Sijil Stpm? kena interview balik ke nak dpt gred kp 27 or just kna lantik jer mcm tuh?

  67. Berudulaut83 says:

    Izwan…..
    Klu da diterima KP17 tu, nk jawatan KP27 kene mohon semula, kene interview semula. kawan adik sy da 6 thn kp 17 dan ada diploma, yg interview bln 11 2014 tu dia ambil tp x lepas jugak. tp dgr ada examm gak tuk naik pangkat. yg tu sy x pasti

    • Tq berudulaut83..Dah dapat Info pasal kp17 tuh, Sesiapa yg tukar status tu dr simpanan lantikan–> lantikan tetap..memang kna panggil..note kecil tuh abaikan..kita beruntung di ambil dr calon simpanan..tuh jer n sy dah call dorg blum keluarkan surat lagi..so kena tggu..

  68. Hi…nak tanya….kalau ada degree dalam computer eng……..blh masuk dalam imigresen x?

    • Muhd Fahmi says:

      Hi Ash,

      Boleh je,tp mcm rugi la klu ade degree amik gred 17..
      Da apply dlm SPA belum.?
      klau x layak die ade tulis tidak melepasi syarat2..

  69. Muhd Fahmi says:

    Hi John,Senyap je..ade ape2 berita x..

    • Hello fahmi,mcm biasa still menunggu.ada dgr cte dipggil bulan 3.so kena sbr sket

      • Muhd Fahmi says:

        Hi John,
        Owh..Yeke..awak x de tye pak cik awk ker..bile nk start temuduga imigresen yg baru ni..tarikh tutup da lepas..tp temuduga x buat lagi..

        John,sepatut nyer SPA akan hantar surat kat kite kan..untuk medikal checkup..sebab post yg sblum ni..diorg dpt surat dri SPA dulu..Imigresen cume bagi tarikh lapor diri dan penempatan je..Maknenye dapat 2 surat la kan..Betol x..sape boleh bagi penerangan tentang ni..

  70. Status ‘Simpanan Lantikan’ dah bertukar ‘Lantikan Tetap (Anda dikategorikan sebagai calon simpanan)’. Apakah? Tnya kat SPA e-pertanyaan kata:

    “saudara dah ditawarkan jawatan Pegawai Imigresen Kp17 dan diminta untuk menunggu surat tawaran dan penempatan yang akan diberikan oleh Imigresen sendiri”.

    Bilakah agaknya surat sampai?

  71. Info terkini : “p call lg skali, tapi guna lain suara hehe”

    Assalamualaikum..bla bla bla bla…

    “Waalaikumsalam, kami belum ada tarikh yang tetap untuk keluarkan surat tawaran..tapi biasanya dalam bulan 3.. kalau bulan 3, dalam bulan 2 surat akan dikeluarkan, dan bulan 3 jalan..kena tunggu ja ok πŸ™‚ ” – pengurusan bahagian pengambilan(JIM) <–perempuan nih..

    • Takpe bro kalau dah ade rezeki tak ke mana.. Perlu besabar saje skg ney hehe..

    • Muhd Fahmi says:

      Hi Geng,Klu x silap imigresen ni ade 3 siri kan setiap tahun..
      Maknenye tahun ni mule dgn siri 1/2015..klu x silap la kan..so sampai ujung tahun ni..boleh share x korang dpt simpanan no brape..

      • macam mana nak tgok kita simpanan ke brape Fahmi? xtahu..huhu

        • Hi Izwan,

          Try bukak dkt sistem setuju terima pelantikan dlm portal SPA..No rujukan surat tawaran..mcm sye punye tulis SPA.PK/No IC(S-227)..yg dlam kurungan 2 rasenye calon simpanan no brape..try cek

  72. Harap2 lah dalam masa terdekat ni dapat surat lapor diri πŸ™‚

  73. Wah ramainya dah dpt lantikan tetap.. tahniah korang

  74. Ade pengambilan lagi ke tahun ni?

  75. Susah sgt nak dpt padahal result spm lebih dari layak huhu

    • Muhd Fahmi says:

      Tahun ni ade lg pengambilan..nk lagi 175 kalau x silap..tp interview belum start lg..mybe bulan 2 nanti..da apply belum..

  76. brape kali pengambilan kp17 dalam setahun yer? Ade sape yg tau tak?

