” Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”

Kali saya ingin berkongsi satu lagi tips temuduga. Saya harap anda tidak bosan
menerima tips dari saya.

Cuba lihat semula tajuk post yang saya berikan. Ianya menunjukkan satu soalan popular yang sering ditanya semasa temuduga. Mungkin anda pernah ditanya soalan sebegini dan juga mungkin juga tidak. Akan tetapi, apa yang saya boleh katakan, soalan ini memang popular ditanya oleh panel penemuduga semasa sesi temuduga.

Kelihatan macam mudah saja untuk kita nak menjawab soalan sebegini bukan? Tapi, cuba anda cuba menjawabnya sekarang. Jawab, jawab,…Pasti
anda teragak-agak untuk menjawabnya bukan? Anda pasti terfikir seperti ini:-

– “apalah aku nak jawab ni ye? Takkan nak puji
diri sendiri, nanti orang kata masuk bakul angkat
sendiri”.-

Kebanyakan calon temuduga gagal ketika menjawab
soalan seperti ini. Ada yang menjawab begini:

– ”Saya memang minat kerja ni, saya memang patut
dapat.”

– ”Saya memiliki CGPA tinggi, atas 3.5, memang saya
rasa saya layak. Bukannya senang nak dapat CGPA
tinggi ni di universiti.”

– ” Mak ayah saya bekerja di jawatan yang sama
juga seperti saya minta ni, jadi saya memang dah
tahu macamana kerjanya”

– ” Saya dari dulu memang minat sangat jawatan
ini, dari zaman saya sekolah lagi”

– dan bermacam-macam lagi jawapan yang kurang
tepat yang diberikan oleh calon.
1867016
Sebenarnya, anda perlu melihat soalan ini dalam dimensi yang lain seperti ini:

“Mengapakah anda merupakan calon yang sesuai untuk jawatan ini?”

Ya, benar! anda memang perlu berfikir seperti ini. Berfikir mengenai apa yang tersirat di sebalik soalan yang ditanya oleh panel. Kesesuaian anda untuk jawatan tersebut sebenarnya amat diambil berat oleh penemuduga.

Jadi, bagaimana anda untuk menjawabnya?

Jadi jawapan anda seharusnya begini;

“Saya rasakan diri saya sesuai untuk menerima jawatan ini kerana:

• Saya mempunyai kebijaksanaan dan kemahiran
menilai yang tinggi untuk mengenali serta mencari
penyelesaian yang sesuai kepada sesuatu masalah
yang sukar.

• Saya juga seorang yang mempunyai tahap
keyakinan dan jati diri yang jitu, serta
berkebolehan untuk berkomunikasi dan mampu
menerima sebarang maklumat dan tugasan dengan
baik.

• Saya mampu bekerja secara berpasukan dan
boleh menyokong ahli-ahli pasukan yang untuk
mencapai sesuatu visi dan misi yang seterusnya
mampu meningkatkan produktiviti organisasi/jabatan
saya.

• Saya juga bijak menguruskan masa dan seorang
yang menjalankan tugas secara teratur. Di mana
setiap kali melakukan tugasan besar, saya akan
merancang beserta perancangan masa yang baik. Saya
berpegang pada kata hikmat ”GAGAL MERANCANG
ADALAH MERANCANG UNTUK GAGAL”.

• Akhir sekali saya seorang pekerja yang
berdedikasi dan mempunyai keinginan yang membara
untuk mencapai visi saya dan jabatan/kementerian
ini. Jesteru itu, saya pasti merupakan calon
terbaik untuk mengisi jawatan yang ditawarkan ini.

Contoh – contoh jawapan di atas menunjukkan betapa hebatnya dan sesuainya anda untuk
jawatan yang ditawarkan. Mungkin anda mampu menjawab soalan sebegini dengan lebih baik dari apa yang saya berikan.

Semoga tips kali ini dapat menyediakan diri kita dengan lebih baik semasa temuduga
kelak. Apapun, persediaan sebelum temuduga adalah amat penting dibuat oleh kita

Yang penting, kita telah membuat persediaan, keputusan samada lulus atau gagal, kita berserah kepadanya. Dan ingat, jangan pula jadikan kegagalan sebagai pelemah semangat untuk kita berjaya dalam hidup. Kita hanya mampu berusaha, Tuhan yang menentukannya.

