100 Kekosongan Kerja Kerajaan Sept 2013

 

Untuk bulan Sept 2013, pihak SPA akan melaksanakan urusan pengambilan jawatan kosong kerajaan di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia iaitu  Laskar Kelas II Maritim Gred X1.

 

 

Laskar Kelas II Maritim Gred X1
(Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia)

 

 

Jumlah Kekosongan : 100

 

 

Permohonan secara online sahaja melalui laman web www.spa.gov.my. Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan tersebut tidak perlu mendaftar semula. Pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

 

 

Tarikh Tutup Permohonan : 22 Sept 2013 (Ahad) Jam 11.59 malam.

 

 

Syarat Kelayakan Laskar Kelas II Maritim Gred X1

 

 

a)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM1,013.61 ] dan

b)Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

c)Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

i)Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita tanpa bersepatu;

ii)Berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita.

iii)Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan semasa menarik nafas 86sm (lelaki sahaja);

iv)Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan

v)Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

vi)Diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.

 

 

 

Jadual Gaji Laskar Kelas II Maritim Gred X1

 

 

Gaji Minimum : RM 1,013.61

Gaji Maksimum : RM 2,949.49

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 100.00

 

 

Deskripsi Tugas Laskar Kelas II Maritim Gred X1

 

 

Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas peringkat sokongan yang melibatkan Zon Maritim Malaysia dari segi menguatkuasakan undang-undang dan peraturan di bawah undang-undang persekutuan.

Melaksanakan tugas mencari dan menyelamat.

Mencegah dan menyekat perlakuan kesalahan.

Memberikan bantuan perkara berkaitan dengan penjenayahan apabila dipohon oleh negara luar.

Melaksanakan pengawasan udara dan pantai serta menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada agensi yang memerlukan.

Di samping itu, tugas yang dilaksanakan di Zon Maritim Malaysia dan lautan lepas ialah :

Mencari dan menyelamat.

Mengawal dan mencegah pencemaran maritim.

Pencegahan dan penyekatan pengedaran haram dadah narkotik.

Tugas yang dilaksanakan akan diletakkan di bawah perintah dan kawalan am Angkatan Tentera Malaysia semasa darurat, krisis khas atau peperangan.

 

 

 

Tarikh Tutup Permohonan : 22 Sept 2013 (Ahad) Jam 11.59 malam.

Comments

  1. anak askar

  2. noor atikah bt said says:

    saya banyak pngalaman…dlu skolah msok kadet polis…sijil pon bnyak

  3. noor atikah bt said says:

    saya memang berminat,…tapi tak boleh isi spa coz pasword hilang kena blog…saya pnah msok latihan bersenjata ( ltihan menembak snapang m16)

  4. Hani ibrahim says:

    sy sgt berminat keje2 seperti ni mcm polis.. tp sy x cukup ketinggian.. memang menyedihkan sungguh!

  5. Mohamd Yusup Bin Abd Wahb says:

    Saya suka jadi polis dan askar

  6. saya mmg brminat untuk pkerjaan ini..
    minat sgt2..
    mse skolah sya ambil kadet polis..

  7. saya x boleh apply la..
    mcm mne nk apply niew..
    urgent..
    minat sgt2..

  8. sy brminat sgt dgn maritim malaysia.. sy ade sijil2 kokurikulum.. sy aktif dlm kokurikulum.. sy anak tentera…

  9. William Loo says:

    Nak tanya, kalau saya degree holder in Maritime Technology. Saya berminat nak join navy, still start dari Laskar Kelas 2?
    Tidak ker degree lebih tinggi pangkat? kalau start dari bawah, sia sajalah i study degree tu ? Sila jawab..
    Jawapan anda sangat penting bagiku.

    • Nowadays,most of employment need ur experience to get in..second,for gov. employment,ur chance might be diff. if u not bumi! So keep ur dream and find another non gov job! Only inMalaysia

  10. cita cita nak jadi askar,sijil kadet remaja melambak kat file,dari peringat sekolah hingahlah ke peringat kebangsaan,tapi semua itu,tak guna sebab i tak dapat lulus b m dalam spm.dah beberapa kali saya try untuk jadi polis bantuan pun tak dapat,sakit hati ini,i rasa lagi senang jadi gangster lah,,,,,,,,,,,,,,,,,

  11. mohamad solehin says:

    sy berminat dgn maritim malaysia tp bagaimana cara pemilihan melalui spa dijalankan???sy ada memohon tp xde sbarang panggilan layak…boleh bagi jawapan x.?

  12. seton anak iblis says:

    fuk u…jadi pencacai pegawai atasan ja nie…bancuh air, mop lantai, jadi kuli batak

  13. anjing kawan kucing says:

    mengarut semua nie POYOOO saja….nampak ja gah tp apa pon xdak…sepupu aku cerita mcm2 kt aku tentang jawatan laskar kelas 2 nie…jadi org suruhan ja bnyk dan kuli mcm babi

  14. assalamualaikum…ble tarikh ttp permohonan ni ye?

  15. saya ada sijil s.p.m dan BASIC TRAINING VI/1 & basic training oil and chemcical tanker..kalau ada kekosongan di maritim saya nak kerja bersungguh2..

  16. I dugg some of you post as I cerebrated they were invaluable handy

Speak Your Mind

*