  77. Sape lg calon simpanan kp17 da tukar status ke lantikan tetap?

  78. Klu xslap majoriti yg komen kt sini dpt lantikan tetap..knpa?

  79. Berudulaut83 says:

    Salam…..
    Khabarnya ada yang da dapat surat panggilan lapor diri 22 hb feb ni untuk jawatan Pen Penguasa Imi KP27….betul ke?
    ada x calon simpanan yang dpt surat atau makluman ttg status calon simpanan ni?

  80. kalau dilihat kat blog2 pengambilan PI KP17 ni dalam hujung2 bulan April untuk intake pertama yer?

    • Muhd Fahmi says:

      A ah la robin..
      dulu sye iv bulan 3 2013..tapi gagal..result bulan 4..
      tahun lepas bulan 3 juagk..result bulan 4..
      tahun ni mesti same jugak..iv bulan 3..result bulan 4..

  81. Page ni tak update ker? Asal nak comment bru nmpak recent comment?

  82. Ada sesiapa yg daftar di pejabat imi klia?tlg inform

  83. Hi all.. Dah dpt surat pelantikan tetap la.. Kena melapor diri dekat JIN Johor, Kempas 16/3/2015 ni.. Tiket tu kena beli sendiri ka? Ada sesiapa tau? Sudi add kat wechat : judesaw_01

    FB: judesaw_01@outlook.my

  84. Congrats Jude

  85. Alhamdulilah..surat da sampai..lapor diri kat N9..sape2 ade dpat kat N9 x..

  86. izuan ghazali says:

    siapa lapor diri 16/3/2015 di putrajaya. kita jumpa disana.

  87. surat da sampai rumah lapor diri dkt kompleks KDN.knp x PD ye??info yg agk samar….. T.T
    bg no careline tp kite call x dpt..

  88. jumpe sane ye izuan.ade info share2 sikit.

  89. Memang penempatan tak disediakan ke.

    • Muhd Fahmi says:

      John,klu x silap..kene training dlu dlm 2 minggu dpt tempat kite lapor diri..pastu baru masuk untuk rekrut slame 2 bulan..lepas 2 baru tau penempatan kat mane..

      • Dua minggu tu la tak bg penempatan.surat pn bgtawu mcm tu.tak tawu lepas tu dpt ke tak.konpius kejap

        • Muhd Fahmi says:

          rasenye x de john..rasenye u kene simpan resit2 mase u lapor diri 2..mcm u duk hotel ke..tiket flight ker..nanti boleh claim..medikal checkup je yg x boleh claim

    • Muhd Fahmi says:

      John,klu x silap..kene training dlu dlm 2 minggu dpt tempat kite lapor diri..pastu baru masuk untuk rekrut slame 2 bulan..lepas 2 baru tau penempatan kat mane…

  90. Muhd Fahmi says:

    Tahniah pada yang berjaya..ade rezeki kite jumpe kat PD yer..

  91. Izuan Ghazali says:

    tahniah pd sume yg dapat lapor diri 16/3/2015 dimne2 je.. ni sket maklumat yg sy dapat.. 16/3/2015 tu lapor diri dulu dan kursus pengenalan.. mayb orientasi la kot.. habis 2 minggu mungkin terus training di PD 2 bulan.. skrg ni batch kp27 tgh training di PD dan tamat pd 23/3/2015 kalau ikt info.. ngam jugak yg lapor diri pd 16hb tu abis kursus pengenalan.. untuk di pd mgkn dimaklumkan masa kita lapor diri.. pasal di PD pulak ade certain2 yuran yg kita kena bayar.. standby je duit nti kawan2.. cousin ade gtau standby la dlm 1.5k.. utk bayar kelengkapan masa kt PD nti.. kemudian kita boleh claim di tempat kita posting nanti.. masa di PD jugak akn ada interview lg.. diorg akn buat profiling dan tapis mana kita semua akan ditempatkan.. so boleh la request mana kawan2 sume nk posting.. kalau dapat Alhamdulillah la kan.. bg la reason yang kuat kalau nk post ke tempat yg kita nk tu.. selamat berjaya semua.. saya akn lapor diri di putrajaya 16hb ni.. bg kawan2 dalam ni yang sama tmpt lapor diri kita jmpa nanti.. boleh add fb sy -> Izuan Ghazali (gambar DP baju MU kaler merah pkai spec ngn gmbr wife tudung pink)..