Comments

  1. syda syakilla says:

    salam…
    arrrrgghhhh…. tension spa tuk pembantu perangkaan da kuar. br jap td check… resultnya xdapat…

    rs nak menjerit jer… asal aku xdapat rsnye aku jwp da betol cnfident lak tu… emmmm adehla… sedey nye….

  2. sama la..ct pon baru check.. pembantu tadbir mmg bukan rezki ct .. :(

  3. sebenarnya saya dah banyak kali gagal dalam temuduga kerja kerajaan ni..sampai rase nak give up je…yalah…bermula pegawai perangkaan,cikgu kpli dah 4 kali..cikgu dpli pun dah tiga kali.. macam 2 la…rezeki untuk di panggil temuduga murah tapi untuk lulus temuduga memang belum sampainya lagi..hanya ALLAH je yang tahu bagaimana saya melalui dan menghadapinya…yang pasti saya sedar banyak kekurangan dan kelemahan dalam diri saya…persediaan dan keyakinan dalam diri ketika ditemuduga terlalu lemah….banyak kali soalan yang di ajukan tak dijawab dengan sebaik mungkin..termasuk lah soalan kenapa saya patut dipilih dalam jawatan ini…lepas ni saya akan buat yang terbaik berpandukan kepada jwapan encik jamaluddin ini terhadap soalan itu…tima kasih..

  4. salam……xpe nor asmah…cuba lagi.jgn putus asa.mcm sy jgk mula2 dulu…5 tahun menunggu baru skrg dapat.yg penting jgn putus asa.

  5. erm saya memang pernah ditanya soalan cm nie..terus saya jawab untuk sambung warisan family yg bkerja kerajaan huhu

  6. assalamualaikum…

    saya betul2 sedih sebab setiap kali temuduga saya hanya di bagi status calon simpanan. tetapi status simpanan tidak kekal lama, akhirnya tempoh calon simpanan tamat. Saya sendiri tidak tahu dimana kekurangan saya. setiapa kali keputusan tidak pernah menyebelahi saya.

  7. salam…

    caner nk jawab bila panel tanya pasal isu2 politik?

  8. saya ingatkan bljr di u dulu rjn2. dpt dean list dan cgpa 3.5 ke atas senang cr kerja gov tp rupa2nya ssh jga. mcm2 temuduga gov yg dihadiri tp satu pun tak dpt. nape ye? soalan2 temuduga pun dpt djwb tp msh juga tak de rezeki..

  9. Miesha-Png says:

    wilma jan benti berusaha…insyaallah rezki akan dtg

  10. nurul-muar says:

    salam..saya baru jer intrvw mgu lepas utk jawatan pereka di salah sebuah bdn kerajaan..n tgh tgu result…..
    aduyai mase tu ade soalan nie gak..tapi arini baru jumpe blog nie..arhhh dh terlambat baca plakkk…ruginyerrr

  11. boleh x bgtau sy pasal interview untuk penolong akauntan??? kat RISDA
    please urgent sgt sok nk interview tp x ada persediaan lg..

    mizz_yna88@yahoo.com.my

  12. siti fairuz says:

    kepada semua yg gagal interview..jgn berputs asa..saya bru lps study trus dpt interview dan trus brjaya..lusa sya akn hadiri 1 lg interview..gov jgak..jd saya nak bg tips..kita kna cool dan x mengelabah bila interview dan kalo kita xtau pon jwpan tu..kita goreng je..diaorg nak tgok kite ni mampu bcakap atau tidak..byk baca paper jgak..so gluck

  13. hujung bln ni ade intervew spa x tahu la dah 4 kali intevew tp x dpt juga

  14. salam,
    lagi 2 hari saya perlu menghadiri interview..
    ini adalah interview pertama saya..
    sy terasa begitu kerdil bila berhadapan situasi begini…
    tapi, saya dapat sedikit semangat dari maklumat yg dikongsikan disini dan bersyukur coz smpt jmp blog ni..
    tq sume!=)

  15. ERMM..kite pon dh byk kali temuduga tp x pernah dapat,,dr kabel..sampai lah YB tlog..semua x dapat…kadang2 rasa putus asa nk mohon..penat je mintak cop sana sini…..ambik cuti kerja lg…skg ni baru mohon kerja MPJB..x tau la dapat ke x …jawatan yg sama mohon dh 4 kali temuduga……sedih sgt3..teringin sgt nk kerja kerajaan…@_@

  16. salam saya lagi la dah nak 6tahun mohon dkat spa… lngsung xde pngil interview..huhuhuhuhu

  17. Sy dr lps skolah 2004,mmohon kj ngan spa,spp,smua job gov la,skarang dh 2010 dh,x penah dpanggil ntvu,ada kn pggil untk pem pendaftaran p surat plak yg lwt smpai..camner…org yg br2 mohon dh kj dah skrang..sy rs result sy xlah teruk,ada lg yg lbh teruk dr sy skarang dh dpt kj ngan gov…mb x ada nasib utk kj ngan gov la ni…..

  18. salam..
    tq kpd encik jamal krn bg tips tuk soalan tu…soalan tu mmg glemer tuk tmuduga, tak kira kerajaan atau swasta..

  19. hmm..sy plak tgh tngu rsult lthn spara prubatan nie.nthla npe slu xdpt je.dh 7kli ni.ase tnsen arr..bla agkny sy akn dpt pluang ni?mnat sy lbh mndlm kt bdg mdical ni

  20. terima kasih en. jamal atas tips yang berguna ni, mudah2an tips ni dapat membantu sy tuk hadapi temuduga besok……

  21. Tuan website,
    Mintak halalkan segala ilmu di sini. Saya akan gunakan untuk temuduga.
    Terima kasih saya ucapkan.

  22. minta halalkan jugak…saya ada interview pembantu makmal 5 mei nanti :)

    • hi..jangan lupa surat khbr setiap hari…be confident…masa i dulu ..pegawai tu tanya kenapa pilih keje ini..apa fungsi jawatan yg kita apply..kalau tak dapat jawab..minta maaf dgn pegawai tu..good luck 4 u….

  23. Noor Hafiza says:

    Bersiap sedia sebaik mungkin…bykkan membaca dan bertanya kpd kakitangan awam yg telah menjawat jawatan tersebut…tanya fungsi kerja,tugas2,berkaitan buku rekod perkhidmatan,cuti, dan perlbagai lagi berkaitan tugas2 awam…

    jadilah peserta paling awal…kalau boleh peserta pertama…kerana kebiasaannya pagi2 penemuduga masih fresh dan dlm mood yg baik…

    pertuturan biar jelas…jgn berhenti ulas apa yg ditanya oleh penemuduga…biar penemuduga tercengang dgn kebolehan kita…dgn persiapan kita…tetapi biarlah jawapan anda berkaitan dgn soalan yg ditanya…

    ni lah antara pengalaman2 saya sepanjang 5 kali menghadiri temuduga kerajaan…Alhamdulillah kali ke-5 baru sampai rezeki saya…

  24. jd sungguh ko ni? ambo kno intebiu pg esk ni

  25. CMNER NK BG KOMEN…jd calon simpanan pn 6thn lps..apa pn teruskan berusaha,bedoa kpd yg ESA

  26. Alhamdulillah…tq admin utk tips ni

  27. assalamualaikum..bagus betul terjumpa blog ni.saya bakal di interview khamis ni.pertama kali nk interview kerja kerajaan ni,huhu tak tahu mana nk mula..saya selama ni pernah interview swasta aje,risau sgt tk tahu apa soalan yg bakal ditanya panel.. :'((

  28. assalamualaikum…

    wah… jumpa jgak post yg dicari2… thanks for sharing… (^^,)

  29. sy pulak interview 7hb 5 ni…doakan sy;)..interview PTD dah byk kali tp xde rezeki..dapat pulak iv Peg Tadbir…berdebar rasanya

  30. seteres says:

    Salam.. sy bakal di iv isnin ni di institiut kerajaan.. 16 jun, da study sume yg patut.. tp kurg kyakinan diri.. hummmm… Neves sgt.. taktaula cmner nt.. tlg sume doakan sy..

  31. Perantau says:

    SAlam Semua… Terima Kasih diucapkan kepad admin… Nanti 12/08/2014 di panggil nterview tuk Pem. Penguasa Kastam dapatla saya manfaatkan tips ini….. Mohon dihalalkan tuk digunakan.