  92. syafiqah says:

    Sye pun kena lapor diri 16.03.2015. Sekarang sye mengandung. Tapi sye pnah dengar kalau ade ape ape datang je dlu. Nnti dia tentukan.

  93. nora nori says:

    Saya lapor diri di setia tropika 16/3.ada sapa2 dpt jgk x saing saya???? Watsapp trus k 0137780499

  94. Xray nak ke?psl dlm surat medical tak mntak pn

    • Muhd Fahmi says:

      Hi John,smalam imigresen ade kol sye..kene tuka tempat lapor diri dekat JPAM N9..kene tinggal kat sane seminggu..duduk asrama..die kate kene bawak semua..x ray skali..kene pakai tie jugak..tp x tau la tmpat awk cm 2 jugak ker..

  95. Bile lapor diri kwn2 sume?

  96. Salam..ade sape2 thu x yg calon sinpanan bagi jaw pen penguasa imi kp27 bile panggil? Tq..

  97. Berudulaut83 says:

    Amili…..
    Saya pon tgh tunggu status pen penguasa imi KP27 ni.
    Status masih simpanan lantikan. Mintak2 la status berubah dalam masa terdekat ni. Hari2 bukak web semak tp masih sama. πŸ™
    Klu sesiapa ada berita boleh la share kat sini ea.

  98. Sy tringin sngt .. dan bminat tpi tinggi sy 150 .. blh kah s d trma

  99. Berudulaut…same la sy,ari2 check status..tp status ttp simpanan lantikan…xtahu la bile jabatan imi nk pggl yg kp27 ni..

  100. Berudulaut…agak2 bila die pggil kp27? N mmg cmfirm jab imi pggil ke clon smpnn kp27 ni?huhu

    • Berudulaut83 says:

      Amili…..
      saya pon x pasti. tp ada bukak n check status hari ni….da tulis camni pulak:
      PENOLONG PENGUASA IMIGRESEN GRED KP27 29/11/2013 28/11/2018
      Bil. Maklumat Urusan
      1 Tarikh Tutup Urusan :28/09/2014
      No. Urusan :(SM20140204)
      Status Urusan :SIMPANAN LANTIKAN (No.243 daripada 500 calon)
      (TEMPOH SAH SIMPANAN SEHINGGA 14 DECEMBER 2016)

      Hurm….mintak2 dipanggil la dalam tempoh tu.

  101. raja ezwan says:

    Sya temuduga pembantu kenderaan di imgresen..spa dh kuarkan surat lantikan tetap..tp tk tahu pggil bile..mcm mana 2…mintak tolong

  102. Berudulaut..owh..sy simpanan lantikan no 117 daripada 500 calon..xtau la jabatn pggil ke x..kan skrg kerajaan tengah bekukan pengambilan penjawat awam..hmmm

  103. Salam mcm mna pula kalau lepas SPM dapat Result dan terus mohon boleh?

  104. vanistri manorkumar says:

    hai, klau nak apply mcm mne sye baru habe dgree dn sye da cari kat bnyk tmtp untk dpt borang apply tapi xdpt…blh sye tau mcmne nak dapat borang apply?

  105. Florna angela says:

    helo,mcm mana nak apply untuk lepasan spm ?saya masih belajar diploma,tapi nk cuba apply pegawai imigresen ni,blh ke x?

  106. assalammualaikum.. haii sy nk tnya nie mcm mnea nk apply pegawai imiggresen nie..

  107. AS SALAM…
    SAYA BERMINAT UNTUK BERKHIDMAT DI IMIGRESEN…SAYA PERLU ISI BORANG SPA8 KE ATAU UNTUK DIPLOMA SPA12.

    TERIMA KASIH

  108. AS SALAM…
    SAYA BERMINAT UNTUK BERKHIDMAT DI IMIGRESEN…SAYA PERLU ISI BORANG SPA8 KE ATAU UNTUK DIPLOMA SPA12.

    TERIMA KASIH.

  109. sy sememngnye bru graduate…then sy memg bmnt sgt…tp blm ad rzki…mcm mne yew cara sbnr membuat pmohonan y btul…tq

Trackbacks

  1. […] 322 Kekosongan Pegawai Imigresen Gred KP17 […]

Speak Your Mind

*