  32. thank you

  33. Weh doakan aku..rabu ni aku intebui JAV di spaj..Ya Allah permudahkanlah urusanku..amiin..

  34. Thanks untuk maklumat berguna..esok saya ada interview n41,harap2 dipermudahkan..

  35. salam…esok Insha Allah 23sept14 saya dijemput untuk hadir temuduga jwtan pembantu setiausaha pejabat kt terengganu..thanks untuk kongsi ilmu di blog ini sbgai persediaan…alhamdulillah de rezeki dan masa dpat tengok blog ni…

  36. Thank u utk panduan. Ia dapat memberi sedikit panduan dan contoh utk menjawab soalan tersebut. Dah berkali-kali gagal temuduga,mungkin dsebabkan cara menjawab soalan yg dberikan tidak mmenuhi syarat

  37. Pehhh soalan ni mmg wt sy terdiam skejap..bia pon dh bnyk kali g temuduga..tp lau ad yg brtanya soalan ni..terus diam..tp lepas dpt panduan ni..insya Allah..sy akn guna kn ny tok menjawap..

  38. sy penah pegi interview gov sebanyak 4 kali. 3 utk jawatan N17 dan 1 jawatan W17. Alhamdulillah rezeki pada interview yg ke-3 iaitu jawatan W17. Apa pun utk dpt keja gov ni bergantung pd keyakinan diri, rezeki dan penemuduga tu sendiri. Sbb so far yg interview sy W17 tu sgt ok dan x strict mcm penemuduga yg lain. Yg penting tau isu semasa, fungsi dan senarai tugas jawatan yg di apply dan tau speaking in english sbb ada jawapan yg perlu dijawab in english.

  39. aku dh 2x xdpt, kedua2nya temuduga, setiausaha pejabat gagal temuduga, penolong penguasa penjara pon gagal.. kui kui, tapi aku xtension pon,

    knpe sesetengah org tu tension gila kalau xdpt ? aiyoo, company swasta kn byk, keje lah dlu, wtpa nk tension2..
    lagi pon company swasta gaji besar

  40. korang mmg ksian .hahahaahaha …sama dengan sy,sy pon xpenah lepas interview . file dr skola rndah smpai U ad bwak sume n mcm2 drg tnya soalan dah soalan bi pon sy jwab terer.(bukan lah nk tnjuk pndai),last2 xlepas juga .apakah kkurangan sy?huhu ..dri tahun 2006 sy xpenah lepas tmuduga kjaan,skg sy sale jea,tu pon pakai sijil spm jea. .sarjana sy slama ni xpkai pon . lg sdeh sy da 2kali xjd kawin n 3 kali putus tunang . awek sume nak lari . knpe ?huhu . .sy da xmampu trus kan idop ini . ssah nk cri idop yg lg baik . tp sy pegans satu kata2 yg dimana ”orang yang idop malang dan susah akan dpt idop best akhir nya” sy pon xtwu dri mna dtg nya semangat ni . .lov u ols ..

  41. moonlight says:

    pernah d pangil interview sekali je dari tahun 2007… tapi gagal .. sedih smpi skg sy masih menunggu pangilkan dari SPA…. tak tahu nak buat apa lg….da hbis belajar d sebuah kolej tapi kerja pun tak tetap.. sabar je la… ;(

  42. DANIA QISTINA says:

    hurm…..nak kena interview ngn ckg sebab nak jadi pengawas koperasi…ape agknya soalannya ye??harap i dpt jwb…

  43. Ermm…sy kalau bab2 intv ni memang fail..seram sejuk je badan time intv..lain yang ditanya lain yang dijawab..ayat pun berterabur…siap terketar-ketar lagi padahal saya ni jenis yang peramah n suka bercakap…darah gemuruh kot..huhu..esok ada intv tak tahulah camner..harpnya ok tp ni pun dah rasa debarannya…biasa masa praktis bukan main tapi ms intv jawab yang pendek2 je sebab nak cepat habis haha..memang resah gelisah nak2 depa tanya soalan yang kita tak tau jawapannya…ada tips x untk mereka yang darah gemuruh cam saya? hihi

  44. mishlalaa says:

    terima kasih sgt2.. thankssss for all your ideas !!!!! now , i boleh teruskan dgt semua maklumat2 yg u bagi.. terima kasih sgt2 sbb bagi idea.. sye boleh buat karangan dgn maklumat2 tersebut :)

Speak Your Mind

*